Sesuai untuk tarik selera makan, sup adalah salah satu makanan yang mampu untuk menurunkan suhu panas badan sesiapa sahaja yang demam.

Sebab bahan herba yang digunakan cukup bagus untuk memperbaiki immuniti badan khususnya kanak-kanak yang makin membesar.

Nah, kali ini mak-mak boleh cuba masak sup antibiotik yang dikongsi oleh Puan Julia Daud sebagai penawar demam buat anak-anak.

Sup Antibiotik Kurangkan Sakit Demam

Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Doktor memang ada bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia. Tetapi kalau mak-mak nak bantu tambahkan selera anak, menu sup ini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.

Bahan-bahan:

5 biji buah pelaga

5 -7 biji bunga cengkih

5 ulas bawang putih | dicincang halus

IKLAN

1 ulas bawang merah | dicincang halus

3 biji lada hitam | dihancurkan

1 batang lobak merah | dipotong dadu

3 batang celery / ikan bilis

Ayam / ikan /daging (sumber protien)

IKLAN

Sedikit daun sup atau daun bawang

3 cawan air

Cara-cara Buat:

1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.

2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.

IKLAN

Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.

3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.

4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.

Mudah saja kan? Bukan sahaja boleh dimakan ketika sakit, sup antibiotik ini juga sangat bagus untuk diamalkan supaya immuniti badan sentiasa terjaga.

Selamat mencuba!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI