Ibu Menangis Kenal Pasti Jenazah Anak, Ini Kali Pertama Nurul Azwani Ikuti Perkhemahan

Share

Ibu menangis kenal pasti jenazah anak, ini kali pertama Nurul Azwani ikuti perkhemahan, ibu menangis kenal pasti jenazah anak. Tragedi di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam meruntun hati rakyat Malaysia.

Setakat petang tadi, 24 mayat sudah dibawa keluar dan enam darinya sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga berdasarkan pengecaman dilakukan. Mangsa terdiri dari Lim Wei Xin, Hong Mei Jing, Lai Lee Yin, Tong Kai, Lai Lee Koo, Nurul Azwani dan Tong Kai (kanak-kanak berusia 9 tahun).

Bahkan sekitar jam 4.21 petang  tadi, mayat pertama mangsa tragedi tanah runtuh ini iaitu  seorang kanak-kanak, Tong Kai dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selepas selesai proses bedah siasat ke pusat pengebumian Nirwana untuk dikebumikan.

Ibu Menangis Kenal Pasti Jenazah Anak

Dalam pada itu memetik Harian Metro, keluarga kepada mangsa sudah dikenal pasti iaitu Nurul Azwani, sama sekali tidak menyangka tragedi pahit ini menimpa anak mereka. Ini kerana ia merupakan perkhemahan pertama arwah Nurul Azwani dan ia berakhir dengan peristiwa tak dapat dilupakan seumur hidup.

“Sepatutnya Nurul Azwani membawa ibunya, Siti Esah Hassan, 53, pulang ke kampung di Kuantan, Pahang, untuk berjumpa keluarga sebab cuti sekolah, semalam, namun sudah ajalnya dia meninggal dunia akibat runtuhan tanah.”

Demikian kata Nor Azman Mat Zain, 48, iaitu sepupu kepada Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, mangsa yang meninggal dunia akibat runtuhan tanah di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam.

Mangsa antara 21 korban insiden dan enam yang sudah dikenal pasti berdasarkan kenyataan dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), hari ini.

24 mayat sudah ditemui dan 10 lagi masih hilang dihari kedua tragedi ini terjadi
Kerja-kerja penggalian mayat sedang giat dijalankan pihak berkuasa
Nor Azman berkata, Allahyarham yang bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong mengikut rombongan perkhemahan sekolah itu sejak Rabu lalu.

“Kami sekeluarga tahu dia mengikuti rombongan perkhemahan sekolah itu. Dia bekerja di kantin sekolah berkenaan.

Ini Kali Pertama Nurul Azwani Ikuti Perkhemahan

“Ini juga kali pertama dia terbabit dengan aktiviti perkhemahan. Dia pergi Rabu lalu dan ikutkan dia balik semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini.

Ahli keluarga Nurul Azwani yang menunggu jenazahnya dibawa keluar. Tiga dari kanan adalah emaknya.

Nor Azman berkata, mereka yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu melalui laporan berita bergegas ke beberapa hospital untuk mencarinya.

Menurutnya, ketika itu mereka masih tidak tahu keadaan terkini Nurul Azwani.

“Pada mulanya kami ke Hospital Selayang, tetapi tiada nama. Kemudian datang sini (Hospital Sungai Buloh) pun tak ada.

“Namun, selepas mendapat maklumat mangsa yang meninggal dunia dibawa ke sini, saya bergegas semula ke sini sejak semalam.

“Mak arwah dan keluarga lain pula baru datang petang tadi,” katanya.

Katanya, kali terakhir mereka sekeluarga berjumpa arwah Rabu lalu.

“Di sini (Kuala Lumpur) arwah tinggal bersama ibunya. Arwah yang belum berkahwin juga yang menjaga ibunya selepas kematian bapa.

“Ketika dimaklumkan berita ini ibunya sangat terkejut, sedih dan tidak terkata. Apa yang berlaku memang tak boleh jangka.

“Ini adalah takdir. Kalaulah tahu perkara ini nak terjadi, memang kita tak suruh dia pergi,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan seorang yang periang.

“Arwah ada tiga beradik, dia anak sulung. Adiknya sudah berkahwin. Arwah periang dan sederhana saja orangnya. Dia pun tidak ada masalah dengan orang lain,” katanya.

Dalam masa sama, dia berharap proses membawa pulang jenazah dapat diselesaikan hari ini.

“Selepas semuanya selesai di sini, Insya-Allah jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Batu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pihak kariah pun sudah dimaklumkan,” katanya.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Almaswa Haji Che Ros