Mekap sebelum bersalin. Begitulah kalau ibu tak nak nampak muka ‘comot’ atau keletihan selepas berjam-jam untuk lahirkan bayi. Mungkin rasa malu bila doktor, jururawat atau keluarga datang melihat keadaan dirinya selepas bersalin.
Gigih betul nak berdandan bagai walaupun dalam keadaan sakit untuk bersalin. Namun tak mustahil dan boleh saja mekap sebelum bersalin. Inilah antara ibu muda yang sanggup menempah jurusolek untuk dirinya kelihatan cantik semasa bersalin.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kopi Pelaga, Minuman Ibu Berpantang Untuk Sembuhkan Luka Bersalin & Rawat Masalah LELAKI
Carly Temple, 23 tahun, merasakan dirinya perlu kelihatan cantik semasa bersalin dan tidak mahu kelihatan ‘berpeluh’ dalam gambar. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menempah jurusolek dan pendandan rambut untuk solekkan dirinya sebelum dibawa masuk ke bilik bersalin.
“Saya mahu kelihatan cantik semasa bersalin dan tidak mahu kelihatan berpeluh semasa mengambil gambar,” katanya yang juga merupakan seorang jurusolek dan pendandan rambut dari Missisippi.
“Jadi saya bangun pada pukul 4 pagi supaya jurusoleh boleh mekap saya. Lebih kurang jam 5.30 pagi, barulah saya ke hospital,” katanya yang menempah jurusolek di kalangan kawannya juga.
Menurutnya lagi, kebanyakan ibu selepas bersalin mereka kelihatan berpeluh. Jadi, saya mahu kelihatan baik supaya saya boleh berasa tenang. Tempoh saya bersalin mengambil masa 17 jam, sudah tentu saya keletihan. Bila dah bersolek, saya dalam keadaan bersedia bila berjumpa dengan doktor dan jururawat,” katanya.
Ibu kepada tiga anak itu menjelaskan dia telah melakukan cara yang sama semasa melahirkan dua daripada tiga anaknya – anak lelaki JD dan anak perempuan Lettie.
Kelahiran JD pada 24 Januari 2020 pada jam 12.18 pagi dengan berat 7 paun di Pusat Perubatan Mississippi Baptist.
Carly mempunyai tiga anak JD, 3 tahun, Slayton, 2 tahun dan Lettie, 4 bulan.
Semasa kelahiran pertamanya, seorang jurusolek dan pendandan rambut telah memanjakannya semasa dia melahirkan anak.
Kelahiran kedua adalah kejutan sehingga dia tidak sempat membuat persiapan. Air ketuban pecah dan dia tidak mempunyai masa untuk berdandan.
Tetapi dia merancang lebih awal untuk anak bongsunya Lettie, yang berusia empat bulan.
.
Pasangannya, Mitchell, 27 tahun, kemudian membawanya ke hospital supaya dia boleh bersalin secara glamor dengan solekan.
Lettie, anak ketiganya lahir pada jam 12.31 tengah hari pada 26 Oktober 2022 dengan berat 6 paun 2oz.
Mingguan Wanita : Ragam semasa mengandung lain dengan mengidamnya. Ini pula ragam semasa bersalin. Sempat lagilah nak melawa.
Sumber: Daily Star
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita