Ibu, nenek trauma, bayi 30 hari maut dikasari jururawat, rakaman cctv jadi bukti. Menurut bapa bayi tersebut, bayinya dikasari sehingga meninggal dunia bukan tersedak susu sepertimana yang dilaporkan awalnya.
Bayi malang itu maut itu semasa di bawah jagaan seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.
BAPA BAYI MALANG ITU, CHOO KAMIN, 30, MEMBERITAHU PERKARA SEBENAR ITU TERBONGKAR APABILA MEREKA MENYAKSIKAN SENDIRI KEJADIAN YANG MENIMPA ANAK SULUNGNYA, CHOO JYN HERN MELALUI RAKAMAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) YANG ADA DI BILIK PUSAT JAGAAN ITU.
Dakwanya, bayi yang dinantikan selama tiga tahun itu diperlakukan dengan kasar oleh jururawat tersebut sehingga isterinya, Yap Pei Yin, 29, melalui trauma yang teruk apabila kejadian terbabit berlaku pada hari lahirnya iaitu 9 September.
“Sehingga sekarang emosi isteri tidak stabil malah setiap kali ingin mengepam susu, dia akan menangis teringat anak kami.
“Saya pilih pusat jagaan berpantang tersebut untuk mendapatkan rawatan terbaik buat isteri serta anak. Kami membayar RM13,000 untuk rawatan selama 28 hari.
“KAMI SEPATUTNYA KELUAR DARI PUSAT TERSEBUT PADA 10 SEPTEMBER DAN KEJADIAN ITU BERLAKU SEHARI SEBELUMNYA,” KATANYA.
Sebelum itu keluarga tersebut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Susulan kejadian terbabit, Kamin serta ahli keluarganya akan mengambil tindakan saman terhadap pusat jagaan berpantang itu serta menyerahkan kes jururawat terbabit kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, kejadian itu memberikan trauma bukan sahaja kepada isteri tetapi ibunya, Gan Pheck Chin, 60, yang sangat menantikan kehadiran cucu lelaki itu.
“Sehingga hari ini ibu masih bersedih dan kami berharap nasib yang menimpa anak kami ini akan mendapat pembelaan,” katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga mangsa di sebuah pusat jagaan berpantang di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.30 pagi.
Menurut beliau, laporan diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.
Pada Rabu, seorang jururawat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari pada Isnin.
Perintah tahanan reman bermula Rabu sehingga Selasa depan terhadap wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Bayi 17 bulan maut didera ibu & rakan lelaki
#Justice4BabySyifaa Polis Nafi Dakwaan Siasatan Bayi Maut Di Pusat Asuhan Tidak Telus!
Bayi 8 Bulan Maut, Tertinggal Dalam Kereta Lebih 7 jam
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.