Ibu Punyai Dua Rahim, Lahirkan Kembar Berbeza Warna Kulit, Membesar Dalam Rahim Berasingan

Share

Pastinya mak-mak impikan anak kembar. Senang, sekali lahirkan terus dapat dua orang. Ini belum lagi dengan melihat anak membesar dengan keletah dan raut wajah yang hampir sama.

Namun, ada juga yang lahirkan kembar dengan wajah tak seiras, berlainan kantung dan jantina tak sama. Semua ini adalah rezeki yang diberikan olehNya. Beruntungnya.

Apa yang menarik perkongsian ini adalah ibu yang lahirkan bayi kembar, tapi peliknya, anak ini berlainan warna kulit, membesar dalam kantung berbeza dan ibu ini mempunyai dua rahim.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: 1 Dalam 10 Juta Kelahiran, Wanita Bersalin 2 Pasang Kembar Seiras Serentak!

Bukan Bersalin KEMBAR, Wanita Hamil Anak Kedua Ketika Masih Mengandungkan Anak Pertama!

Lahirkan Kembar Berbeza Kulit

Pada awalnya, doktor memberitahu Jade Buckingham bahawa dia mempunyai dua rahim dan berkemungkinan akan memusnahkan impiannya untuk menjadi seorang ibu.

Rezeki menyebelahinya bila ibu kepada tiga anak Jade Buckingham diberitahu oleh doktor yang dia bakal akan menimang bayi kembar. Namun, ia sedikit membimbangkan Jade kerana sebelum ini pernah mengalami 4 kali keguguran terutamanya selepas diberitahu anak kembarnya membesar dalam rahim yang berasingan dan kantung yang berbeza.

Akhirnya, Jade, 25 tahun, dari Sutton-in-Ashfield, Nottinghamshire, mendapat kejutan terbesar dalam hidupnya apabila anak lelaki dan perempuannya dilahirkan awal pada hanya 34 minggu dengan warna kulit yang berbeza sama sekali.


.


.

Lanaé dan Lavell, kini berusia empat tahun, terbentuk daripada telur yang berasingan dan membesar dengan tali pusat dan kantung mereka sendiri – menjadikan mereka kembar persaudaraan.

“Lanaé dilahirkan dengan kaki dahulu dan Lavell dilahirkan sebagai kepala dahulu, sejak saat itu saya tahu bahawa mereka akan mempunyai perbezaan sehingga sekarang,” jelas Jade.

Perubahan Semasa Tempoh Pembesaran Kembar

Memandangkan si kembar mempunyai bapa yang sama, ia mengambil masa beberapa bulan untuk meunjukkan warna kulit mereka yang berbeza. Malah, orang ramai yang melihat kembar ini sekaan tidak percaya bahawa mereka ini adalah pasangan kembar.


.


.

“Apabila rambut Lanaé mula tumbuh, saya perasan bahawa dia mempunyai rambut keriting gelap yang cantik dan Lavell berambut perang dan ton kulit yang lebih cerah. Kadang-kadang apabila kita keluar dan ada orang bertanya seakan tidak percaya bahawa mereka adalah kembar,” Kata Jade sampai sanggup menunjukkan gambar semasa mereka dilahirkan.

Menurut ibu bapa Jade, dia mempunyai septum faraj, yang membahagikan faraj kepada dua bahagian. Pada Februari 2014 ketika dia baru berusia 17 tahun dan mengalami 4 keguguran, doktor perlu melakukan prosedur dilation and curettage (D&C). Semasa prosedur, para doktor mendapati dia mempunyai keadaan yang jarang berlaku.

Doktor di Hospital Universiti Nottingham berkata keadaan itu mungkin menjadi faktor penyumbang kepada keguguran yang dialami Jade dan memberitahunya bahawa dia mungkin tidak dapat melahirkan anak.

Jade berkata: “Saya kecewa kerana saya sentiasa mahu menjadi seorang ibu.


.

Tetapi selepas setahun melahirkan anak sulung, Kaherah pada Februari 2016, dia didapati hamil anak kembar, tahun 2017.

“Agak menakutkan kerana si kembar dalam rahim yang berbeza. Jadi, saya membuat imbasan setiap dua minggu untuk memantau perkembangan anak kembar itu.

”Pada trimester pertama, saya mendapat tahu bahawa kembar itu membesar dalam rahim yang berasingan bermakna mereka terbentuk daripada telur yang berbeza.

Hampir Melahirkan Pada Usia 22 Minggu

Pada 22 minggu, Jade mendapat berita yang mendukacitakan bahawa salah seorang kembar – anak perempuannya Lanaé – telah berhenti membesar.

Jade berkata: “Doktor berkata kami mempunyai dua pilihan sama ada saya melahirkan kedua-duanya pada 22 minggu tetapi mereka mungkin tidak dapat bertahan ataupun saya meneruskan dan anak perempuan saya mungkin tidak bertahan.

“Ia adalah perkara yang sangat susuah untuk saya buat keputusan tetapi saya perlu meneruskannya. Saya memutuskan untuk meneruskan kehamilan dan berharap kedua-duanya akan selamat sehingga dilahirkan.

Pada 34 minggu, pada 29 April 2018, Jade dikejarkan ke hospital untuk pembedahan c-section kerana dia akan bersalin awal.

Selepas sejam dalam pembedahan, Lanaé dilahirkan pada 16.44 petang dengan berat 3lbs 10oz dan Lavell pada 16.45 petang dengan berat 5lbs 2oz.


.

Sebagai bayi baru lahir, mereka kelihatan sama tetapi selepas beberapa bulan warna kulit dan ciri mereka yang berbeza mula kelihatan.”

Jade berkata: “Lanaé seperti anak patung kecil dan dia sangat seperti wanita, manakala Lavell sangat riuh dengan banyak tenaga.


.

Mingguan Wanita : Hebatnnya kuasa Allah. Seorang ibu mengandung dengan mempunyai dua rahim, bayi berada dalam rahim, kantung dan warna kulit yang berbeza.

Sumber: Mirror.co.uk

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora