Ibu kongsi detik cemas beri anak ubat demam luput tarikh, muka bengkak & muntah. Bila anak sakit, hati ibu memang cepat risau. Bimbang jika kesihatan anak semakin tidak sihat. Kebiasaannya kita akan memberikan anak ubat demam seperti paracetamol untuk meredakan demamnya.
Satu perkongsian dari seorang ibu di Tik Tok @msrs30 mengenai keadaan anak gadisnya yang separa kritikal akibat diberi ubat demam hampir tarikh luput mungkin boleh memberi ingatan kepada ibu di luar sana agar memeriksa dahulu tarikh luput ubat-ubatan sebelum diberikan kepada anak.
Ibu Kongsi Detik Cemas Beri Anak Ubat Demam Luput Tarikh
Menurut ibu ini, dia berdepan dengan detik cemas apabila anak perempuannya mengalami alahan pada ubat yang sudah mencapai tarikh luput.
Kongsi ibu ini,anak gadisnya balik dari sekolah dan mengadu demam.
“Saya suruh dia makan ubat paracetamol tapi anak sejenis susah makan ubat. Jadi apabila nak makan ubat tu dia punya drama tak mahu makan ubat, jangan cakaplah. Memang stres, tapi dia makan juga apabila dipaksa,” luahnya menerusi TikTok.
Namun selepas memakan ubat demam tersebut, anaknya mengadu sakit dada dan ingin muntah. Dan memaklumkan badannya terasa gatal.
Ads
Kata ibu ini lagi, mulanya dia tidak endah perubahan anaknya dan berfikir tindakan anak sengaja ingin menarik perhatian.
“Saya ingat dia overreacted and just nak perhatian, jadi saya ignore.
Muka Bengkak & Muntah
“Kemudian dia jerit pula, mulut sakit. Apabila saya tengok, mulut dia dah bengkak, muka penuh ruam. Dia lembik, tak larat dan terus tumbang. Saya angkat dia ke katil dan terus muntah… banyak,” ujarnya.
Lebih mengejutkan apabila mulut anaknya mula berbuih.
“Lepas tu dia batuk dan keluar buih penuh kat mulut. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia tapi dia tak sedar, pengsan. Nasib masa tu suami baru balik. Terus dukung bawa ke bahagian kecemasan hospital. Sesampai di Hospital Batu Gajah, doktor mengatakan tahap oksigen anak dah turun” tambahnya.
Ads
Dalam pada itu, ibu ini turut berkongsi rasa terima kasih kepada jirannya yang merupakan pembantu perubatan yang banyak membantu di saat kecemasan itu terjadi.
“Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital. Selepas kakak sedar, terus minta maaf sebab tak percaya dia sakit masa tu.
“Kakak warded satu malam dan sembuh macam biasa. Terima kasih Hospital Batu Gajah,” luahnya yang tinggal di Ipoh, Perak.
Dalam pada itu dirinya turut meminta ibu-ibu di luar sana agar memerhatikan tarikh luput ubat yang disimpan di rumah. Bahkan dirinya sudah mula menyisihkan ubatan yang dirasakan sudah dibuka dan membuangnya.
Ads
Ya, mak-mak memang kena berhati-hati dengan tarikh ubat sebelum beri pada anak. Selain tarikh luput, kena pastikan anak-anak juga tidak alergik dengan ubatan dimakan.
Siapa sangka kecederaan luka melecur di restoran boleh mendapat pampasan dan ganti rugi dalam jumlah yang besar.
Sebuah keluarga menerima sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel juri di Florida menganugerahkan ganti rugi tersebut kerana isu ‘nugget’ ayam, lapor portal berita Street77.com hari ini.
Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya, selepas seorang kanak-kanak mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.
Restoran Gagal Memberi Peringatan
Pada Mei lalu, juri memutuskan bahawa restoran tersebut dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan atau memberikan arahan wajar tentang kemungkinan bahaya nugget panas yang disajikan di restoran berkenaan di Tamarac.
Pada Khamis lalu, panel juri bersetuju memberikan ganti rugi itu kepada keluarga tersebut untuk rasa sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup.
Ganti Rugi Kecederaan
Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000 untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.
Dalam satu kenyataan, peguam keluarga itu berkata: “Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”.
Mesti Baca:Teman Wanita Curang, Lelaki Dapat Ganti Rugi ‘Dana Insurans Patah Hati' RM1,354
Baca Lagi Di Sini:Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!
Artikel Menarik:Biadap Atas Rezeki, Wanita Koyak RM100 Lepas Dibayar Ganti Rugi Kereta Tercalar Di R&R
Mingguan Wanita: Tak sangka sebab nugget ayam terlalu panas dan mengakibatkan luka melecur, boleh mendapat pampasan dan ganti rugi yang tinggi.
Adu jalan teruk terus pada Agong, panggil raja permaisuri Datin, rakyat Sabah memang best. Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sabah bermula 3 September lalu masih berlangsung hingga kini.
Menariknya pasangan DiRaja ini sudi mencemar duli bertemu rakyat tempatan di sepanjang 900 km merentasi pelbagai dearah di Sabah tanpa sebarang protokol sebelum meneruskan kembara perjalanan ke Lawas, Sarawak dan Brunei Darussalam sebelum ke Miri untuk Kembara Kenali Borneo di negeri jiran itu pula.
Adu Jalan Teruk Terus Pada Agong
Sudah pasti ada pelbagai gelagat dirakam dan paling utama rakyat Sabah yang berpeluang menemui baginda berdua tidak melepaskan peluang merakam kenangan termasuk bersalaman dan berkongsi luahan perasaan mereka.
Apa yang menceriakan suasana, rakyat dilihat membuat aduan terus kepada Agong dan Raja Permaisuri Agong semua masalah-masalah yang dipendam mereka selama ini.
Jika sebelum ini, aduan jalanraya berlubang dibuat kepada JKR negeri dan YB yang dipilih rakyat tetapi nampaknya orang-orang di Sabah membuat aduan terus kepada Baginda berdua dan lebih menarik, Raja dan Permaisuri Agong melayan kesemua aduan termasuk Tuanku Permaisuri membuat cacatan di notanya sekaligus membuktikan keduanya berjiwa rakyat.
Malah dalam satu video lain, ada jeritan memanggil Tuanku Permaisuri sebagai Datin dan paling best dalam kembara Borneo ini, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong begitu sporting melayannya.
Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Elak tragedi ditimpa kepala air, ini tips keselamatan mandi sungai khususnya sungai pertama kali kita pergi. Tragedi menimpa 9 sekeluarga yang kesemuanya meninggal dunia ditimpa kepala air di kawasan air terjun Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu dua hari lalu sangat menyayat hati.
Elak Tragedi Ditimpa Kepala Air
Dalam tragedi ini, kesemua mangsa terdiri dari ibu dan ayah termasuk tujuh anak berusia di antara 4-18 tahun dilaporkan lemas apabila tidak menyedari kepala air datang secara tiba-tiba.
Kesemua 9 beranak ini meninggal dalam traegedi di timpa kepala air ketika mandi manda di jeram Mawar Putih, Kemaman
Bagaimana mahu mengelak tragedi ini terjadi? Khususnya sungai yang pertama kali kita kunjungi? Lelaki kongsi tips keselamatan yang harus kita pelajari bagi mengelak berlakunya tragedi malang ini terjadi. Kita ambik iktibar apa yang berlaku.
Ini Tips Keselamatan Mandi Sungai Khususnya Sungai Pertama Kali Kita Pergi
Tips keselamatan mandi sungai yang saya amalkan (2 minit baca). Terutamanya sungai yang saya tak pernah sampai sebelum ini.
Bila sampai sungai, kalau ada orang tempatan, orang yang meniaga di situ atau pengunjung lain yang biasa di situ. Tanyakan kalau-kalau sungai tu kerap berlaku kepala air. Depa will be more than glad to give extra information & safety tips, like kat mana spot yang air bahaya.
Sebelum masuk sungai tengok kawasan tebing sungai. Perhatikan kesan-kesan air pasang setinggi mana. Boleh kenal pasti dari kesan2-kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut di tebing sungai. Boleh nampak seperti satu paras garisan di tebing sungai.
Sebelum masuk sungai, anggarkan kedalaman sungai tu, logiknya kalau spot yang gelap tu, agak dalam la. Kalau batu yang gelap, tanda dia berlumut dan licin. Pakai kasut untuk aktiviti air kalau boleh.
Bila dah masuk sungai… kenal pasti siap-siap mana escape route paling dekat, paling cepat, paling selamat dan paling tinggi untuk anda selamatkan diri dan keluarga.
Semasa mandi, pastikan anda menghadap arah aliran air datang. Maksudnya pandang ke hulu la. Supaya nampak bahaya datang, sama ada kepala air atau haiwan dalam air yang glide dengan aliran air atau kayu-kayu tajam.
Sebaik-baiknya wisel di leher. At least kalau anda nampak bahaya.Blow like crazy, akan alert everybody.
Spot yang anda mandi tu, kalau boleh pastikan ada clear straight view lebih kurang 50- 100 m arah air datang. So boleh nampak kalau kepala air datang dari jauh. Jangan mandi di selekoh.
Kalau ada anak-anak kecil… make sure they are within your reach. Budak-budak ni belum well develop dari segi depa punya body coordination, menganggar bahaya etc. Jangan terlalu nak bagi freedom sangat dalam sungai, keep both eyes on them. Takut menyesal.
Kalau gelap di hulu sungai, air makin berkeladak, daun-daun dalam sungai makin banyak mengalir, berbuih sana sini. Ertinya air makin deras. Mungkin hujan di kawasan bukit hulu sungai. Gerak naik segera.
Kalau boleh sediakan lah tali ka, atau buoy ka atau apa-apa yang boleh bantu untuk rescue family atau orang lain.
Kalau nak pacak khemah ke, nak buka kerusi healing ke, especially bermalam. Saya takkan station tepi sungai yang sama level dengan aras air sungai.
Note: Pakai baju terang, at least kalau bobbing dalam air, senang orang nampak nak rescue. Perkongsian Md Nor Fahmy
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!