Berita

Ibu Rayu Jangan Sebar Jenazah Anak Lemas, “Saya Sendiri Tak Ambil Video, Ia Menambah Sakit Jiwa Ini…”

Share

Ibu rayu jangan sebar jenazah anak lemas, “saya sendiri tak ambil video, ia menambah sakit jiwa ini.

Kisah seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang lemas,  Muhammad Danish  yang terjatuh di longkang telah selamat  ditemui oleh orang awam di dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka sehari selepas kehilangannya.

Ibu Rayu Jangan Sebar Jenazah Anak Lemas

Mayat Muhammad Danish Mohd Faizal, dijumpai terapung dalam longkang di taman berkenaan, pada jam 9.30 pagi, kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh ketika menemaninya ibunya berniaga.

Di sebalik kisah tragedi menyayat hati ini, ibu arwah Nor Amiza Che Kar, 28 di Tik Toknya merayu agar jenazah anaknya yang dijumpai di longkang besar itu tidak disebarkan di media sosial.

“Saya Sendiri Tak Ambil Video, Ia Menambah Sakit Jiwa Ini…”

“Saya merayu tolong jangan sebar gambar arwah semasa dijumpai. Hormat saya sebagai ibu arwah. Saya sendiri tak ada ambil video arwah. Bertambah sakit saya tengok. Merayu sungguh-sungguh jangan sebarkan. Duduklah di tempat saya,” katanya dalam rayuan di Tik Toknya @mizachekar.

Sebelum mayat anaknya ditemui, ibu kepada empat cahayamata ini merakam aksi terakhir Danish yang begitu asyik mencium adiknya, Ariq yang pada anggapannya arwah anaknya itu kebosanan kerana adiknya sedang tidur.

Tapi rupanya itulah kenangan akhir mereka berdua.

Ni video ibu rakam sehari sebelum adik Danish pergi tu..
Ibu rakam sebab adik Danish ulang kali cium adik, ibu perati je..
Adik Danish cium berkali-kali adiknya si Ariq yang tengah tidur..
Letak puting & mainan sebelah adik..
Ibu sangkakan dia bosan tapi yang sebenarnya inilah ciuman terakhir adik Danish buat Ariq

@mizachekarMuhammad Danish bin Mohd Faizal 😭😭♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

 BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- “Arwah Mui Mahmud Sahabat Terlalu Baik,” Rakan Kongsi Peribadi Peserta Ironman & Pengasas Kiddocare Lemas

“Arwah Sangat Manja Seolah Beri Petanda”, 9 Tahun Menunggu Zuriat Wanita Reda Anak Lemas Bersama Bapa

Ibu Sedang Berpantang 12 Hari Terkejut Anak Lemas Mandi Sungai!

Rakam Selfie Sebelum Terjatuh, Lima Beranak Lemas Jeti Kayu Runtuh

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina.
Kalau bangun pun tengahari macam mana nak dapat wajah berseri.. ikut macam Datin Elvina, tak lupakan senaman seawal pagi setiap kali bangun tidur.
Published by
Almaswa Haji Che Ros