Ibu Hamil Ditahan Di Singapura, Selamat Pulang Ke Tanah Air

Share

Awal Oktober lalu MW ada berkongsi catatan penyanyi Azza Elite yang merayu bantuan untuk sahabat niaganya Nur Sabrina Ahmad, 33 yang ditahan di Singapura. Semasa dalam penahanan inilah, peniaga ini tahu yang dirinya hamil.

Baca Sini : Azza Elite Rayu Bantu Sahabat Niaganya, Kini Hamil Ditahan Di Singapura

Berkongsi catatan di facebooknya pada 29 Oktober lalu, Nur Sabrina memaklumkan yang dirinya telah kembali ke Malaysia.

 

Alhamdulillah Saya Telah Selamat Pulang Ke Tanah Air

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT , Sab telah selamat pulang ke tanah air dan bersama keluarga. Tak terungkap kata-kata.”

Sab nak ucapkan ribuan yang tak terhingga kepada semua mereka yang mendoakan Sab dan memberi semangat kepada Sab

.”

Terima kasih warga Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan di mana saja anda berada yang sentiasa memberi doa dan sokongan kepada Sab.”

Maklumnya lagi, selepas bicara dia telah dikenakan hukuman membayar denda tetapi dengan bantuan orang ramai dan keluarga, dapatlah dia membayar jumlah tersebut.

Akhirnya bila dapat pulang, syukur kepada Allah SWT.”

Ini adalah satu pengajaran yang cukup besar bagi Sab. Kepada rakan niaga yang lain, hati-hati jangan jadi seperti Sab ya.”

Seksanya hanya Allah saja tau.”

Sab nak minta maaf jika Sab ada tersalah kata, atau andai ada buat salah. Sab ingin mulakan hidup yang baru.”

Doakan Sab. Sekali lagi terima kasih tak terhingga Sab nak ucapkan semoga Allah SWT dapat membalas niat baik anda semua.”

 

Anak-anak, Keluarga Adalah Kekuatan Saya

Dalam catatannya yang terdahulu, iaitu pada 24 dan 23 Oktober, hari dirinya akan dihadapkan di mahkamah Sabrina turut berkongsi rasa hati.

Sarangan keluar dari Singapura ke atas dirinya sejak 1 Jun lalu, Sabrina tak lagi dapat bertemu suami dan anak-anak.

Alhamdulillah, saya dapat jumpa anak-anak dan keluarga sebelum saya naik ke mahkamah pada 24 Oktober.” tulisnya turut memaklumkan anak-anak dan keluarga adalah kekuatan dirinya.

Suami dapat bersama saya dan menemani saya untuk ke mahkamah nanti. Saya mohon doa dari semua agar dipermudahkan urusan, diperlembutkan hati hakim, diberi pengurangan denda, saya tidak dipenjarakan dan saya dapat balik ke Malaysia bersama keluarga.”

Ya, saya mengaku memang ada kesilapan saya lakukan. Saya berharap apa yang jadi pada saya juga dapat dijadikan pengajaran.”

Sabrina berserah kepada Allah SWT kerana sedar dirinya seorang hamba yang kerdil yang perlukanNya.

Doakan saya ya.”

Pintanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan, doa, bantuan dari pelbagai bentuk.

Semoga Allah SWT dapat bantu saya membalas niat baik semua.”

Sebaik selesai bicara di mahkamah, Sabrina memaklumkan yang dirinya tak dipenjarakan. Hukumannya juga diringankan.

 

Di Sebalik Musibah Ada Kisah Indah Yang Perlu Disyukuri

MW : Alhamdulillah, sungguh cerita yang terjadi kepada peniaga ini memberi banyak pengajaran untuk kita. Yang mengikuti perjalanan ibu hamil ini di Singapura, pasti dapat melihat kebaikan rakan-rakan Singapura ibu ini.

Mereka sentiasa memberi sokongan, membawanya membuat pemeriksaan kehamilan bayi dalam kandungan Sabrina malah memberikan penempatan dan makanan yang baik untuk ibu hamil ini.

Dan di sebalik kejadian rakan niaga yang menikamnya dari belakang, Sabrina bertemu dengan insan-insan baik dalam hidupnya. Malah kisah ini mengingatkan peniaga-peniaga lain agar sentiasa mematuhi peraturan sesebuah negara dan jangan main-main dengan undang-undang mereka.

Sumber/Foto : Sabrina Zul

Published by
Netty Ah Hiyer