Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Ambil Keputusan Batalkan Permohonan Cap Dagang ‘Harimau Menangis’

Share

Akhirnya ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengambil keputusan untuk membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.

Pemilik syarikat Noor Khan Enterprise itu berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.

 

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dirinya mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Ekoran itu, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Ibu Neelofa Mohon Maaf Kepada Semua

Seperti mana yang dipetik menerusi portal berita Sinar Plus, Datin Kartini memohon mmaf dan mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk ‘Harimau Menangis’

“Saya ingin memohon maaf kepada semua dan saya mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk tersebut,” ungkapnya.

Tujuan Asal Untuk Melindungi Jenama Perniagaan

Datin Kartini juga akui kekhilafan yang telah berlaku sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Tujuan asal saya memohon ‘trademark’ ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” sambunya lagi.

Baca Disini Juga:

Patutlah Neelofa Berjaya & Rezeki Mencurah, Berkat Doa Ibunya Tak Pernah Putus!

Ini 10 Khasiat Jus Celery, Patutlah Neelofa Jadikan Amalan Minum Setiap Hari!

Neelofa Warisi Kekuatan & Kejelitaan Datin Noor Kartini

Tiada Niat Tutup Pintu Rezeki Sesiapa

Tambah Noor Kartini, dirinya tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT. Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” ungkapnya.

Sumber: Sinar Plus
Sumber Foto: Instagram Datin Noor Kartini
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh