Penyakit kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal peringkat usia. Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak tidak terkecuali boleh menghidapi penyakit ini.
Besar dugaan yang dihadapi oleh pelakon cilik berbasar besar, Puteri Balqis Azizi, 11, atau lebih dikenali dengan nama Aqish apabila disahkan mempunyai penyakit kanser. Sebelum ini, bermula dari awal tahun lagi kesihatan Aqish sering tidak menentu. Selalu demam berterusan, pengsan dan muntah berdarah hampir setiap hari, sehingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.
#fightcancer
Baru-baru ini, pelakon drama Dipinggir Neraka ini ada memuatnaik gambar memakai topeng mulut dalam keadaan ceria beserta kapsyen sedang menjalani rawatan dan kesihatannya semakin pulih. Namun perkara yang menimbulkan tanda tanya buat para pengikutnya, kapsyen tersebut turut mempunyai hashtag #fightcancer. Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai penyakit sebenar yang dihidapi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) ini, walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.
Ads
Sementara itu, memetik laporan Bharian berkaitan perkara tersebut, ibunya Norashikin Mohd Aziz, mengesahkan Aqish disahkan menghidap kanser, namun enggan mengulas lanjut dan terperinci jenis kanser yang dihidapi oleh anaknya.Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.
Ads
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.
“Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya ringkas.
Didalam posting yang berbeza sebelum ini, tanpa menyatakan penyakit dihidapi Aqish, Norashikim menyarankan mereka yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.
Ads
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat besar ini. Semoga selamat menjalani segala rawatan serta diberikan kesembuhan kesihatan seperti sedia kala hendaknya.
Mak-mak yang ada anak kecil dan suka sangat buat sup bebola, memang wajib mencuba resepi bebola ayam homemade di rumah. Bukannya tak boleh beli di kedai, cuma bila buat sendiri ini mak-mak lebih puas.
Cara nak membuatnya pun, teramatlah mudah. Cubalah resepi yang dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie) ini. Ada panduan video nak bagi mak-mak lebih faham.
Bahan Bebola Ayam (Chicken Ball)
200 gram isi ayam
4 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah dan lada hitam
1 sudu makan garam halus
1/2 gelas kiub ais
1 biji putih telur
Bahan Bawah Ini Ditapis Ya
1/2 cawan tepung ubi (tepung tapioca)
2 sudu makan tepung gandum
Secubit baking soda dan baking powder (secubit je tau)
Buatnya Macam Ini
1. Kisar ayam dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam serta garam ikut cita rasa.
3. Masukkan putih telur dan kiub ais.
4. Campurkan bahan tapis dan kisar halus.
5. Pakai sarung tangan dan bentukkan bulat-bulat bebola ayam tu.
6. Kemudian, rebuslah bebola ayam ini sampai timbul. Bila dah timbul itu tanda dah masak.
Cara Betul Simpan Bebola Ayam Nak Bagi Tahan 6 Bulan
√ Sebaik selesai merebus, masukkan dalam bekas dan tutup kemas. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku.
√ Bebola yang dah siap direbus itu tak perlu direndam dalam ais jika mahu disimpan dalam peti beku.
√ Jika nak terus dimakan, anda boleh rendam dalam air berisi ais untuk kekalkan kekenyalannya.
√ Bebola ayam ini boleh tahan sampai 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk bahagian beku.
Video : Step By Step Resepi Bebola Ayam
Kisar Semua Bahan, Jadikan Doh, Mudah Nanti Nak Bulat-bulatkan
Selepas Dibulatkan, Rebus Sampai Bebola Ayam Timbul
Jika Mahu Terus Dimakan Boleh Rendam Dalam Air Berisi Ais Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kekenyalan Bebola
Sumber/Foto/Video : Parmiati Binti Suyudi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fitri Haris khatankan bayi lelakinya usia dua bulan. Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, penyanyi Dr Fitri Haris mengambil pendekatan yang mana tidak ramai ibu bapa sanggup khatankan anak lelaki mereka ketika masih bayi.
Setelah berfikir panjang, Fitri dan isterinya Fazilah Omar mengambil keputusan untuk mengkhatankan bayi lelaki mereka, Bilal Habibi yang dilahirkan pada 28 Jun lalu.
Malah apabila ditanya pendapat pada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman sunatkan anak seawal usia dua bulan, Fitri menerima maklum balas yang positif. Ada yang menyatakan sunat awal lebih mudah jaga dan cepat sembuh.
Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan
“KISAH BILAL HABIBI BERKHATAN/SUNAT UMUR 2 BULAN 1 MINGGU
“Alhamdulillah hari yang paling nervous bagi saya dan isteri @el_mrsfitri. Keputusan kami ingin menkhatankan anakanda pada usia dua bulan menjadi teka teki, maklumlah first time.
“Ok, saja nak share kat sini, bila saya call @kumpulan_megaklinik_zahran tanya nak khatankan Bilal mereka bagi tahu mereka ada service sunatkan baby seusia Bilal.
“Alhamdulillah syukur, masa kata ada ni.. fikir ngan wife nak sunat ke tak nak sunat ke tak?
“Setelah tanya pendapat adik yang sunatkan anak mereka seawal duaa bulan dan kawan-kawan yang ada baby kecil pun sunatkan awal sebab mudah jaga dan cepat sembuh kata mereka, maka saya pun terus set date appointment.
Proses Yang Dilalui Bilal Habibi
“Masa sampai berdebar sangat. Sunat ni! Sunat! Lelaki dia faham lah kenapa tanda seru ni.. kalau lah wanita tahu betapa sakitnya sunat mereka akan menghargai lelaki. Internet kata lah saya ulang saja, gurau-gurau. Sampai tu ada beberapa proses yang berlaku saya listkan:
Doktor akan brief dulu mcm mana proses khatan yg di jalankan.. masa ni hangpa tanyalah apa juga soalan nak tanya.
Selepas Brief, saya bawa Bilal ke bilik pembedahan (ceewah nama x nak kalah bilik rawatan je pun) hehe masa ni Doktor dan assistant Doktor 2-3 org juga ada.. betul betul teliti.
Doktor akan bius dahulu masa ni saya selawat zikir nasyid semua keluar.. lagu barney n fren pun keluar. masa ni baby ke bapak baby ke kena bius konfem teriak, yang besnya Bilal nangis aku lagi nangis!
Pastu Doktor start sunatkan Bilal, saya punya doktor guna kaedah Laser. Lagi mudah dan cepat baik. Tapi apa pun kaedah lain ok je.
Tak sampai 10 min siap! Bilal pun diam dan kami balik.
“Pengalaman yang sangat best! Lagi best sebab Doktor Syah yang sunatkan bilal ni, tenang saja. Bila tanya jawapan dia meyakinkan dan nampaklah expert dan pengalaman. Terima kasih kumpulan_megaklinik_zahran! Atas service tip top. Alhamdulillah, cuma jam 7 petang masa bius habis tadi saja nangis kejap. Lepas itu, alhamdulillah macam biasa,” kongsi Fitri.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Fitri Haris
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Terpegun MW melihat wajah Hajah Azizah Ariffin sewaktu menemubul figura hebat ini. Mana tidaknya walaupun usianya sudah mencecah 51 tahun namun dia kelihatan muda, jelita dan kekal langsing.
Wajah ayunya menjadi tumpuan rakyat Malaysia sebagai penyampai berita di TV3 sekitar tahun 1996-2016. Kemudian menjadi pengacara beberapa program TV popular seperti Nona dan Wanita Hari Ini (WHI).
Sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV Al Hijrah secara sambilan. Azizah juga masih aktif menerima undangan sebagai pengacara majlis & terlibat secara aktif sebagai pengacara Aktivis Kesihatan & Penceramah Diet Sihat.
Wanita ini hadir ke studio baru-baru ini sebagai tetamu bagi program secara langsung di media sosial Mingguan Wanita, ‘Sembang Wanita’ yang disiarkan pada 24 Disember lalu. Sembang Wanita merupakan sebuah program yang membincangkan topik-topik panas! Bersama pengacara yang cukup ceria, Norreen Iman, Kak Girl & Dottie. Bagi anda yang terlepas bolehlah saksikan hantaran video ini di saluran Youtube dan Facebook Mingguan Wanita.
Rahsia Azizah Ariffin, Amalkan Gaya Hidup Sihat
Pesona wanita yang bergelar isteri dan ibu ini masih hebat, walaupun sudah mencecah usia lebih 50 tahun namun dia masih aktif dalam aktiviti kecergasan dan tubuhnya kekal langsing.
Berkesempatan bertanya tentang rahsia awet muda dan kekal cergas, Azizah yang cukup tertib ketika berbicara menyatakan dia mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Macam saya, lebih beri tertumpu kepada aspek gaya hidup yang sihat. Saya memberi penekanan dalam pemakanan harian, amalan bersenam, bergaul dengan golongan yang positif, jauhi tekanan dan tidur yang mencukupi.
“Semua sedia maklum, saya memang mementingkan makanan Quranic food ni sejak bertahun. Saya yakin dengan khasiat yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, amalan minyak zaitun Olivie 30x dari Olive House yang wajib saya makan dua sudu setiap pagi.
“Dalam minyak zaitun ini, ia mengandungi squalene iaitu merupakan pecahan dari lemak di dalam minyak zaitun yg membantu kelembapan kulit dan meningkatkan penghidratan kulit. Squalene ini juga bertindak sebagai pencegahan dari sebarang kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari yang boleh memberi kesan penuaan kepada kulit.
Kesihatan Yang Baik Dapat Tingkatkan Ketaqwaan Kepada Allah SWT
“Menariknya, Olivie 30x ini mengandungi lima kali ganda Vitamin E berbanding minyak zaitun biasa. Oleh kerana itu la, tindak balas terhadap kesihatan kulit sangat cepat apabila menggunakan Olivie 30x ni. Vitamin E terkandung di dalamnya, dapat menyokong sistem imun dan meningkatkan fungsi sel serta bertindak sebagai antioksidan yang berkesan mengawal radikal bebas yang dihasilkan oleh metabolisma tubuh dan juga persekitaran. Ia juga berfungsi membantu mengurangkan kesan kerosakan oleh cahaya UV terhadap kulit.
“Subhanallah minyak zaitun ni, bukan hanya untuk dimakan sahaja, tetapi boleh disapu terus ke wajah sebagai pelembap. Sekarang dah tak jadi rahsia lagi untuk miliki awet muda yang sihat bertenaga.
“Semoga kesihatan yang dikurniakan dalam usia begini, dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah,” ungkap Azizah yang turut memberitahu amat menitik beratkan kesihatan dalaman terutamanya ketika berhadapan dengan pendamik Covid 19 pada waktu ini.
Aktif Sukan Berbasikal & AktivitiMendaki
Cukup bertenaga, wanita ini juga begitu aktif dalam aktiviti kecergasan. Akui Azizah dia mempunyai gang berbasikal dan gang mendaki.
“Saya sangat suka aktiviti mendaki. Samada bukit atau gunung. Saya seorang yang sukakan aktiviti luar yang lasak.
“Saya ada gang mendaki dan juga gang berbasikal. Biasanya pada hujung minggu, saya dan suami akan habiskan masa dengan mengayuh basikal. Suami memang seorang yang aktif dalam sukan berbasikal.
“Seronok sangat bila dapat lakukan aktiviti yang kita suka terutamanya kayuhan basikal. Malah boleh bantu bakar lemak dalam badan,” terang Azizah.
Ditanya tidakkah dia gusar melakukan aktiviti ini, memandangkan baru-baru ini berlakunya kemalangan maut pada seorang pengayuh basikal.
“Memang sekarang ini tidak dinafikan sukan kayuh basikal ini bagaikan satu trend. Pada saya jika lakukan aktiviti ini kenalah ikut peraturan jalan raya kerana melibatkan nyawa.
“Nasihat saya jika hendak lakukan kayuhan lakukan aktiviti ini dalam kumpulan dan janganlah berseorangan. Jika ada gang akan lebih selamat dan ada yang akan tolong jika jika ada apa-apa yang berlaku. Carilah tempat yang tak banyak kereta sangat,” terang Azizah yang gemar lakukan aktiviti yang mengeluahkan peluh.
Makan Suku Suku Separuh Ikut Pinggan Kesihatan Malaysia
Azizah juga berkongsi sebelum lakukan aktiviti kecergasan dia akan mengambil dua sudu minyak zaitun tambahan serta makanan organik seperti kurma. Malah katanya juga, tenaga datang dari makanan dimakan dan perlulah kurangkan gula.
“Saya memang jaga pemakanan. 80 peratus makanan dan 20 peratus saja senaman. Saya juga kurangkan pengambilan karbo dan gula dalam minuman.
“Saya turut amalkan pengambilan suku suku separuh ikut pinggan kesihatan Malaysia.
“Saya memang kena makan nasi. Kalau tak makan nasi nanti akan pening. Tapi saya banyakkan pengambilan sayur. Biar sayur separuh, protein pula besar penumbuk. Jika ambil nasi banyak nanti cepat naik berat badan.
“Air manis memang kena tinggalkan, InsyaAllah akan cepat turun berat badan. Walaupun mencabar namun jika boleh displin memang bagus dan badan akan kekal langsing,” kongsi Azizah.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...