Lumrah anak-anak kecil mereka suka meneroka dan suka bertanya, macam-macam yang ditanya sampaikan ibu bapa tidak terjawab dan penat melayan.
Paling sukar jika soalan yang ditanya itu soalan di luar kotak yang membuatkan ibu bapa terpinga-pinga dan hilang punca bagaimana hendak menjawab, Ikuti kupasan dan tips tentang isu ini oleh Encik Mohd Shariman Che Deris.
http://www.mingguanwanita.my/nak-didik-anak-tidur-asing-ini-caranya-confirm-berhasil/
“Sememangnya ibu bapa akan buntu jika dilontarkan pelbagai persoalan luar kotak daripada anak kecil. Apa taknya kalau yang ditanya “Ibu, macamana adik lahir? Lalu ikut mana ibu? Ada kawan kata ikut pusat tetapi pusat tu kecil mana boleh lepas kan ibu” Terdiam jadinya ibu, berasap memikirkan apa jawapan diberi, apa perkataan yang sesuai dan macamana nak jawab?
“Namun soalan tetap perlu dijawab biar bagaimana pun bunyinya, walau tersentap naluri hati, buntu fikiran dek kerana soalan anak-anak, ianya tetap perlu dijawab.
“Ini cara anak-anak belajar, mereka meneroka, mereka ingin tahu dan mereka ingin cuba memahami, mencari sebab dan jawapan, anak-anak membina konsep dan kemahiran diri kerana itu banyak soalan yang akan ditanya macam peluru lepas satu, satu dan tentu saja soalan-soalan luar kotak ini tidak terkecuali.
“Bayangkan apa yang akan berlaku dalam minda anak-anak jika soalan mereka tidak dijawab dengan baik, anak-anak tetap akan mencari jawapannya dan bagaimana jika jawapan songsang yang diperolehi dan mereka berangapan itulah jawapan sebenarnya kerana kita sebagai ibubapa tidak bersedia, atau segan atau memandang remeh soalan anak, keadaan ini sangat-sangat bahaya untuk perkembangan minda anak-anak kecil.
“Maksudnya ibubapa perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan anak dengan baik dan tidak sesekali passing-passing jawapan atau mengelak-gelak daripada menjawabnya.
” Apakah anak ini tahu soalan luar kotaknya itu menyebabkan ibubapanya tidak selesa, rasa skeptikal dan prejudis kepada anaknya sendiri, tentu saja anak ini tidak tahu namun kenapa pula soalan-soalan ini muncul dari bibir comel si kecil ni?
http://www.mingguanwanita.my/fazley-yaakob-sebak-dapat-jumpa-anak-selepas-selesai-self-quarantine/
“Ini adalah realiti yang setiap ibubapa perlu fahami, anak-anak kecil belajar daripada macam-macam sumber, anak-anak melihat, mendengar dan merasai, anak-anak juga menghidu dan menyentuh juga makan. Setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya, anak-anak mahu memahaminya, ingin tahu kenapa begitu kenapa tidak begini? Rancangan-rancangan televisyen, radio dan internet serta perbualan dan perbuatan orang dewasa malah bila masuk rama-rama dalam rumah je akan keluarkan macam-macam soalan.
“Ibu tu apa tu ibu”
“Ibu kenapa rama-rama masuk rumah kita”
“Rama-rama tu makan apa ibu”
“Rama-rama tu takde ayah ke ibu, anak rama-rama tu pergi mana ibu”
Jadi bila anak-anak bertanya soalan luar kotak, ibubapa perlu bersedia mendengarnya, dan beri jawapan yang mudah faham dan betul, untuk anak bina konsep diri dan kefahamannya.
Kerap kali ada di kalangan ibu bapa yang akan beri jawapan yang salah atau terlalu kompleks dengan pelbagai macam analogi hinggakan anak-anak bertambah tidak faham jadinya, hanya untuk mengelak daripada beri jawapan yang betul. Ini juga bukan kaedah yang betul.
Biar RUMAH BERSEPAH SEKETIKA, Mak-Mak Kena Tahu ANAK PUN STRES