Ibu OKU Fizikal, Tak Boleh Jalan Laju ’Humairah Tetap Tunggu Ummi’

Share

Ibu ini, Nor Hafsah berkongsi kisah anak perempuannya yang bernama Humairah Aisyah. Walau masih berusia 3 tahun anaknya amat memahami keadaan dirinya yang OKU fizikal.

Dalam perkongsian video TikTok nya yang viral tak lama dulu, Humairah tetap menunggu ibunya yang tertinggal di belakang. Biar pun jauh dia berlari, Humairah tetap akan berhenti dan tunggu ibunya sampai kepadanya.

Begitulah aksi manis si kecil ini yang cukup ‘sweet’.

OKU Fizikal Tak Diberi Peluang Bekerja

Kongsi ibunya di video berkenaan,” Ummi tak boleh jalan laju nak, Humairah tetap akan tunggu ummi.” Anak yang sangat memahami keadaan ummi.

@norhafsah89 Anak yg sangat memahami keadaan ummi.😘#mukcheez
#chizxlokek #fyp #kakakmuruku #usahawanOKU ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Jelas ibunya dengan MW, dia mengalami masalah pergerakan. Terutama pada bahagian kaki dan tangan kanannya yang lambat bergerak.

Biar pun berdepan ujian kekurangan fizikal sebegitu, Nor Hafsah tak menjadikannya sebagai halangan untuk mencari rezeki. Malah, beliau berniaga muruku cheese untuk menampung keperluan hidup.

Saya tak diberi peluang bekerja walaupun dah mohon di banyak tempat kilang dan kedai. Ada jawatan kosong tapi mereka kata tiada jawatan untuk saya.

Jadi dari situ saya nekad berniaga sendiri tanpa bekerja dengan orang lain. Sebab saya orang OKU, orang tak perlukan saya. Saya niat dengan bisnes ini saya nak buka peluang kerja untuk orang lain.” Demikian tegas ibu muda ini.

Read more : Dapat Cukup Kasih Sayang Pun Ada Ketikanya Down, Inikan Pula OKU Yang Terbiar

Terima Bantuan Mixer

Terbaru menerusi perkongsiannya lagi, setelah lebih dua tahun mengusahakan maruku cheese beliau menerima bantuan mixer.

Alhamdulillah hasil kesabaran selama ni Allah sangat baik gantikan kemanisan.
Syukur setelah 2 tahun lebih mengusahakan Muruku Cheese dengan sepenuh tenaga untuk mengguli manual dan menggoreng (Naik sado weyy tangan kiri ni). Bukan mudah ya dengan Hafsah macam ni yang hanya bergantung pada tangan kiri sahaja untuk melakukan segala kerja.

Allah hadirkan insan-insan yang berhati mulia bantu Hafsah, Hafsah telah diterima untuk menerima bantuan Mixer. Alhamdulillah sangat bersyukur dan happy sebab lama sangat menunggu bantuan ni sampai, sebab ada masa order masuk banyak sampai tangan tak terlarat nak menguli. Nasib En Hubby sentiasa ada dan support dengan tenaga nya. Banyak sangat membantu.

Alhamdulillah hari ni perasmian menggunakan sepenuhnya mengguli guna mesin ni. 1st time tau guna mixer.

Dapat membantu sangat meringankan kerja Hafsah nak menguli dan lebih cepat. Moga dengan adanya mixer ni Hafsah boleh hasilkan yang lebih baik dan terus maju berjaya. Aamiin

Terima kasih atas doa dan sokongan sahabat-sahabat semua. Terima kasih juga YPKDT yang pilih Hafsah untuk terima bantuan ini. Moga Allah saja membalas jasa baik kalian semua.”

Mingguan Wanita : Kagum dengan semangat juang ibu ini. Walau OKU fizikal tetap cekal dan berani menyahut cabaran untuk mencapai impiannya.

Sumber/Foto : Nor Hafsah

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Netty Ah Hiyer