Ibu Mengandung Awal Trimester, Menyusukan Anak Lagi, Sebelum Niat Berpuasa Dengar Dulu Kata Doktor

Share

Otak kata boleh puasa, hakikatnya tubuh tak berdaya. Sebab bukan saja mengandung awal trimester, malah dalam masa sama menyusukan anak yang masih bayi. Tapi hati mak-mak ini meronta-ronta juga nak berpuasa, sebab tahu macam mana nanti payahnya nak ganti selepas habis bulan Ramadhan.

Ini penjelasan Dato’ Dr Suriyakhatun Osman mengenai berpuasa buat ibu yang menyusu dalam masa yang sama sedang mengandung trimester pertama. Ujar beliau, ibu yang menyusukan anak pada masa yang sama mengandung, tidak wajib dia berpuasa. Boleh untuk tidak puasa.”

Anak yang menyusu itu, bergantung pada umur anak sama ada boleh atau tidak ibunya puasa.

Jika anak melebihi enam bulan dan sudah makan pepejal, maka jika susu berkurangan, boleh digantikan dengan makanan yang tinggu zat galian termasuk kalsium : Antaranya:

√    Sup tulang

√    Dhal

√    Bayam

√    Serta supplement seperti Moringa, Gam Arab dan Baobab.

Bawah dari enam bulan, jika susu ibu berkurangan sebab :

a) Mengandung,

b) Puasa,

“Ia boleh menjejaskan perkembangan dan pembesaran bayi maka ibu perlu timbangkan antara puasa dan kebajikan anak atau berikan susu formula untuk tampung keperluan anak.”

 

Ibu Berpuasa, Fahamkan Perkembangan Bayi Ikut Trimester

Sama ada akan menjejaskan kandungan atau sebaliknya, ia juga bergantung pada berapa bulan mengandung.

Pada masa awal tiga bulan jika ibu puasa dan berbuka dan bersahur makanan yang berkhasiat, maka tidak akan jejaskan kandungan tetapi, selalunya peringkat ini ibu tidak lalu makan maka nak puasa atau tidak bergantung kesihatan ibu.

Jika ibu mengandung trimester kedua dan anak masih menyusu badan kuat, yang mungkin terjejas adalah kandungan jika ibu tidak makan seimbang dan makanan yang padat nutrisi semasa berbuka dan bersahur.

Trimester kedua kandungan adalah peringkat terbina organ maka jika zat yang diperlukan kurang ia boleh menyebabkan organ berkenaan lemah.

Semester ketiga adalah pembesaran bayi dan kurang zat masa ini menganggu pembesaran.

Makanan Ini Ibu Hamil Patut Ambil

Cadanan saya untuk makanan ibu, “Makan yang padat nutrisi serta tidak banyak kimia. Elak kuih, kek dan biskut seban makanan ini kurang zat galian dan vitamin serta lebih karbohidrat.”

Makan nasi, lauk dan sayur serta tambahkan dengan snek seeds and nuts (kekacang) serta buah kering, kurma dan tin. Ambil supplement alami seperti Chlorella, Moringa, Gam Arab, Baobab.”

Ibu Hamil Sila Jaga 3 Waktu Makan Utama Ini

1. Berbuka : Minum air dan kurma, lepas Maghrib nasi lauk sayur
2. Lepas Isyak contoh: sup dengan bone broth base. Jangan makan berat sebab nak tidur selepas ini . Boleh digantikankan dengan minuman seperti susu campur job’s tears powder atau oat milk .
3. Sahur : Seperti berbuka dan jangan tidur selepas sahur, elok sahur lambat dan terus solat subuh.

Di antara makan utama, snek seeds nuts dan buah kering .

Sumber/Foto : Dr Suriyakhatun

 

3 Kesan Tidur Lepas Sahur

Ini pula ditegaskan oleh Dr Rizal Abu Bakar mengenai kesan tidur selepas sahur. Akui beliau, “Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.”

Sedangkan inilah kesannya yang jadi jika seseorang teruskan habit tidur selepas sahur.

1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.

2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula. Berbunyi seawal jam 10 pagi.

3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.

Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.”

Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur.

Sumber/Foto : Dr. Rizal Abu Bakar

Published by
Netty Ah Hiyer