Berita

Ibu Kandung Meraung Anak 5 Tahun Mati Didera Keluarga Angkat, “Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu…”

Share

Ibu kandung meraung anak 5 tahun mati didera keluarga angkat, “kenapa buat anak aku macam tu…”. 11 Jun lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun Iman Adelia Yusullah, mati akibat didera keluarga angkat.

Selepas kejadian ini terbongkar, jiran mengakui sering mendengar suara kanak-kanak ini menangis sebelum ditemui mati. BACA SINI:- KANAK-KANAK 5 TAHUN MATI DIDERA KELUARGA ANGKAT, JIRAN BONGKAR SELALU DENGAR SUARA TANGISAN & DIMARAHI.

Ibu Kandung Meraung Anak 5 Tahun Mati Didera Keluarga Angkat

Hari ini, wanita yang mendera kanak-kanak malang ini dihadapkan di mahkamah dan ibu kandungnya berteriak bertanya mengapa memperlakukan anaknya sebegitu rupa hingga menemui korban.

“Kenapa buat anak aku macam tu…,” itu kata ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mati akibat didera ibu angkatnya minggu lalu.

Ungkapan itu diluahkan oleh Siti Nurhidayatul Akmar Mohd Zamry, 27, ketika tertuduh bagi kes itu hendak dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding pendakwaan dalam Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

“Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu…”

Terdahulu, tertuduh iaitu Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 28, memahami pertuduhan membunuh kanak-kanak itu yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret S Punitha.

TERTUDUH Wan Fatimah Zahra didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Iman Adelia bulan ini. FOTO L Manimaran

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa perbicaraan Mahkamah Tinggi.

Memetik laporan Harian Metro, mengikut kertas pertuduhan, Wan Fatimah Zahra didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Iman Adelia Yusullah, 5, di sebuah rumah di Jalan Kledang Raya 23, Taman Malcop, Silibin, di sini antara 5 hingga 10 Jun lalu.

Perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati, atau jika tidak dihukum mati hendaklah dipenjarakan minimum 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan juga minimum 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan, dan Mahkamah menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi luar kamar mahkamah selepas prosiding itu apabila beberapa lagi waris mangsa termasuk nenek mangsa, Zanuriyah Mohd Madzlan, 65, kelihatan sebak.

Siti Nur Hidayatul Akmar ketika ditemui di luar kamar mahkamah selepas prosiding pendakwaan itu, berkata, dia dan tertuduh sebelum ini berkawan baik sejak zaman persekolahan.

Katanya, mangsa adalah anak ketiga dari empat beradik yang mana jagaannya diserahkan kepada Wan Fatimah Zahra (tertuduh) sejak April lalu atas alasan kawan baiknya itu sudah lama berkahwin namun tidak dikurniakan anak.

“Saya menyesal bagi anak itu untuk dibelanya (oleh tertuduh). Dua atau tiga hari sebelum meninggal (hari kejadian), memang dia (tertuduh) ada kata nak hantar balik kepada saya.

“Tetapi akhirnya saya dapat anak saya dalam keadaan sudah tak bernyawa,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri pada 10 Jun lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang juga anak angkat mereka yang mati dipercayai kerana didera di Taman Malcop, Silibin.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Dua Beradik Maut Dilanggar, Ibu Kongsi Arwah Sering Bertanya Bila Mahu Beli Baju Raya

Dilanggar Kereta Balik Tarawih, Kematian Sangat Dicemburui Disolatkan Jutaan Orang Di Masjidil Haram

Tragedi Rider Dilanggar Di Lampu Isyarat, Kutipan Kilat Berjaya Kumpul RM204,322 Dalam 48 Jam

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros