Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung 40 minggu meninggal di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke hospital untuk bersalin.
Nur Azida Fazhani Hassim, 35 tahun telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dikejarkan ke hospital kerana sakit hendak bersalin dan suaminya kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Difahamkan dirinya kemudian tidak sedarkan diri akibat penat dan sesak nafas sebelum pengsan.
Namun ketika ambulan bergerak dari rumahnya di Taman Universiti, Semeling petang semalam, Nur Azida disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Dalam pada itu, usaha doktor untuk menyelamatkan kandungannya juga tidak berjaya kerana anak dalam kandungan dikatakan telah meninggal lebih dari tempoh 24 jam. Difahamkan kandungan ibu ini sudah mencapai 40 minggu dan tarikh bersalinnya adalah pada 6 April lalu. Namun Allah lebih menyayanginya. Arwah difahamkan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Dirempuh Kereta Hilang Kawalan, Ibu HAMIL, Suami, Anak Dalam Kandungan Meninggal
Wanita Meninggal Ditelan Ular Sawa, Perjalanan Beli Ubat Anak Sakit Berakhir Tragedi
Doktor Keluar Minum, Tinggalkan Wanita Lepas Bersalin Hingga Meninggal Dunia, Diarah Bayar RM6 Juta
Dalam pada itu, jenazah wanita ini dan anaknya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam, Batu Kurau Perak. Perjalanan arwah ke kampung abadi ini telah dibantu oleh unit van jenazah percuma oleh team Madad.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.