Ibu pengantin lelaki tak jadi kahwin mohon doa baik-baik,”Allah dah atur Adam jaga Ummi dan adik dulu. Sejak semalam tular di media sosial kisah seorang pemuda dikenali sebagai Adam hanya bersendirian di majlis perkahwinannya berikutan pengantin perempuan tidak hadir.
Ramai yang bersimpati dengan nasib pemuda ini yang dilihat agak matang, masih kekal tenang dan bercakap yang baik-baik di saat ujian menimpa diri dan keluarganya. Malahan majlis persandingan 29 September lalu yang sepatutnya meriah meraikan pengantin, bertukar menjadi majlis doa kesyukuran sahaja kerana semua persiapan sudah dibuat.
Di saat ramai tertanya-tanya siapa Khatijah, gadis yang memutuskan pertunangan hingga majlis mereka menjadi viral, identiti gadis ini masih tidak diketahui hingga kini. Malah kenapa mereka tidak jadi kahwin juga menjadi persoalan sehinggalah Adam muncul dalam live semalam bersama ibunya dan menceritakan sedikit kenapa majlis mereka tidak jadi.
Di awal perkongsian, Adam ada memaklumkan adanya penglibatan “orang ketiga” iaitu pemuda yang sepejabat dengan Khatijah.
“Pernah kantoi, pernah terserempak tapi masa tu saya masih boleh memahami dan memberi peluang termasuk meneruskan perkahwinan.
Namun situasi itu akhirnya tidak terkawal di mana pada penghujung Ogos, cincin pertunangan telah dipulangkan oleh keluarga sebelah perempuan. Dan secara rasmi mereka telah putus tunang. Namun disebabkan saat akhir, hanya sebulan sebelum majlis, lalu kenduri bertukar menjadi majlis doa selamat.
Dalam pada itu, Adam turut menjawap isu fizikal di mana dalam jawapannya Adam berkata, “kalau lepas nie orang nak cakap pasal body ke apa,i don’t mine. Benda ni semua tak kekal lama,” jelasnya.
Apa yang menarik perhatian ramai, di saat ramai bersimpati, menzahirkan rasa kecewa dengan “Khatijah”, menyuruh keluarga ini menyaman dan menuntut semua ganti rugi majlis, ibu Adam iaitu Tengku Norma Jane dilihat masih kekal tenang dan memberi penjelasan berkaitan majlis ini.
Katanya, pengganti kepada jodohnya anaknya insya Allah ada tapi bukan masa dekat. Beri masa untuk Adam cari duit, beli rumah, beli kereta, persiapkan dirinya. Paling penting berbakti dulu pada Ummi dan adik dia.
“Dalam live ini, tak perlulah kita tanya kenapa terjadi semua ini kerana live ini bukan bertujuan untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa. Anak saya pun ada buat salah, begitu juga di sana. Kita nie tak sempurna.
“Benda ni pun dah lepas.Kita dah lepas dah fasa yang sakit. Tak ada siapa tahu dari awal, hanya kami berdua saja. Saya mohon pada anak-anak dalam live ini tak perlu tanya sebab apa lagi kenapa tak jadi kahwin, orang ketiga dan sebagainya. Tak nak memalukan atau mengaibkan sesiapa.
“Terima kasih beri sokongan pada Adam, di masa depan boleh beri sokongan lagi lebih sebab Adam ini boleh menyanyi. Kalau ikutkan arrangement hari tu, Adam nak menyanyi di majlisnya tapi macam tak kenallah pada situasi tu,” katanya sambil menambah tidak menyangka yang vidoe anaknya akan menjadi viral di media sosial.
Tambah Tengku Norma Jane, mereka sekeluarga tidak mahu hal ini dipanjangkan kerana mahu terus bersilaturahim seperti sebelum ini.
“Kami dengan keluarga sebelah sana tak bergaduh pun. Malah jika video ini sampai ke keluarga sebelah sana, kalau mereka mahu datang saya terima. Tapi untuk fasa perhubungan tak mungkin. Beri peluanglah kepada orang lain yang sudi pada Adam. Moga sebelah sana mendapat jodoh yang baik. Lebih hensem, lebih slim dari anak saya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Sebelum Kahwin Lantang Bersuara, Jadi Isteri Sweet Jaga Aib Diri & Suami Tak Melulu Kongsi Masalah Di Sosial Media
“Dulu Pandai, Lepas Kahwin Jadi Surirumah.’ Jangan Perlekehkan, Kita Tak Tahu Jalan Hidup Orang
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE