Ibu, nenek trauma, bayi 30 hari maut dikasari jururawat, rakaman cctv jadi bukti. Menurut bapa bayi tersebut, bayinya dikasari sehingga meninggal dunia bukan tersedak susu sepertimana yang dilaporkan awalnya.
Ibu, Nenek Trauma, Bayi 30 Hari Maut Dikasari Jururawat, Rakaman CCTV Jadi Bukti
Bayi malang itu maut itu semasa di bawah jagaan seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.
BAPA BAYI MALANG ITU, CHOO KAMIN, 30, MEMBERITAHU PERKARA SEBENAR ITU TERBONGKAR APABILA MEREKA MENYAKSIKAN SENDIRI KEJADIAN YANG MENIMPA ANAK SULUNGNYA, CHOO JYN HERN MELALUI RAKAMAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) YANG ADA DI BILIK PUSAT JAGAAN ITU.
Dakwanya, bayi yang dinantikan selama tiga tahun itu diperlakukan dengan kasar oleh jururawat tersebut sehingga isterinya, Yap Pei Yin, 29, melalui trauma yang teruk apabila kejadian terbabit berlaku pada hari lahirnya iaitu 9 September.
“Sehingga sekarang emosi isteri tidak stabil malah setiap kali ingin mengepam susu, dia akan menangis teringat anak kami.
“Saya pilih pusat jagaan berpantang tersebut untuk mendapatkan rawatan terbaik buat isteri serta anak. Kami membayar RM13,000 untuk rawatan selama 28 hari.
“KAMI SEPATUTNYA KELUAR DARI PUSAT TERSEBUT PADA 10 SEPTEMBER DAN KEJADIAN ITU BERLAKU SEHARI SEBELUMNYA,” KATANYA.
Sebelum itu keluarga tersebut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Susulan kejadian terbabit, Kamin serta ahli keluarganya akan mengambil tindakan saman terhadap pusat jagaan berpantang itu serta menyerahkan kes jururawat terbabit kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, kejadian itu memberikan trauma bukan sahaja kepada isteri tetapi ibunya, Gan Pheck Chin, 60, yang sangat menantikan kehadiran cucu lelaki itu.
“Sehingga hari ini ibu masih bersedih dan kami berharap nasib yang menimpa anak kami ini akan mendapat pembelaan,” katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga mangsa di sebuah pusat jagaan berpantang di sini, pada Isnin.
Ads
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.30 pagi.
Menurut beliau, laporan diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.
Pada Rabu, seorang jururawat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari pada Isnin.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ads
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jijik sungguh terbayangkan makanan dan minuman yang disediakan dicampurkan dengan benda-benda kotor seperti air liur, air kencing serta darah haid. Gara-gara ingin ‘menundukkan’ majikan, pembantu rumah sanggup mencampurkan bahan-bahan kotor ini untuk ‘memperbodohkan’ majikan yang membayar gaji mereka.
Seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh mencampurkan darah haid dan air kencingnya ke dalam makanan dihidangkan kepada penghuni sebuah rumah pangsa di Sengkang.
Tertuduh, Canares Rowena Ola, 43, yang mengaku bersalah semalam, kini memutuskan untuk mencabar pertuduhan berhubung salah lakunya itu ketika dibicarakan di mahkamah daerah.
Kredit Foto: TIMOTHY DAVID
Timbalan Pendakwa Raya, Keith Jieren Thirumaran, memberitahu Hakim Daerah, Marvin Bay, bahawa tertuduh sebelum ini mengaku melakukan kesalahan berkenaan dalam beberapa pengakuannya kepada pihak berkuasa.
Namun, perincian mengenai pekerjaan tertuduh dan bagaimana beliau dikaitkan dengan kesalahan berkenaan serta punca kejadian pada Disember 2018 itu tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.
Mahkamah turut dimaklumkan, makanan yang tercemar itu sudah dimakan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak dapat dijalankan bagi kes berkenaan.
Ola diwakili oleh peguam bela, Kalaithasan Karuppaya dan pra-perbicaraan akan diadakan pada 25 Januari depan.
gambar hiasan
‘Ilmu Penunduk’
Sementara itu, dalam kes berasingan awal tahun ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tujuh minggu.Dia didakwa atas kesalahan mencemarkan air minuman dan nasi dengan mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya.
Diana, 30, berkhidmat dengan sebuah keluarga di Punggol pada 2017 sebagai pembantu rumah. Difahamkan, dia percaya dengan memberi minuman dicampurkan dengan kotoran itu, keluarga berkenaan akan tunduk dan tidak sesekali memarahinya.
Mangsanya didapati sudah memakan bahan tercemar berkenaan.
Diana juga mencuri lebih daripada S$13,000 (RM39,574) wang milik ibu majikannya dalam lima kejadian berasingan antara Ogos 2017 dan Jun 2018.
Diana akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan salah laku dan mencuri.
MW: Jijik sungguh tergamak buat begini. Bukan bersangka buruk, tapi sebaiknya jika mempunyai pembantu rumah, biarlah hanya membantu kerja-kerja mengemas dan membersihkan rumah. Urusan masak-memasak, seeloknya kita buat sendiri. Lebih puas hati dan terjamin kebersihan makanan yang disediakan.
Unsung hero, hero tak didendang ini bukan saja melalui hari-hari penuh debaran. Jika ketika ini anda sedang berdepan pembelian panik, bayangkan petugas kesihatan ini yang 24 jam berdepan pesakit yang positif Covid-19.
Ibu ini bukan lagi panik.. tetapi ‘paranoid’ setiap kali selesai mendepani pesakit. Pegawai Khidmat Perubatan ini, Dr. Faiqah Nastasha berkongsi gambaran betapa tak mudah untuknya yang bertugas mendepani pesakit positif Covid-19.
Dalam masa yang sama, masih perlu menyimpan susu ibu perahan setiap 4 jam sekali, untuk kegunaan anaknya yang berusia 5 bulan.
Tak mahu virus Covid-19 menular, ibu ini rela mandi berkali-kali, memotong rambutnya. Pengorbanan ini dilakukan demi tanggungjawab pada negara dan juga anak kecilnya di rumah. Allahu..
Sungguh.. apabila anda membaca akan catatan ini, semoga ada kesedaran di hati untuk sama-sama memberikan kerjasama ‘Menghadkan Pergerakan’ anda selama 14 hari demi menyekang penularan Covid-19.
Ibu Mandi Berkali, Botakkan Rambut, Demi Selamatkan Susu Perahan Anak Dari Covid-19
This is me. Trying to find something to smile in this frustratingly dire pandemic.
We have to wear this PPE when in contact with patient COVID. Masok isolation room kena pakai. Kuar iso room cabut dan buang. Then terus mandi. Now hari ni je dah lebih 5 kali mandi, sebab i still EBM (susu ibu perahan). I have a 5 months old, still breastfeeding baby kat rumah. So im super paranoid and thus mandi everytime sebelum my 4 hourly EBM. Can imagine?
So out of frustration, i grab a pair of scissor and chop my hair off. Why? Sebab tak sempat nak kering despite ada hair dryer. Its horrible and i look like Ronald McDonald. But i have awesome self confidence to pull it off.
Balik rumah, khairi saw my hair. He pulled me close, give me a hug and said, “You botak macam mana pun, i tetap sayang u.” In front of Haris and Nayla.
Minutes later, time tengah pakai kan baju Haris, he said, “Rambut mummy silly! Tapi mummy cantik. Tapi Haris sayang mummy.”
Duhai mak ayah, cebisan kisah ini adalah satu daripada beratus kisah ‘unsung hero’ yang tidak dikhabarkan. Tentunya ujian wabak Covid-19 ini sedikit sebanyak memberi tekanan emosi untuk petugas-petugas barisan hadapan kesihatan ini; cuti dibekukan, jam kerja yang panjang malah seragam PPE yang tentunya panas.
Jadi menjadi tugas kita, untuk sama-sama bantu mereka. Sama-sama tunjukkan janji setia pada negara, ikutlah Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Cuma 14 hari.. iya memang ia satu masa yang panjang dan menduga, namun ini semua demi kemaslahatan ummah.
Semoga Malaysia mampu mengawal wabak Covid-19 ini dan tuhan menjauhkan wabak ini dari negara kita sesegera mungkin.
Rupanya guna air tapisan dan bawang putih merupakan rahsia cili yang dikisar tahan lama berbulan-bulan, tak masam mahupun berkulat. Cili kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan, bagi mak-mak sukakan pedas. Tapi nak buat cili kisar ni agak renyah, perlu dibuang biji, direbus dan dikisar. Jadi sebagai penyelesaiannya, ramai mak-mak yang suka kisar cili banyak-banyak untuk kegunaan harian bagi mempercepatkan waktu memasak.Tapi masalah yang timbul bila, cili kisar tersebut tak tahan lama, cepat rosak, masam dan berkulat.
Perkongsian petua cili kisar tahan lama ini dikongsikan oleh Puan Mim Nazihah sebagai rujukan mak-mak.
“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…Mesti ramai yang dah tau kan…Tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan. Selalu kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Bahan-Bahannya :
400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
3 Labu Bawang putih
Air tapis
Cara Membuat:
1.Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
2.Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3.Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
4.Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...