Ibu Ini Kongsi Panduan Jaga Anak Terkena Demam Influenza, Sehingga Sembuh

Susahnya hati apabila anak terkena virus demam Influenza. Demam virus Influenza berbeza daripada demam biasa. Jadi penjagaan ke atas pesakit jadi lebih teliti dan perlu berhati-hati agar tak menjangkiti orang lain dalam rumah.

Ibu anak 5 ini, Rosmarlina Binti Abd Ghani berkongsi cara menjaga anaknya yang disahkan demam influenza. Biar pun ketika ini menetap di Jepun, dan anak-anaknya alami demam influenza ketika di negara itu.

Akui ibu ini, cara penjagaannya sama saja. “Air Pocari Sweat tu ada jual kat supermarket Malaysia atau Shopee. Yang penting langkah pakai mask dan basuh tangan.”

Sekadar bekongsi dari pengalaman sendiri menjaga anak-anak di rumah disebabkan demam Influenza.”

Jika Anak Terkena Demam Inluenza, Ini Langkah-langkah Penjagaannya

1. Pakai kan mask pada anak yang terkena demam inflenza tu, kalau boleh semua anggota keluarga juga pakai mask.

2. Beli hand sanitizer dan sentiasa basuh tangan anda dengan sabun khas antibacteria.

3. Bila masuk rumah kumur mulut sekurang-kurangnya dua kali dan basuh tangan menggunakan sabun tangan antibakteria.

4. Minum air yang banyak, kalau boleh minum air sport drink macam aquarius atau pocari sweat (ada jual kat shopee).

Ibu Ini Kongsi Panduan Jaga Anak Terkena Demam Influenza, Sehingga Sembuh
.

5. Mandi sekali sehari untuk redakan panas dalam badan.

6. Pakaikan juga cool fever jika perlu. Tukar yang baru jika dah guna lebih dari 8 jam.

IKLAN

7. Jangan kongsi makanan, minuman, cawan, sudu, pinggan dengan anak yang dijangkiti Influenza.

8. Kuaratin duduk di rumah sahaja.

9. Jauhkan pergi ke tempat awam atau ramai orang.

10. Pastikan jika merawat anak yang sakit di rumah kita sebagai mak atau ahli keluarga yang masih sihat kena selalu basuh tangan. Jika perlu pakai juga mask.

11. Makanan yang disarankan makan ialah nasi putih, bubur nasi, buah apple, pisang, biskut tawar dan cereal.

12. Yang ni optional, kalau ada kat rumah air filter humidifier tu lagi bagus.

IKLAN

13. Jika dah lebih dari tiga hari dengan suhu 38.5c ke atas pergilah hospital untuk rawatan lebih lanjut.

14. Rehat yang mencukupi dan makanlah ubat yang disarankan oleh doktor.

Ibu Ini Kongsi Panduan Jaga Anak Terkena Demam Influenza, Sehingga Sembuh
.

15. Pantau suhu anak yang demam dengan mencatat suhu dengan termometer, check kalau boleh 2 jam sekali.

16. Anak akan mengerang sesekali meracau ketika tidur atau seakan terkejut-terkejut ketika tidur. Tenangkan anak dan pujuk dengan baik jika perlu.

17. Anak juga mungkin muntah, basuh tempat muntah tadi dengan bersih dan lap dengan air suam atau spray dengan sabun antibacteria.

19. Pakaikan baju yang anak-anak selesa, jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.

IKLAN

20. Pakaikan stokin jika perlu.

Akhir sekali untuk yang belum terkena demam influenza, ambil vaksin influenza di klinik berdekatan.

Tanda-tanda Demam Influenza

Influenza di bahagi kepada tiga jenis, influenza A, Influenza B dan Influenza C. Demam Influenza A berpotensi menyebabkan jangkitan demam selesema yang teruk.

Ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terutama kanak-kanak bawah lima tahun, ibu mengandung dan warga emas. Juga pesakit jantung, asma, diabetes dan kanser.

Jaga-jaga bila anak ada tanda demam sebegini “

  • Demam dan menggigil
  • Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
  • Sakit kepala dan otot
  • Sakit tekak dan batuk
  • Selesema
  • Kadangkala kanak-kanak sakit perut, loya dan muntah

Sekiranya alami tanda di bawah, segera bawa ke klinik atau hospital berdekatan kediaman mak ayah :

  • Sesak nafas
  • Nafas laju
  • Demam tinggi yang berpanjangan
  • Kulit kelihatan kebiru-biruan
  • Bayi dehidrasi kerana kurang minum (tandanya : lampin kering, menangis tak ada air mata)

Lokasi seperti tempat yang padat di sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan malah kem tentera atau polis, menjadi lebih mudah untuk penularan jangkitan influenza.

Artikel berkaitan : Musim virus Inluenza A menyerang, risikonya boleh sebabkan jangkitan paru-paru

Sumber/Foto : Rosmarlina Abd Ghani, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI