Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bawa Anak Kecil Dan Autistik Makan Di Kedai Dengan Tenang, Tak Terkejar-kejar

Share

Tak mudah sebenarnya buat seorang ibu yang ada anak kecil dalam masa yang sama perlu membawa anak istimewa. Ibu ini, Nur Ita Jusnita berkongsi pengalaman beliau membawa anak-anaknya yang kecil ke kedai makan. Dan salah seorang daripadanya adalah autistik kategori hiperaktif.

Puan Ita juga banyak berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak termasuklah anak autistiknya di facebooknya. Beliau turut mencatatkan bagaimana mengesan anaknya, Fateh yang menunjukkan ciri-ciri autisme. Panduan membawa anak kecilnya makan di kedai makan ini juga ditunjukkan dengan panduan bergambar.

12 Tip Membawa Anak Autistik Dan Anak Kecil Makan Di Kedai Makan

1. Mula mengajar anak mengenai table manner dari rumah dan sekolah.

2. Ajar anak untuk menunggu.

3. Jangan pergi ketika lapar (bagi ibu bapa). Jika kalian lapar, tahap kesabaran sangat rendah dan tidak boleh fokus untuk mengajar anak.

4. Mulakan dengan menu yang ringkas. Saya dan suami mula mengajar Fateh duduk makan di kedai hanya dengan memesan secawan aiskrim. Aiskrim-milo ais- dan kini nasi lemak. Heh.

5. Cari kedai yang tiptop servisnya.

6. Consider untuk memilih kedai yang sensory-friendly eg tidak crowded, tidak bising (TV/radio/live band), berhawa-dingin, pencahayaan yang baik, susun atur yang selesa supaya anak tidak meltdown dan sekiranya anak berlari, tidaklah hingga terlanggar perabot dan peralatan kedai

7. Bawa anak ketika mereka lapar dan penat. Saya dan suami prefer membawa mereka setelah penat bermain dan membuat aktiviti fizikal.

8. Pilih kedai yang menyajikan menu kegemaran anak sebagai motivasi. Syukur menu anak-anak tidak sukar dicari. Nasi lemak dan milo ais. Settle.

9. Beri peluang kepada anak makan secara berdikari

. Tumpah? Lambat? Tidak mengapa. Itu sebahagian dari proses pembelajaran.

10. Take turn. Makan secara bergilir-gilir dengan pasangan supaya salah seorang akan sentiasa berada di dalam mode standby sekiranya anak tiba-tiba bangun dan berlari.

11. Pilih kedudukan meja dan susunan tempat duduk ahli keluarga yang sesuai. Saya prefer memilih meja di tepi dinding supaya boleh mengepung anak-anak.

12. Standby table activity untuk mengelakkan anak-anak bosan dan mungkin pesanan lewat tiba.

Tips ini bukanlah tips sangat. Sekadar perkongsian pengalaman, pemerhatian dan sesi try-and-error kami membawa anak-anak terutamanya Fateh, anak autistik kami yang hyperactive.

Pengalaman Ibu Ini Juga Dikongsikan Dalam Bentuk Gambar

 

Peringkat permulaan, kami mengajar Fateh untuk makan aiskrim di tepi jalan sahaja selepas penat berjogging.

 

Selepas melihat Fateh boleh duduk diam sambil makan aiskrim di tepi jalan, kami upgrade ke kedai pula.
Menu masih sama, aiskrim SAHAJA.

 

Haiiiiish..Laju sahaja tangan mak-mak nak take over sudu bila nampak seperti nak tumpah kan? Sabar….Hahaha.

 

Ini antara kedai kegemaran kami.
1. Tidak sesak
2. Terletak di bawah indoor playground. Lepas anak penat main, kami singgah minum
3. Menyediakan menu kegemaran anak-anak
4. Servisnya cepat
5. Tidak bising

 

Kedudukan meja dan tempat duduk juga perlukan strategi. Supaya anak-anak sukar untuk escape.

 

Menu kegemaran Fateh. Nasi lemak (dengan sambal) dan air milo.

 

Table activity. Conteng-conteng sahaja.

Sumber/Foto : Facebook Ita Jusnita

Published by
Netty Ah Hiyer