Ibu Nafi Anak Mati Dibelasah Dalam Masjid Tak Siuman, Pernah Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan

Share

Ibu nafi anak mati dibelasah dalam masjid tak siuman, pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Tindakan pelik seorang lelaki yang bertindak memukul seorang wanita di masjid berakhir dengan tragedi apabila dilaporkan mati dipukul.

Di sebalik akhbar melaporkan sekumpulan  sekumpulan pelajar tahfiz dan pengawal dtahan selepas tragedi itu hingga membawa kepada penahanan reman seorang pengawal keselamatan, ibu mangsa memaklumkan anaknya tiada masalah mental,cuma pada hari kejadian emosi arwah dilaporkan tidak stabil hingga mendorongnya membuat kecoh di masjid berkenaan.

Ibu Nafi Anak Mati Dibelasah Dalam Masjid Tak Siuman

Memetik laporan Sinar Harian, ibu ini memaklumkan, anaknya sihat dan bukan kurang siuman seperti dilaporkan, cuma pada hari kejadian emosinya tidak stabil,” demikian luahan ibu kepada lelaki yang maut dipercayai dipukul di sebuah masjid, Pulau Melaka, Kota Bharu pada Ahad.

Seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun ditahan reman dan kesnya disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun wanita yang enggan dikenali itu memberitahu, keluarganya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.

Dia berkata, anak lelakinya yang berusia 28 tahun itu sering ke masjid berkenaan untuk menimba ilmu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pelajar Santuni Pengawal Keselamatan Di Pagar Sekolah. Ketepikan Pangkat, Inilah Didikan Terbaik Anak-Anak

Dipijak Bapa Tiri Hingga Mata Bengkak, Ramai Sedih Ibu Kandung Hanya Pandang Saat Anak Dibelasah Suami

Hanya Kerana RM4, Seorang Kanak-Kanak DiBelasah Hingga Hilang Nyawa

Ujarnya, anak ketiga daripada lima beradik itu juga sudah setahun lebih tidak bekerja

“Sebelum ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor.

“Dia jarang keluar dan banyak menghabiskan masanya di rumah sambil menjaga neneknya yang sudah berusia 101 tahun kerana saya serta suami berniaga,” katanya ketika ditemui di Kampung Changgai di sini pada Isnin.

Pernah Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan

Menurutnya, sehari sebelum kejadian arwah keluar dari rumah dalam keadaan emosi sudah tidak stabil, sehinggalah pada sebelah petang dia mendapat makluman daripada pihak polis mengatakan anaknya sudah meninggal dunia.

Dia memberitahu terkejut dengan berita tersebut, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

“Anak saya selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi tadi (Isnin) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changgai,” katanya.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar di sebuah masjid di Pulau Melaka di sini pada Ahad.

Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian tersebut berlaku apabila lelaki berkenaan telah bertindak mengamuk dan kemudian membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

“Pada masa yang sama lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros