Ibu Bekerja Ini Kongsi Cara Simpan Lauk Dan Sayur Sebulan, 14 Tahun Amal Dari Mula Kahwin Sampai Sekarang

Share

Menarik sungguh perkongsian Puan Naeamah Balqis dengan cara beliau simpan lauk dan sayur untuk sebulan. Maklumnya, cara ini sudahpun dipraktikkan selama 14 tahun sejak baru bergelar isteri sampailah sekarang.

Alhamdulillah, ini stok lauk keluarga untuk bulan Februari. Bajet untuk 3 minggu. Agak-agak sehingga gaji la.

“Tapi gaji bulan 3 dah dapat awal minggu ni. Lauk untuk bulan 3, kita shopping hujung bulan nanti. Buat macam biasalah.”

 

Ok..selesai...penat awalnyer...manis akhirnya

Hari Beli Barang Cara Saya

Kalau ikut kebiasaan, lauk-lauk ini patutnya shopping hujung bulan, sehari lepas gaji. Tapi kami cuti-cuti Malaysia.

Jadi beli lauk dalam minggu pertama:

Hari Sabtu : Beli lauk kat pasaraya cs – udang + sotong + ikan tongkol

Hari Selasa : Beli ayam + daging kat pasar malam

Hari Khamis : Beli tulang lembu + ikan + udang galah kat pasar borong

Bila balik, siap-siap asingkan lauk dalam bekas untuk sekali masak. Kalau nak masak lebih, akan agihkan untuk 2 bekas.

Contoh : Udang, kalau nak letak dalam gireng sayur atau tomyam. Ambil sebekas. Kalau nak buat sambal udang juga, agihkan untuk 2 bekas.

Nota : Saya masak setiap hari. Bawa bekal ke ofis dan masak untuk anak sekali. Balik kerja masak lagi untuk makan malam. Buat macam ini mudahkan kerja kita. Macam biasa kalau malas boleh ambil kuali ketuk atas kepala..

 

Basuh bersih-bersih. Masukkan air dalam bekas. Ikan tongkol tak letak sebab dalam dilema lagi masa ni. Nak simpan atau nak rebus.
Masukkan air..aras lauk
Lauk beli kat pasar malam. Ayam dan daging. Ayam asingkan untuk sekali makan. Letak air. Daging jangan letak air. Simpan gitu jer. Jangan basuh

Simpan Lauk Cara Saya

Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak.

Masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Anggaplah macam ikan-ikan kat kutub sana. Dilitupi air batu. Bila ais cair, ikan tu tetap segarkan.

Orang sains jangan kecam lak. Saya buat contoh saja. Senang nak faham.

Simpan kat tempat beku.

Yang cakap manis udang akan hilang bila letak air sebab simpan lama. terpulang. Kita raikan pendapat berlainan. Pendapat masing-masing.

Tapi bagi saya, saya tetap rasa sama saja dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.”

 

Lauk beli kat pasar borong
Udang dan ikan letak air...tulang jangan letak air...ikan dah siang cuci bersih dah tu
Tulang lembu
Udang galah.

 

Lauk yang letak air – Udang + sotong + ikan + ayam – semua bersihkan siap-siap. Simpan lauk yang dah bersih.

Lauk tak letak air – Daging + tulang

Bila nak masak : Keluarkan, alirkan bawah air paip. Kalau udang dan sotong sekejap saja dah cair. Kalau ayam, ambil masa sikit.

Kalau ikut saya, bila nak masak baru bawa keluar. Kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa. Bangun pagi baru fikir nak masak apa.

Macam juga balik kerja. Sampai rumah, buka peti baru fikir nak masak apa. Tak ada masalah nak cairkan ais tu. Uols kalau nak masak pagi esok, malam tu boleh letak dalam chiller.

Ramai orang buat macam itu kan?

 

Simpan dalam tipuware. Letak tisu kat bawah. Lengkuas, halia, serai saya letak air biar tenggelam.
Stok sayur

Simpan Sayur Cara Saya

Halia + lengkuas + serai – letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.

Cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi Jepun + bunga kobis + brokoli – letak tisu kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis dekat dalam bekas tersebut.

Sayur itu akan tahan lama, insyaAllah. Cuma sawi Jepun dan kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi. Selepas itu, sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi.

Sebab itulah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus. Cukup untuk seminggu.

 

Bajet Sebulan Beli Lauk Dan Sayur Cara Saya

Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ini. Sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk lauk-lauk ini. Bajet lebih sikit sebab lebihkan udang untuk bulan ini.

Bulan lepas bajet lauk tak sampai RM200.

Bajet Lauk Di Pasaraya cs

Udang biasa – RM 40.00
Sotong – RM 32.00
Ikan tongkol – RM 27.00
Telur – RM11.00

Bajet Lauk Di Pasar Malam

Ayam (2 ekor) – RM35
Daging – RM37

Bajet Lauk Di Pasar Borong

Tulang lembu – RM 23.00
Udang galah – RM 35.00
Ikan – RM 23.00

= RM 262.00 (Lauk)
= RM 20.00 ( sayur – limau kasturi + cili merah + cili hijau + halia + lengkuas + carrot + sawi jepun + timun Jepun setakat ni dalam peti ais )

 

Masukkan air. Tutup. Simpan terus kat tempat beku.
Ikan tongkol dah siap direbus
Daging separuh telah dibuat daging jeruk.

Perkongsian Ini Untuk Bantu Mak-mak Bekerja Macam Saya

Bajet ini sebenarnya bergantung kepada keperluan individu. Saya bukan nak tunjuk bajet saya. Tapi nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan kita yang mak-mak ini nak memasak.

Dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama, terutama mak-mak bekerjaya keluar pagi-pagi hari dan hampir nak malam baru balik macam saya.

Jangan cakap peti ais besar bolehlah buat macam ini. Saya dah kahwin 14 tahun. Baru kahwin dulu peti ais kecil saja. Tapi saya buat macam ini juga.

Letak dalam plastik, cuma tak letak air lah bila letak dalam plastik. Rasanya kering sikit lauk ti berbanding yang letak air macam sekarang. Tapi ok sangat lagi dari tak buat apa-apakan.

Sumber/Foto : Naeamah Balqis

Published by
Netty Ah Hiyer