Ibu Ini Cipta Ruang Belajar Interaktif Di Rumah Guna Bahan Terpakai! Idea ‘Emas’ Yang Mak-mak Boleh Tiru

Share

Bukan semua ibu bapa ada modal nak bina ruang khas serba interaktif untuk pembelajaran anak-anak mereka. Tapi dengan sedikit sentuhan idea ’emas’ daripada Puan Norazira Mustapha ini membolehkan anak-anaknya, Zara hayfa Fatini, 6, Zayyan Hadif Furqan, 4, Zara Hasna Farzana, 3 dan Zayyan Harraz Firas menimba ilmu di ruang belajar interaktif yang sarat alat bantuan mengajar.

Hari ini rasa nak share full la ruang anak-anak belajar dan main. Biasa sipi-sipi je kan. Kot-kot ada yang nak buat inspirasi. Kebanyakkan memang dari bahan-bahan terpakai. sahaja

.

Tandas dah settle deco-deco ,ruang tamu baru separuh, tinggal nak mengumpul sikit-sikit dan settlekan deco ruang tamu dan dapur pula.

Ini Keterangan Bergambar Tentang Ruang Pembelajaran Interaktif Anak-anak Beliau

Almari ni asalnya almari dapur, bahagian bawahnya reput sebab kena banjir, jadi ambil yang atas drill kat dinding. Kaki tu dari kerusi meja solek. Bahagian papan alas tengah tu dari pintu almari yang rosak.

Puzzle lepas main masuk plastik dan simpan atas tu. In shaa allah, tak ada sepah-sepah mahupun hilang.

“Rak buku tu pakai cable casing beli kedai hardware tak sampai RM10 pun, pastu drill.

Tempat main masak-masak. Ada juga buat versi kotak tapi hancus.

Ubah-ubah kedudukan sebab ada babykan… ABC dan 123 yang foam, biasa mesti hilang kalau belikan. So buat camtu plastik asal bungkus dia tampal kat dinding. Lepas main letak balik dalam tu. Belakang tu memang ada plastik balut buku saya tampal dulu di dinding. So tak ada masalah jika anak conteng. Tak tinggalkan kesan pun.

Biasa beli benda ni mesti hancur, patahkan.. ni saya lekatkan atas board RM2.90 jer. Lepas tu lukis la. Kereta kecil-kecil beli kt ECO RM2.12.

Ni daripada polisterin.

1 keping besar. Tak potong-potong dah. Plan atas tu 3 bahagian nak buat label. Tak gi print-print lagi, al maklumlah kena ke cc dulu baru boleh print. Lama dah buat.

1. Nota dan info dari sekolah
2. Nota rumah (temu janji doc, kenduri)
3. Utiliti (segala macam bil)

Ni dinding lagi sebelah. Tempat belajar membaca BM, Eng, Jawi dan Math.

Saya tampal kertas mahjung dulu, baru tampal benda lain nak bagi elak rosak cat.

Wajah kesayangan hamba..

#ZaraHayfaFatini, 6 tahun
#ZayyanHadifFurqan, 4 tahun
#ZaraHasnaFarzana, 3 tahun
#ZayyanHarrazFiras, 1 tahun

Yang warna hitam kat lantai tu saya buat teng-teng guna cloth tape. Siapa cakap budak dok bandar tak boleh main permainan tradisional.

Sumber/Foto: Norazira Mustapha via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer