Ibu kongsi lukisan terakhir anak syurga, Aydan gembira “dibedung, rupanya petanda tubuhnya dikapan.
Keriangan seorang anak syurga menunjukkan sebuah lukisan tubuhnya dibedung dan dirinya kembali seperti baby, menjadi petanda akhir bahawa dirinya akan pergi selama-lamanya.
Dalam kemalangan di Bangi, Khamis lalu, keriangan seorang anak tunggal, Aydan Hadiff, tujuh tahun mengikut ayahnya menunaikan solat tarawih berakhir dengan tragedi apabila terlibat kemalangan dan dirinya dijemput Allah dalam keadaan khusnul khatimah.
Namun apa yang membuat ramai sebak, di sebalik kisah kemalangan itu, anak syurga ini seolah sudah mempersiapkan dirinya bertemu Allah azzawajaala dalam keadaan cukup bersih dan bersiap sedia mengenai kematiannya.
Petanda kematian itu semakin jelas pada anak syurga ini, namun mungkin dirinya tidak tahu mengungkapkannya bagaimana. Namun ia ditunjukkan melalui lukisan yang dilukisnya sendiri.
Dikongsi dari fb ibunya, Wunny Amir, ibu ini berkongsi catatan-catatan ringkas mengenai anak syurganya ini dan ia cukup membuatkan ramai berasa sebak.
Di salah satu catatannya, Wunny berkongsi lukisan Aydan dibedung tapi rupanya itulah pakaian akhir anaknya.
“Mama2, tengok ni Aydan lukis”, Aydan datang tunjuk lukisan dia dengan nada penuh keceriaan.
“Aydan lukis Mama Ayah ngan Aydan. Ni Aydan tengah tidur”
“Comelnya… kenapa Aydan tidur, Mama ngan Ayah tak tidur?”
“Aydan tidur dulu. Nanti mama ngan ayah tidurlah”
“Kenapa tidur jauh sangat, bukan Aydan tidur tengah ke?”
Aydan hanya ketawa kecil.
“Kenapa takde kaki tangan ni?”
“Ish mama ni, ni yg macam baby pakai tulah mama. Aydan jadi baby balik, hehe”
“Owh pakai bedung ye”
“Haaa”
Alllahu.. rupanya bukan kain bedung tapi kain kapan
Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sebijik dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Luluh Hati Cikgu, Anak Murid Kemalangan Selepas Beli Buku Sekolah!
Kerana Lori Terlebih Muatan, Lelaki Hilang Anak, Isteri Parah Dalam Kemalangan
“Ayah Jaga Diri, Yusuf Bawa Mak Sekali..” Kata Yusuf Sebelum Kemalangan Maut 4 Beranak
Di satu lagi catatannya di saat mamanya mengajak solat, Aydan berkata Mama solatlah untuk Aydan.
M: “Aydan, jom solat”
A: “Mama solatkan”
M: “Ish mana ada org boleh solatkan, kena solat sendiri la. Bila kita meninggal nanti baru orang mandikan, solatkan.. “
Inilah dialog hampir setiap hari selama seminggu dua ni.
Allah.. tak sangka anak mama memang nak disolatkan.
Mama dan ayah minta maaf tak dapat solatkan Aydan. Tapi kami dah wakilkan ramaaii yang solatkan dan doakan Aydan.
Bermain dengan gembira di sana ye. Nanti jemput Mama Ayah sekali ye, kita main kat sana sama-sama.
Bahkan anak kecil ini seakan sudah tahu “pemergiannya” dengan mengajak berpindah ke “rumah baru”.
“Mama, jomlah kita pindah”
“Nak pindah mana pulak kan kita baru pindah sini”
“Kita pindahlah Rumah Atas Tanah (landed house). Aydan nak bela kucing.”
Ini Mama ngan Ayah dah hadiahkan ‘rumah atas tanah’ ye sayang.. boleh bela kucing banyak-banyak kat sana ye..
Al-Fatihah buat arwah Aydan Hadiff. Semoga ibu ayah ini tabah dengan ujian Allah ini di bulan Ramadan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.