Mempunyai ibu mertua yang baik adalah satu bentuk rezeki. Ibu mertua yang baik akan disayangi menantu. Layan menantu seperti anak sendiri, ibu mertua yang baik turut memberikan sokongan emosi, membantu dalam membesarkan anak-anak, dan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Ibu Mertua Yang Baik Itu Rezeki
Hubungan yang harmoni dan positif dengan keluarga mertua sering dianggap sebagai rahmat atau kelebihan dalam kehidupan berkeluarga. Selain itu, suasana yang selesa dan harmoni di rumah dapat membantu semua ahli keluarga berasa lebih gembira dan puas.
Ini Tip Jadi Ibu Mertua Yang Disukai Menantu
TIP MENJADI IBU MERTUA YANG DISAYANGI MENANTU:
Menjadi ibu mertua yang disayangi oleh menantu mampu membawa keharmonian yang besar kepada keluarga. Berikut ialah beberapa petua yang boleh anda gunakan untuk membina hubungan positif dengan menantu anda:
Menghormati batasan
Memahami dan menghormati batasan yang ditetapkan oleh pasangan muda. Ini termasuk tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka melainkan diminta. Menghormati privasi mereka adalah penting untuk mengekalkan hubungan yang baik.
Cuba berkomunikasi secara terbuka dan jujur dengan anak-anak menantu anda, tetapi juga peka terhadap perasaan mereka. Semasa berkomunikasi, gunakan pendekatan yang menyokong dan positif.
Jadi penyokong
Ads
Berikan sokongan kepada anak menantu anda, baik dari segi emosi mahupun praktikal, jika mereka memerlukannya. Tunjukkan bahawa anda ada untuk mereka, tetapi juga benarkan mereka berdikari.
Tunjukkan penghargaan
Kenali usaha dan sumbangan menantu anda kepada keluarga. Perkara kecil seperti mengucapkan terima kasih atau memuji mereka boleh membuat perbezaan besar dalam perasaan mereka dihargai.
Setiap orang dibesarkan dengan nilai dan tabiat yang berbeza. Menjadi fleksibel dan terbuka kepada perbezaan ini boleh membantu mengurangkan konflik dan meningkatkan persefahaman bersama.
Ads
Berkongsi pengalaman dan pengetahuan
Tanpa mendominasi, kongsi pengalaman dan pengetahuan anda. Ini boleh menjadi cara untuk berkongsi dan belajar bersama-sama, tetapi ingat untuk tidak terdengar seperti anda sentiasa tahu yang terbaik.
Jangan bandingkan
Elakkan membandingkan menantu anda dengan orang lain, terutamanya dengan ahli keluarga yang lain. Ini boleh menimbulkan perasaan tidak selamat dan persaingan yang tidak sihat.
Hadapi konflik dengan bijak
Jika konflik berlaku, tangani dengan tenang dan matang. Cuba dengar dan fahami pandangan menantu sebelum berkongsi pendapat.
Ads
Meluangkan masa bersama
Cuba luangkan masa bersama mertua anda dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Ini boleh membantu mengeratkan hubungan dan membina kenangan bersama.
Tunjukkan kasih sayang dan penerimaan
Akhir sekali, perkara yang paling penting ialah menunjukkan kasih sayang dan penerimaan. Perasaan diterima dalam keluarga besar adalah sangat penting untuk menantu anda.
Dengan melaksanakan petua ini, anda boleh membina hubungan yang lebih erat dan menjadi ibu mertua yang disayangi dan dihormati oleh menantu anda.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai juga wanita cantik dan jelita tidak memilih rupa paras sebagai kriteria utama apabila mencari pasangan hidup. Senang cerita, yang isterinya cantik bukan main mengalahkan puteri raja tetapi wajah suaminya biasa-biasa sahaja. Cukuplah sekadar sedap mata memandang bukan?
Nah, jadi apa sebenarnya faktor yang mendorong wanita cantik untuk memilih lelaki yang bersifat sederhana kerana waktu bercinta monyet zaman sekolah dahulu, mata asyik mahu menjeling lelaki kacak sahaja. Bila betul-betul hendak bina hubungan serius, lelaki biasa-biasa juga yang dikejar.
Isteri Cantik Selalu Dapat Suami Tak ‘Hensem’
Persoalannya KENAPA perempuan cantik lebih cenderung untuk berdampingan dengan lelaki kurang kacak?
Kajian mendapati, pasangan di mana isterinya mempunyai raut wajah lebih indah berbanding si suami berpotensi untuk memiliki hubungan yang lebih harmoni dan saling menyokong pasangan masing-masing.
1.WANITA MAHU PASANGAN YANG SENTIASA MENYOKONG
Pasukan pengkaji McNulty telah melakukan sebuah kajian terhadap 82 pasangan yang telah berkahwin selama 3 tahun. Rata-rata pasangan adalah berumur dalam lingkungan pertengahan 20an.
Pengkaji telah merakam sesi di mana setiap satu pasangan itu dikehendaki berbincang tentang permasalahan semasa yang dihadapi selama 10 minit. Rakaman video itu kemudian dianalisa oleh pakar-pakar profesional dan hasil mendapati rata-rata wanita yang bersuamikan lelaki kurang berketerampilan dari segi rupa paras cenderung untuk menjadi lebih “supportive” berbanding mereka yang kacak.
2.HUBUNGAN LEBIH HARMONI BILA ISTERI CANTIK
Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor dari sebuah institusi pengajian tinggi, “Lelaki sangat sensitif terhadap tarikan wanita. Wanita pula bagaimanapun lebih sensitif terhadap ketinggian lelaki dan ‘poket’ mereka,” jelas Prof. Ariely.
“Seorang suami yang kurang menarik dari isterinya akan bersifat lebih baik kerana mereka seolah-olah berasa takut untuk kehilangan isteri mereka. Oleh itu mereka akan mencuba sehabis baik untuk mengekalkan hubungan atau perkahwinan itu,” tambahnya.
Kadang-kadang Fikir Macam Tak Padan
Bagi lelaki yang kacak pula, mereka akan lebih cenderung untuk bermain kayu tiga kerana tidak pernah berasa puas dengan hubungan yang telah sedia ada. Biarpun isteri mereka sudah cantik, mereka mungkin tetap akan pandang perempuan lain yang lebih cantik lagi! Kesimpulannya, lelaki kurang kacak akan lebih menghargai pasangan masing-masing.
Apa yang pasti, tarikan rupa paras seorang suami bukanlah perkara mustahak bagi seorang wanita kerana jelas, seseorang wanita itu hanya mahukan suami yang budiman serta tahu menjaga hati isteri. Biar muka tidak ‘berupa’ asalkan hatinya ikhlas menerima kita apa adanya, setuju?
Apa pun, tak kisahlah bagaimanapun rupa pasangan anda, jika anda bijak menjaga hubungan serta tidak membesar-besarkan perkara yang kecil. Hubungan anda pasti akan bahagia hingga ke akhirnya.
Ingat! Penceraian adalah jalan terakhir bagi kamu dan pasangan setelah tiada satu pun jalan lain yang boleh diambil sebagai solusi kepada dilema yang dihadapi.
Jadi jangan tanya kenapa lelaki tak kacak selalu dapat isteri lawa-lawa, sebabnya mereka ini adalah sejenis kaum lelaki yang pandai jaga hati isteri supaya sentiasa lekat.
Sebelum ada anak, ‘dating’ berdua, keseronokannya lain. Tapi bila dah ada anak, rasa pelik pula bila keluar berdua. Tak kisahlah keluar berdua ke mana pun. Sunyi saja.
Tanyalah mana-mana mak ayah, mesti rasa pelik bila kluar berdua tanpa anak. Kecualilah kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tapi, kalau nak pergi dating berdua, macam tak sesuai dan pelik.
Mulalah rindu anak-anak di rumah dan rasa nak cepat saja balik ke rumah. Semua agenda tergendala. Seronok lagi dating beramai-ramai dengan anak.
Inilah juga dialami dan perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi perihal ini. Memang betul pun. Nanti pasangan yang ada anak akan raslah apa yang dia sendiri rasa.
Biasanya hari Sabtu atau Ahad aku dan puan isteri akan hantar 2 anak autism kami pergi buat terapi di pusat terapi.
Masa menunggu lebih kurang 1 jam kami merayau berdua-duaan.
“Nak ke mana ni bang?” Soal puan isteri.
“Entah lah”
Memang tak ada idea nak ke mana dan nak buat apa.
Jadi kami ronda-ronda saja. Itulah, kalau ibu bapa yang ramai anak ni dah tentu rasa ralat saja kalau berdua. Nak ke mana-mana pun mesti nak bawa juga anak-anak.
Pernah juga kami pergi kursus hanya berdua. Pergilah pantai berdua tanpa anak-anak.
Jalan pegang tangan berdua-duaan, orang pandang, rasa tak tenang. Adahal kami ni dah kahwin 20 tahun.
Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last balik.
Nak dating-dating berdua saja memang rasa lain macam. Rasa tak cukup tanpa anak-anak. Sunyi semacam.
Aku rasa kau orang yang dah ada anak-anak pun rasa begitu.
Mingguan Wanita : Betul sangat, bial dah anak anak, segalanya tertumpah kasih sayang pada mereka. Memang kena ada we time dengan pasangan tapi tengok keadaan tertentu. Takutnya we time tak sampai ½ jam dah balik. Sebabnya ingat kat anak-anak dan rasa sunyi tanpa riuh rendah anak.
Kisah pasangan curang bukan lagi perkara asing di kalangan isteri. Lantas ramai yang memilih untuk keluar daripada perkahwinan itu dengan alasan tidak dapat memaafkan kecurangan suami. Namun, ada juga yang tetap bertahan. Kenapa ye? Ikuti kupasan daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Relationship Coach daripada Promind training And Consultation, yang juga kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri di dalam majalah Mingguan Wanita.
Hak
Kebanyakan isteri menganggap suami adalah hak milik mutlak mereka. Apabila isteri berkata begitu, maka saya pasti mereka betul. Namun saya juga tahu bahawa poligami itu dibenarkan. Saya ada beberapa rakan-rakan ‘bertuah’ yang bukan sekadar beristeri dua tetapi sudah mencapai kuota penuh!
Dalam kumpulan berbual di media sosial para suami memang tajuk poligami ini mempunyai kuasa paling kuat untuk menarik rakan-rakan lain memberi komen. Walaupun tajuk ini harum dan mekar tetapi terlalu jarang didengar ada rakan-rakan yang ‘upgrade’ diri dengan status beristeri dua, tiga atau empat. Maksudnya kebanyakan sesi tadi hanya ‘sembang sini, habis sini’ sahaja. Itulah lelaki yang bergelar suami ini. Sembangnya kencang tapi isteri tersayang masih di hati.
Perlu Kekuatan
Sebagai ‘Relationship Coach’, salah satu kesempatan yang selalu diambil peserta untuk konsultansi percuma semasa kursus ialah untuk bertanya, “Dulu suami saya ada perempuan lain di luar tetapi semua sudah selesai. Saya boleh maafkan tetapi saya tetap tidak boleh lupa dan terima dia sepenuhnya. Apa yang mesti saya buat? “
Soalan hanya boleh difahami oleh mereka yang pernah melaluinya. Pada kekuatan bagaimanakah seorang isteri boleh memaafkan suami yang pernah curang dengan orang lain? Waktu itu syaitan begitu cepat membisikkan kata-kata beracun yang suami anda sebenarnya menggilai orang lain.
Pada ketika itu peritnya seperti kail tajam bermata tujuh menusuk dan tersangkut dalam hati. Semakin anda menggelupur melepaskan diri, semakin anda meraung kesakitan. Tapi akhirnya kuasa Allah lebih besar. Kail yang tertusuk itu terlepas dan suami kembali ke pangkuan anda. Perkara itu sudah berlalu. Sebagai isteri solehah anda boleh memaafkan tetapi masalahnya sekarang anda tidak boleh melupakan!
Jangan Lepaskan
Semasa anda dikhianati dahulu pasti terasa itulah masalah paling besar dalam dunia. Walau apa yang berlaku, jangan lepaskan tiang seri perkahwinan itu. Jika selama ini anda boleh melayan rasa dikhianati dan dikecewakan maka selepas ini tukar fokus kepada mencari petunjuk yang suami sangat menghargai anda. Ingat bahawa anda hanya akan nampak apa yang anda mahu lihat. Dalam hanya beberapa minit anda menukar fokus itu, perubahan emosi positif akan datang membanjiri emosi anda.
Kerenggangan Emosi
Apabila anda fokus kepada penyelesaian ini maka anda semakin menuju kepada jawapan yang anda cari. Kebanyakan daripada faktor kecurangan suami bukan disebabkan faktor keintiman seksual tetapi lebih kepada kerenggangan emosi.
Dalam ruang yang tidak kelihatan itu, suami merasa terbentang jurang besar yang memisahkan emosi dia dan anda. Untuk mengikat suami lebih kuat kepada anda selepas ini maka belajarlah untuk menarik emosi suami lebih dekat kepada anda. Ada banyak yang boleh anda lakukan. Kata orang tua-tua dulu, jika sayang suami maka sayangilah perut dan penuhilah matanya. Janganlah kerut kening macam itu. Bukan perut dan mata yang saya maksudkan tetapi hati dan perasaannya. Bila perut kenyang maka hati jadi senang. Apa saja yang indah di mata pasti turun ke hati. Itulah lebuh raya menuju keintiman emosi.
Cepat Pulih
Pasangan suami isteri yang pernah melalui cabaran dengan tajuk ‘curang’ akan lebih cepat pulih dengan selalu menghabiskan lebih banyak masa bersama. Menemui perkara baru atau mencari semula kenangan lama adalah cara berkesan untuk anda pulih sepenuhnya. Sebagai contoh kenapa anda menyukai dia dahulu? Kenapa anda memilih dia berbanding orang lain? Dan kenapa anda menerima dia sebagai suami dahulu?
Ini adalah soalan-soalan yang membawa anda kembali ke garis mula perkahwinan anda. Dulu anda dan suami tersilap tetapi sekarang lihat pada masa depan. Apa yang anda mahu? Bayangkan keluarga bahagia dengan anak-anak semakin dewasa. Menyambut kejayaan mereka di Universiti dan menerima deretan cucu-cucu comel. Anda dan suami tentu tidak mahu melalui masa depan itu sendirian, bukan? Anda boleh mencipta masa depan yang indah itu. Dengan berkat doa dan usaha..Insya-Allah itu semua boleh menjadi kenyataan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia...