“Ibu Masak Nasi Je, Lauk Tak Sempat.. Lepas Tu Ibu Meninggal”

Ibu masak nasi je, lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu mati.” Kata-kata anak kecil seusia empat tahun ini, buatkan tetamu yang datang ziarah kematian ibunya menangis teresak-esak. Ini kisah benar yang berlaku pada ibu saudara Khairunnisa Hamzah (penulis).

Ibu saudara Khairunnisa meninggal dunia tanpa ada tanda-tanda sakit, cuma ajalnya sudah sampai. Sebelum meninggal dunia, ibu saudaranya itu sempat memasakkan untuk anaknya malah telah lengkap menunaikan amanah dan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu terbaik sewaktu hayatnya.

Kongsi Khairunnisa,

“Ibu Masak Nasi Je, Lauk Tak Sempat.. Lepas Tu Ibu Meninggal”

Sempatkah Aku Masakkan Lauk nya?

Ibu masak nasi je. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu mati.”
Sebaik adik sedara saya cakap begini, ramai yang menangis teresak-esak. Dan setiap kali saya tanak nasi, hati saya berdebar-debar. Sempatkah aku masakkan lauknya?

Bila tadi sakit di dada datang menyerang, segera saya gorengkan nasinya. Dengan harapan, sempat anak-anak makan.

IKLAN

Mana mungkin saya lupakan kejadian yang menimpa makcik sedara kesayangan saya pada tahun 2005 yang lalu.

Tidak akan pernah dilupakan.
Dalam keadaan sihat, tiada apa-apa kecemasan, tetapi sebaik takdir memanggilnya pulang, maka, pulanglah makcik ketika berusia 39 tahun.
Ketika sudah selesai Hajinya.
Ketika sudah mendidik anak-anaknya dengan baik, no. 1 dalam kelas setiap tahun.
Ketika dia sedang taat kepada suaminya.
Ketika dia sudah menjelajah serata dunia.

Pagi itu, dalam pukul 11 pagi, macam biasa makcik call ibu saya dan berborak dalam telefon. Bertanyakan juadah apa yang akan di masak tengah hari itu?

Tatkala dapat panggilan dari suaminya pukul 3 petang yang mengatakan makcik sudah tiada, mana ibu saya mahu percaya!
Terus ke rumah mereka.
Ambulans sampai.
Ibu naik sekali ambulans.
Ibu gosok-gosok tapak kaki adiknya.
Ibu mahu panaskan kakinya.
Mahu darah mengalir semula.
Tapi Allah lebih Maha Penyayang.
Diambilnya makcik juga.

Mana Tahu Itu Masakan Terakhir Untuk Keluarga

Kata si anak yang baru mula petah bercakap, baru 4 tahun,
Ibu makan buah oren. Lepas tu ibu sakit perut. Ibu naik atas ambil bam nak sapu perut. Lepas tu ibu mati.”

Bila kami tanya dia dah makan?
Lalu dia jawab
Ibu masak nasi saja. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu dah mati.”
Allahuakhbar.

Al-Fatihah buat arwah makcik saya.
Sabariah binti Mohd

Andai kata hari ini kita kena masak untuk keluarga, masaklah dengan ikhlas dan gembira. Kerana mungkin itu kali terakhir kita masak untuk mereka.

MW : Al Fatihah.. sungguh besar pengorbanan seorang ibu. Semoga syurga tempatmu.

Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah, Mommy Dekor
Senibina kehidupan di rumah. Dekor Dekor Cinta *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.