Ibu kongsi 3 beradik sangat rapat, anak mengadu sakit dada & menyebut soal mati sebelum tragedi.
Tragedi yang menimpa tiga beradik terkena renjatan banjir di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat di sini mengejutkan ramai pihak.
Salam takziah yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan kejadian menyedihkan ini. Dalam pada itu, tiga beradik ini meninggal selepas cuba ingin ke tali air di kawasan kampung mereka untuk melihat banjir sebelum memegang tiang di hadapan rumah jiran sebelum terkena renjatan tersebut.
Ibu Kongsi 3 Beradik Sangat Rapat
Memeti laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 11.45 pagi tadi, mangsa, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, maut di lokasi kejadian.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Terpaksa Harungi Banjir Guna Bot, Bawa Keluar Jenazah Nenek Untuk Dikebumikan
Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT Lokasi Pelancongan Cantik Di Dunia Musnah Dalam Banjir Besar
Air Mata Mengalir Fikirkan Mangsa Banjir, Bantu Bina Hidup Wujudkan Kedai Percuma Pak Nil
Menurut jirannya, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, dia melihat tiga beradik itu berjalan melintasi rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka ingin pergi sebelum dijawab Nor Syazwani yang mereka ingin melihat tali air di hadapan rumah.
“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.
“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Che Zahiyah berkata, penduduk kampung segera menghubungi bomba dan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata, ketiga-tiga anak perempuannya itu masih belum berumahtangga dan sangat rapat.
Katanya, pagi tadi, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang mana kedua-duanya adalah guru tadika agama di dua premis berasingan sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.
“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa saja.
“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik,” katanya.
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.