Ibu kongsi anak hampir lumpur ditendang rakan sekelas di kepala, gara tegur rakan sekelas sebar video lucah. Hari ini isu melibatkan pelajar sekolah boleh membuatkan ibu bapa dan orang ramai geleng kepala.

Tidak boleh “disentuh” dengan rotan kerana ia satu kesalahan walau pelajar melakukan perbuatan menjengkelkan, isu melibatkan sesetengah pelajar dilihat agak membimbangkan. Bergaduh, buli dan pelbagai perlakuan negetif dilihat acap kali disiarkan di media massa.

Ibu Kongsi Anak Hampir Lumpuh Ditendang Di Kepala

Terkini, seorang ibu meluahkan di atas facebook anaknya berusia 13 tahun, Malik ElFikry hampir lumpuh selepas ditendang secara curi di belakang kepala gara-gara menegur rakan menyebarkan video lucah dalam grup Whatsapp sekolah.

Namun dalam update terkini, ibu ini memaklumkan anaknya, Fikry  yang aktif dalam kerja sukarelawan di usia remajaya selain cemerlang dalam pendidikan hingga menerima anugerah Tokoh Permata Kokurikulum (SKTSA) dan memperoleh 8 A dalam UPSRA tahun lalu sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman berbanding sebelum ini lumpuh selepas ditendang di kepala.

Ibu Kongsi Anak Hampir Lumpuh Ditendang Di Kepala, Gara Tegur Rakan Sekelas Sebar Video Luc*h

Menurut ibu ini, ia satu mimpi buruk apabila menerima berita yang paling ditakutkan saat anak berada di sekolah.

Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

Ads

Bila mana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu.

Gara Tegur Rakan Sekelas Sebar Video Luc*h

Fikry, my sweet little boy…bagi yang mengenali fikry pasti tahu betapa anak ini tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.

Tapi itulah takdir Allah yang sangat berat untuk hati seorang ibu menerimanya bila anak orang lain boleh berbuat sesuka hati terhadap anak sendiri.

Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi).

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Tragedi Cekik Adik 9 Tahun Hingga Mati, Bapa Kongsi Anak Sulung Kerap Dicekik & Dipukul Pelajar Senior Asrama

‘Jangan Kata Kat Anak Orang’, Jahat Sekalipun, Dia Tetap ‘Raja’ Di Hati Maknya

Mujur Allah pelihara Fikry, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara.

Ads

Update terkini, fikry sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Doakan anak saya Malik ElFikry sembuh sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat.

Report polis telah dibuat.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI