Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, “semua benda tak ingat kecuali Qurannya…”. Insiden seorang lelaki  kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan amarah dari orang ramai.

Dalam video yang tular menyaksikan lelaki berkenaan dibelasah selepas terlanggar peniaga mee di tapak pasar malam hingga semua jualannya berterabur. Akibat insiden ini, seorang anak yang miliki ibu kurang upaya berkongsi kisah ibunya yang mengalami masalah hilang ingatan selepas bersalin anak ke -18.

Ibu Hilang Ingatan Selepas Bersalin Anak Ke-18

Berkongsi kisah ibunya  di Tik Tok@ciqaaaaaa atau Fiqah Suha berkata, ibunya mula mengalami masalah hilang ingatan selepas melahirkan anak ke-18.

“Ibuku OKU juga, hilang ingatan kerana alami komplikasi ketika bersalin anak ke-18.

“Jujur cakap, hanya yang ikhlas jaga insan istimewa begini sahaja yang mampu bersabar apa jua berlaku.Takkan semudahnya pukul mereka walau nyawa jadi taruhan,”katanya.
@ciqaaaaaaa Sebagai orang teganu, ku rasa malu dan pilu… #kemaman #okudibelasah ♬ suara asli – yuda

Dirinya turut memaklumkan jantung ibunya pernah terhenti selama 10 minit akibat komplikasi semasa bersalin  di mana otak ibunya sedikit terjejas yang membawa kepada masalah dialami hingga ke hari ini.

Ads
“Jantung umi terhenti 10 minit ketika melahirkan anak akhir.
“18 orang anak, 3 gugur, seorang meninggal. Sekarang ada 14 orang semuanya,”jawabnya kepada seorang individu yang meninggalkan komen.

Ibu Hilang Ingatan Selepas Bersalin Anak Ke-18, Semua Tak Ingat Kecuali Qurannya

Ibu Hilang Ingatan Selepas Bersalin Anak Ke-18, Semua Tak Ingat Kecuali Qurannya

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Pasangan OKU Selamat Berkahwin, Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Cipta Bahagia 

Ads

Suami Isteri Bila Makin Lama Hidup Bersama, Banyaklah Kelemahan Terserlah, Cara Atasi, Ubahlah Fokus

Kiah Propa Kahwin Semula, “Istiqamah Jadi Isteri Jaga Suami Hidap Kanser Fokus Cik Kiah Sekarang”

Semua Tak Ingat Kecuali Qurannya

Di sebalik kisah ibunya itu, Fiqah bagaimana pun memaklumkan walau ibunya pernah lupa sudah berkahwin dan segalanya dalam hidupnya namun satu-satu yang masih diingati Uminya ialah hafalan Al-Quran. Ini kerana semasa sihat ibunya merupakan guru agama mengajar mengaji.

Ads

“Semua tak ingat tapi Quran tak lupa. Banyak ayat masih boleh sambung, kekadang baca sendiri. Dulu Umi guru Quran, mengajar anak-anak dan anak-anak- jiran,”katanya.

Ibu Hilang Ingatan Selepas Bersalin Anak Ke-18, Semua Tak Ingat Kecuali Qurannya

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI