Wanita moden pada hari ini melakukan dua tugasan serentak iaitu sebagai pekerja di pejabat serta menjadi ibu dan isteri di rumah. Mereka sememangnya amat memerlukan belaian memanjakan tubuh di spa.

Wanita yang inginkan ketenangan juga boleh melakukan urutan khas agar mereka dapat melegakan tekanan selepas penat bekerja. Selepas seharian bekerja akan berasa penat dan kurang bermaya. Bagi anda yang mempunyai semua masalah berkenaan, ia memberikan isyarat tubuh memerlukan rehat manakala minda perlu ditenangkan seketika daripada kesibukan seharian.

Antara rawatan yang mampu memberikan kelegaan dengan mengunjungi spa dan rawatan dari hujung rambut hingga kaki. Ini kerana alunan muzik mendamaikan dan bauan herba memberikan ketenangan tatkala badan diurut pakar terapi.

Gabungan Etnik Kaum

IKLAN

Paling unik kali ini kami diperkenalkan dengan Urutan Malaysia iaitu urutan yang merupakan gabungan etnik kaum yang ada di Malaysia.  Urutan ini muncul apabila seni urutan tradisi kaum masing-masing digabungkan menjadi satu elemen terbaru dalam kemahiran urutan.

 

IKLAN
Ibu-Ibu Perlu Belaian Manja, Legakan Tekanan Selepas Penat Bekerja
Antara langkah-langkah Rawatan Urutan Malaysia
Ibu-Ibu Perlu Belaian Manja, Legakan Tekanan Selepas Penat Bekerja
Antara langkah-langkah Rawatan Urutan Malaysia

Spa yang dibuka menggunakan konsep francais iaitu Teratak Spa Kuala Lumpur yang terletak di Busana Menara Mara, diuruskan oleh Puan Sally. Menurutnya, perawatan ini mengambil masa 90 minit.

“Urutan Malaysia merangkumi rawatan refleksologi, urutan kepala India, teknik pernafasan Qi Gong Cina dan rendaman kaki herba Malaysia, teknik urut melayu dah teknik urut kaum pribumi.

IKLAN

“Objektif rawatan ini untuk merehatkan diri dan mengembalikan kesegaran menerusi pengalaman kesejahteraan holistik dengan pelbagai teknik unik pelbagai bangsa dalam satu rawatan. Urutan Malaysia adalah produk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Semestinya Teratak Spa adalah salah satu SPA yang terawal menawarkan servis ini,” ungkap Sally.

Tambah Sally lagi, Teratak Spa juga dibuka menggunakan konsep francais dan menyediakan semua perkhidmatan diperlukan wanita. Spa ini juga menggunakan pakar terapi terlatih dan berpengalaman dalam bidang urutan.

Ibu-Ibu Perlu Belaian Manja, Legakan Tekanan Selepas Penat Bekerja
Puan Sally (3 dari kiri) bersama juruterapi Teratak Spa.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI