“Ibu masak nasi je, lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu mati.” Kata-kata anak kecil seusia empat tahun ini, buatkan tetamu yang datang ziarah kematian ibunya menangis teresak-esak. Ini kisah benar yang berlaku pada ibu saudara Khairunnisa Hamzah (penulis).
Ibu saudara Khairunnisa meninggal dunia tanpa ada tanda-tanda sakit, cuma ajalnya sudah sampai. Sebelum meninggal dunia, ibu saudaranya itu sempat memasakkan untuk anaknya malah telah lengkap menunaikan amanah dan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu terbaik sewaktu hayatnya.
Kongsi Khairunnisa,
Sempatkah Aku Masakkan Lauk nya?
“Ibu masak nasi je. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu mati.”
Sebaik adik sedara saya cakap begini, ramai yang menangis teresak-esak. Dan setiap kali saya tanak nasi, hati saya berdebar-debar. Sempatkah aku masakkan lauknya?
Ads
Bila tadi sakit di dada datang menyerang, segera saya gorengkan nasinya. Dengan harapan, sempat anak-anak makan.
Mana mungkin saya lupakan kejadian yang menimpa makcik sedara kesayangan saya pada tahun 2005 yang lalu.
Tidak akan pernah dilupakan.
Dalam keadaan sihat, tiada apa-apa kecemasan, tetapi sebaik takdir memanggilnya pulang, maka, pulanglah makcik ketika berusia 39 tahun.
Ketika sudah selesai Hajinya.
Ketika sudah mendidik anak-anaknya dengan baik, no. 1 dalam kelas setiap tahun.
Ketika dia sedang taat kepada suaminya.
Ketika dia sudah menjelajah serata dunia.
Pagi itu, dalam pukul 11 pagi, macam biasa makcik call ibu saya dan berborak dalam telefon. Bertanyakan juadah apa yang akan di masak tengah hari itu?
Tatkala dapat panggilan dari suaminya pukul 3 petang yang mengatakan makcik sudah tiada, mana ibu saya mahu percaya!
Terus ke rumah mereka.
Ambulans sampai.
Ibu naik sekali ambulans.
Ibu gosok-gosok tapak kaki adiknya.
Ibu mahu panaskan kakinya.
Mahu darah mengalir semula.
Tapi Allah lebih Maha Penyayang.
Diambilnya makcik juga.
Kata si anak yang baru mula petah bercakap, baru 4 tahun,
“Ibu makan buah oren. Lepas tu ibu sakit perut. Ibu naik atas ambil bam nak sapu perut. Lepas tu ibu mati.”
Ads
Bila kami tanya dia dah makan?
Lalu dia jawab
“Ibu masak nasi saja. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu dah mati.”
Allahuakhbar.
Al-Fatihah buat arwah makcik saya.
Sabariah binti Mohd
Andai kata hari ini kita kena masak untuk keluarga, masaklah dengan ikhlas dan gembira. Kerana mungkin itu kali terakhir kita masak untuk mereka.
MW :Al Fatihah.. sungguh besar pengorbanan seorang ibu. Semoga syurga tempatmu.
Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah, Mommy Dekor
Senibina kehidupan di rumah. Dekor Dekor Cinta *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya dah berbulan isteri Fattah Amin, Nur Fazura dilarang masuk dapur dan masak menu makan malam. Sebab masakan Fazura ini sangat sedap, sampai suaminya pun berubah saiz tubuhnya.
“Isteri memang rajin memasak dan air tangannya sangat enak. Jika ada yang perasan, memang saiz tubuh saya berubah. Sebab isteri selalu sediakan hidangan yang menyelerakan.”
Nampak tak.. suami isteri ini kalau bahagia macam itulah. Bila isteri memasak, suami takkan reject dan makan dengan bahagia.
Namun, kerjaya selebriti amat bahaya jika timbangan berat jadi tak ideal. Apa pun sebenarnya, kata Fattah larangan itu sebenarnya adalah disebabkan dia mahu amalkan gaya pemakanan yang sihat.
“Bukan bermakna saya terlalu obses untuk kurus. Sebaliknya lebih kepada menjaga kesihatan.”
Sebab itulah pelakon TV Lelaki Popular, ABPBH ke-31 ini selalu bersenam, jaga pemakanan yang diambil dan takkan malam malam selepas jam 6 petang.
Elak Terbabas Makan, Fattah Bawa Fazura Ke Gym
Sebenarnya suka cara Fattah ambil hati isterinya itu. Disebabkan Fazura dah tak digalakkan masuk dapur, suaminya akan bawa Fazura ke gimnasium.
“Untuk mengelakkan saya terbabas makan.” sweet kan duta kereta SUV Crossover kompak, Toyota C-HR ni.
Untungnya selepas mengamalkan gaya hidup sihat ini, Fattah semakin merasai perbezaan stamina. Dalam pada menjaga pemakanan, pelakon popular ini juga sudah mengeluarkan single terbaru.
Diam tak diam, Fattah Amin dah bergelar penyanyi. Latihan berterusan dengan guru vokal, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi inilah yang menyerlahkan vokalnya itu.
Katanya lagi, Fazura seorang yang positif. Aura yang sama mengalir dalam dirinya, malah membuka matanya untuk sentiasa melihat sesuatu dari perspektif berbeza.
Sumber/Foto : Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pakai topeng semasa temuduga. Bunyinya agak lucu dan kelakar sebab bakal pekerja perlu mengenakan topeng semasa temuduga. Bayangkan untuk beberapa jawatan, mereka kena menutup muka semasa hadir temuduga tersebut.
Salah satu sebab bakal pekerja pelu pakai topeng semasa temuduga adalah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap penampilan. Kalau setakat rupa dan penampilan yang baik belum tentu menjamin kebolehan mereka, sudah tentu akan merugikan syarikat itu sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah syarikat di Chengdu, China apabila pemohon kerja perlu pakai topeng untuk negelakkan diskriminasi bersasarkan rupa.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Chengdu Ant Logistics telah tular selepas selepas video yang menunjukkan proses pengambilannya menunjukkan beberapa orang bertopeng menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut yang dilaporkan turut bertopeng.
Syarikat ini yang membuat pengambilan pekerja sebanyak dua kali setahun turut memperkenalkan ‘pakai topeng’ menghapuskan pemilihan berat sebelah berdasarkan rupa.
Walaupun kaedah pengambilan pekerja ini dianggap pelik tapi ia perlu dilaksanakan untuk mengurangkan tahap tekanan calon pekerja dan juga menekankan hakikat bahawa ia menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Selain itu, cara ini turut mendapat maklumbalas positif daripada orang ramai dan mereka tidak kisah untuk memakai topeng semas memhon pekerjaan.
“Saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu,” kata salah seorang pemohon.
“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira,” tambah seorang lagi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak meragui kesahihan penjelasan yang ditawarkan syarikat itu. Dikatakan topeng itu hanya untuk melindungi identiti orang ramai kerana temuduga itu disiarkan secara langsung.
Sementara yang lain pula mendakwa syarikat Chengdu Ant Logistics hanya menjadikan wawancara itu sebagai satu publisiti saja.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah cara mana sekalipun. Tapi cara ini boleh membantu untuk melihat kebolehan seseorang itu, bukannya lihat penampilan tapi kerja tak boleh buat.
Dulu, Jeffri Jefisz tinggal di apartment dan belum kenal geng kebun. Hujung tahun lalu, dia join grup Kebun Bandar: Jom Tanam sendiri. Rumah barunya di Gombak pun sudah ada laman. Semangat dari geng kebun membakar semangatnya.
Dalam tempoh tak sampai setahun terhasillah ‘Pallet Garden’ dari koleksi kayu pallet, botol mineral dan bahan-bahan menjimatkan. Cantik sungguh taman edible yang dibina di laman kediamannya ini.
Ada 50 jenis tanaman dalam kebun tepi rumah Semi D setingkat ini. Antaranya herba Inggeris; rosemary, thyme, dill, sage, oregano, parsley dan herba Melayu; kunyit, pandan, limau purut, serai, kesum malah sayuran; pak choy, cili padi, sawi bunga, tomato.
Bina Pallet Garden Cara Brader Gombak
1. Sediakan net (jaring) supaya kayu lebih tahan lama dan tak mudah mereput.
2. Sebelum pilih kayu pallet, pastikan kayu itu tak dijangkiti anak-anai.
3. Pastikan susunan pokok-pokok bersesuaian dan menerima pencahayaan matahari yang mencukupi.
4. Sediakan pasu kayu pallet jenis yang mudah alih. Nanti mudah untuk anda ubah-ubah mengikut tumbesaran tanaman dari masa ke semasa.
Pokok Akan Subur Kalau…
Sentiasa pastikan air dan cahaya matahari mencukupi.
Gunakan baja yang sesuai secara berkala.
Jaga tanaman jangan sampai dijangkiti penyakit dan diserang serangga perosak.
Ada Juga Tanaman Tak Jadi
“Ya, memang ada tanaman yang tak menjadi. Terutama sayuran yang jenis sensitif. Ada yang perlukan cuaca yang sejuk seperti salad. Herba-herba Inggeris juga agar rumit dan perlukan penjagaan yang rapi. Tapi saya tak pernah putus asa. Jika gagal sekali, saya cuba pula menanam guna kaedah lain.
“Sebelah pagi sebelum pergi kerja, saya akan siram pokok. Petangnya, saya siram semula lepas pulang daripada kerja.Kalau tak menang tangan minta bantuan isteri. Anak pun sama membantu. Kena ajar berkebun dari kecil. Secara tak langsung, suntik minat anak menanam.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.