Ibu Didakwa Kes Amang Seksual Dua Beradik, Anak Perempuan Tampil Ceritakan Kisah Sebenar…

Share

Ibu didakwa kes amang seksual, anak perempuan tampil ceritakan kisah sebenar… Sejak semalam ramai yang mengecam perlakuan seorang ibu yang melakukan amang seksual ke atas dua anak lelakinya berusia 12 dan 14 tahun.

Apa yang membuatkan ramai berasa marah, jijik dan geram berdasarkan laporan di akhbar, ibu ini telah memaksa dua anak lelaki di bawah umur untuk melakukan perlakuan jijik itu dan hal ini tidak dapat diterima akal orang ramai.

Ibu Didakwa Kes Amang Seksual Dua Beradik

Ini kerana jika kita biasa membaca bapa merogol anak yang dianggap perkara sumbang mahram, perlakukan ibu tersebut “yang meragut teruna” anaknya sendiri adalah hal paling jijik dianggap masyarakat.

Bagaimana pun di sebalik cercaan orang ramai terhadap ibu lima anak ini, seorang individu bernama XXXX memberikan komen di Tik Tok hal di sebalik yang terjadi. Sama ada betul atau tidak atau adakah hal ini telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa atau belum, tiada kepastian mengenainya.

Anak Perempuan Tampil Ceritakan Kisah Sebenar…

Jelas XXXX, ia disebabkan ugutan dari ahlong.

Katanya, ahlong tak minta duit. Ahlong tu cuma minta video seks. Benda ni jadi dah lama, Cuma baru kantoi sekarang,” katanya yang membahasakan ibunya sebagai “perempuan itu”.

Katanya lagi,  ahlong turut menyimbah cat dekat rumah la, apa semua. Kena ugut bunuh kalau tak buat video.

Berdasarkan kata-katanya itu, mungkin orang ramai tidak mempercayainya kerana berasa jijik dengan tindakan ibu tersebut melakukan amang seksual ke atas anak sendiri,  kata Aten dia berkata yang betul.

“Bang, aku cite benda betul. Aku anak kandung perempuan tu. Apa yang salah server?Takkan aku nak biar orang tuding jari dekat mak aku seorang? Soalnya.

Dalam laporan media semalam, memetik laporan Sinar Harian ibu anak lima ini tidak mengaku bersalah  di Mahkamah Sesyen  atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak lelakinya dan mengarahkan suatu pornografi dalam bentuk video, tahun lalu.

Wanita yang tidak bekerja berusia 33 tahun itu, membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bapa Durjana Kena Hukum 426 Tahun, Jadikan 2 Anak Kandung Pemuas Nafsu

Bapa Liwat Anak Ketika Di Tanah Suci Mekah, Lagi Keji Sampai Terkeluar Najis!

Maulud Riyanto, Remaja Dihukum Di Dunia 13 Tahun Penjara Pertahan Maruah Ibu Diperkosa

Luluh Hati Ibu, Terkejut Anak 14 Tahun Rupanya Sarat Mengandung, Bersalin Bayi Perempuan!

Mengikut tiga pertuduhan, dia yang memakai blaus kuning gelap, didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki (ketika kejadian) berusia 14 dan 12 tahun, bagi tujuan seksual.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam di sini pada jam 8 malam, November 2022 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa telah mengarahkan pembuatan suatu pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh pada jam 2 pagi, 17 dan 18 Februari tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 5 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Izzati Mohamad dan Nur ‘Ayuni Jamri tidak mencadangkan sebarang ikat jamin dengan alasan, tertuduh berisiko untuk mengganggu mangsa memandangkan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

Bagaimanapun, dia merayu agar diberikan ikat jamin kerana perlu menyara lima anaknya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Syafeera tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Selepas prosiding, wanita itu tidak dapat menahan air mata, setelah melihat ibu bapanya yang berada di galeri awam.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Haddad Mohd Radhi, 22, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama, atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tertuduh wanita itu, yang berumur 14 tahun (ketika kejadian), tujuan seksual.

Kesalahan didakwa dilakukan di hotel yang sama dan tarikh serupa dan dituduh mengikut Seksyen 14(a) akta sama.

Semasa prosiding, Nurul ‘Izzati tidak mencadangkan tertuduh diberikan ikat jamin memandangkan pertuduhan itu termasuk dalam kes yang serius.

“Tertuduh merupakan rakan tertuduh wanita itu, maka dibimbangi akan memberi akses terhadap mangsa, yang kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh lelaki itu yang diwakili peguam, Mohd Azali Ibrahim merayu agar anak guamnya dibenarkan untuk diikat jamin kerana dia perlu menyara isteri dan seorang anak.

“Dia bekerja sebagai penarik kereta, menjaga isterinya merupakan seorang suri rumah dan kini mengandungkan anak kedua mereka,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Syafeera membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bukan Menantu Pilihan
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros