Ada lagi tak ibu menyusu yang tak tahu tentang claim peralatan penyusuan seperti yang dinyatakan Puan Nad Masrom ini?
Ruginya kalau tak rebut peluang ini sebelum tarikh tutup hujung bulan ini, tetapi mak-mak kena tahu syaratnya dulu ya.
Nah, jemput semak apa pengisian yang mak-mak perlu fokus dan isi.
Mana-mana ibu menyusu yang masih belum isi e-Filing LHDN, cepat ya isi sebelum 30 April. Jangan lupa claim peralatan penyusuan yang dah dibeli.
(Kalau belum daftar, kena daftar dulu. Cara nak daftar seperti berikut).
1. Klik http://edaftar.hasil.gov.my untuk daftar secara online. Klik ‘Borang pendaftaran online’ dan daftar.
2. Pergi cawangan LHDN terdekat untuk mohon nombor PIN e-filing individu (16 digit).
3. Lepas dah dapat nombor pin e-filing, pergi dekat website https://ez.hasil.gov.my/CI/ untuk login kali pertama. Masukkan nombor PIN dan nombor kad pengenalan.
4. Set semula password baru dan juga frasa keselamatan
5. Login sekali lagi di website yang sama dan masukkan nombor IC dengan password yang baru (PERINGATAN: jangan silap tekan password tau kat sini sebab hanya 3 kali percubaan je diberi. Kak Nad pernah tersilap password, sudahnya kena pergi semula pejabat LHDN. Haru!)
1. Pergi ke bahagian e-Filling, kemudian klik e-Borang
2. Lihat bahagian individu Pemastautin. Jika tiada punca perniagaan, klik e-BE. Jika ada punca perniagaan, klik e-B. Pilih tahun taksiran 2018.
3. Akan keluar paparan tentang maklumat yang perlu dilengkapkan seperti maklumat individu, maklumat suami/isteri, pendapatan berkanun dan jumlah pendapatan. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
4. Kemudian ada bahagian pelepasan cukai. Dekat sini ada bahagian pelepasan cukai bagi ibu menyusu. Boleh isikan mengikut perbelanjaan yang telah dibuat. Pastikan resit disimpan dengan baik ya sekiranya diaudit nanti.
5. Ada bahagian lain juga yang perlu diisi jika berkaitan. Biasanya untuk insurans kalau Kak Nad tak pasti, Kak Nad akan refer agent insurans Kak Nad. Pembelian alat sukan, komputer riba, smatphone, bahan bacaan, keahlian gym pun layak mohon pelepasan.
6. Selepas dah isi semua maklumat, klik teruskan, cetak draf borang, tandatangan danhantar. Nanti mommies akan nampak jumlah lebihan bayaran yang akan dimasukkan semula ke akaun bank mommies.
7. Paling penting, isilah maklumat denga jujur dan berhemah untuk mengelakkan dikenakan penalti.
Cepat ya mommies, selewatnya 30 April 2019. Jangan terlupa ok. Dan hanya layak bagi ibu-ibu menyusu yang bekerja dan layak membayar cukai, anak di bawah 2 tahun dan tahun taksiran hanya untuk 2 tahun sekali sahaja.