Ibu dua anak kecil tumpang tidur di masjid, dihalau dari rumah sewa gara-gara suami sibuk bina baru. Acap kali dipaparkan di media sosial, suami mengabaikan isteri pertama selepas berkahwin baru. Ibarat mendapat pucuk muda, isteri pertama terus dilupakan walau tanggungjawab itu terletak di bahu seorang lelaki.
Ramadan bulan penuh keberatan dan kemuliaan. Bulan dituntut melakukan ibadah sebanyak mungkin yang Allah janjikan keberkatannya. Namun sesetengah dari kita, masih mengamalkan cara hidup yang sama, mementingkan nafsu yang tidak pernah menunduk.
Satu perkongsian dari Ustaz Abu Hamizan di fbnya semalam sangat meruntun jiwa apabila bertemu seorang wanita bersama dua anak kecil sekitar hampir tengah malam yang terpaksa bermalam di masjid dengan kesejukan, sehelai sepinggang gara-gara dihalau dari rumah sewa selepas suami mengabaikan tanggungjawab selepas berbini baru.
Tulisnya, “untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingat lah!! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada.
Ini kisahnya.
Isteri dihalau dari rumah sewa & tumpang tidur. Selesai solat terawih dan tadarus malam tadi.
Di satu sudut masjid saya terpandang kepada seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kecil. Waktu itu hanya ada beberapa orang sahaja jemaah lelaki yang datang ke masjid untuk qiamulail.
Kemudian wanita itu datang dan menyapa, “ustaz, boleh tak saya nak minta izin untuk menumpang tidur di sini (masjid) untuk malam ni sahaja??”
Masa tu jam dah hampir pukul 12 malam, dengan anak-anak yang masih kecil dan hanya ada sehelai selimut sahaja.
Untuk kepastian, Saya bertanya kalau akak ni dari mana?
Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana?
Jawapannya membuatkan saya terdiam seketika, Kata ibu ini dia baru dihalau dari rumah sewanya, suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.
Dia pula tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di Selangor. Kemudian saya bertanya, kalau esok dah siang akak nak tuju ke mana??akak ada duit tak untuk beli makanan kepada anak-anak ni?
“Tak ada duit ustaz” Jawabnya dalam keadaan malu.
Allahuakbar, Di tengah larut malam begitu agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata.
Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar sedang saya mengetahui akan hal itu, Adakah saya akan berdosa??
Sebagai seorang muslim bukan ke kita di tuntut supaya mengasihi muslim yang lain.
Sebelum saya beredar untuk pulang, saya cuba bantu sekadar yang termampu. Dia minta izin untuk gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.
Syukur la kalian yang masih ada tempat tidur, yang masih ada duit untuk berbelanja, yang masih mampu tersenyum dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan.
Doa saya semoga Allah bukakan jalan keluar untuk akak dan anak-anak dari masalah yang di hadapi saat ini.
Untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingat lah!! Tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Masalah Kewangan Punca Pasangan Bercerai, Sibuk Cari Rezeki Sampai Tak Ada Masa Dengan Famili
Suami Dalam Iddah, Jangan Cepat Sangat Nak Kahwin Lain
Anak Kembar Iras Arwah Isteri, Dua Bulan Membesar Tanpa Kasih Ibu