Ibu sarat mengandung 8 bulan, anak 4 tahun dilaporkan hilang selepas keluar beli barang. Seorang kakak, Adlin Mohd Zakaria menzahirkan rasa risau berikutan adiknya, Nur Nadia yang kini sarat mengandung lapan bulan tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Chendering selepas keluar membeli barang di sebuah pasaraya.
Jelas Adlin, apa yang membuat mereka sekeluarga risau adiknya itu turut membawa anak sulungnya, Aydan Noah Mohd Shahmi yang berusia empat tahun keluar bersama membeli barang di sebuah pasar raya di Jalan Pintasan Kuantan, di sini pada jam 12 tengah hari.
Memetik laporan Berita Harian, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dikatakan keluar rumah dengan memandu Perodua Axia berwarna biru gelap dengan membawa anak lelakinya, Aydan Noah bersama.
“Kami menyedari kehilangannya selepas Nur Nadia dan anak lelakinya tidak pulang pada 5 petang dan ahli keluarga termasuk suami adik turut mencarinya.
“Bagaimanapun, adik dan anak saudara tidak ditemui termasuk kereta yang dipandunya. Kebetulan Nur Nadia tidak membawa telefon bimbit.
“Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 8 malam tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sehubungan itu, Adlin meminta kerjasama orang ramai yang melihat dua beranak itu termasuk kereta mereka supaya menghubungi 017-9808542.
“Kami bimbang kerana adik sedang sarat mengandung lapan bulan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan kehilangan dua beranak itu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isteri ‘Hilang Nyawa’ Di Tangan Suami Ketika ‘Live’ Di Facebook
Perahu Tambang Ke Sekolah Karam, Dua Pelajar Perempuan Masih Hilang
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE