Ibu Dari Neraka..

Menakutkan! Bila seorang ibu sanggup beri anaknya hisap syabu. Dia selayaknya digelar ‘Ibu Dari Neraka’. Ini kisah benar betapa berbahayanya sejenis dadah yang dipanggil syabu. Dan dadah jenis syabu inilah yang menjadi ancaman anak-anak sekolah.

Pendedahan Pegawai Antidadah di AADK Daerah Kuching, Sarawak, Nadia Hazmi tentang mudahnya dadah jenis syabu ini didapati benar-benar mengejutkan. Malah ia boleh diperoleh secara online! Sebab itu mak ayah.. penting untuk kita memeriksa BEG SEKOLAH ANAK!

Pernah digegarkan satu ketika dulu, satu video seorang anak kecil dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! sori, tak layak kot dipanggil ibu tapi xxxxxx.

Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorang ibu sanggup merosakkan anaknya. SALAH. Tapi tak salah bagi seorang penagih syabu.

Dalam banyak-banyak dadah yang k.Nad kenal dalam dunia penagihan ni, Syabu dadah paling GILA! Ia menukar pemikiran seorang manusia dari yang Betul menjadi Salah, yang Salah menjadi Benar.

Yang waras kepada gila. Manusia kepada IBLIS NYATA. Lihat kes-kes jenayah pelik yang berlaku sekarang ini. Semuanya hasil dari graduasi syabu.”

 

Ads

Kenapa Kena Kenal Tools Pengambilan Syabu

Ni k.nad nak ajar. Rupa tools atau peralatan yang diguna dalam pengambilan syabu atau nama kampungnya yang popular kat Sarawak ni.. BATU. Juga ICE/ KACA/ KRISTAL.

Sekarang ni semakin murah dan semakin mudah didapati.”

Sebab apa? Sebab ia boleh diproses di belakang rumah anda sendiri. Asal cukup 9 bahan tu, siap la dia. “RM5 PUN DAH BOLEH DAPAT. Budak-budak sekolah pun senang beli dan dapat kat online.”

Jadinya, sebagai mak ayah. RAJIN-RAJIN LAH CEK BEG SEKOLAH ANAK @spotcek bilik anak.

Ads

Kalau ada barang macam dekat atas tu, tu bukan la radas-radas dari makmal sekolah yang anak curi bawa balik untuk ulangkaji. Tapi ni la tools untuk ‘chase’ isap syabu.

Jangan nak jadi naif dan jahil tak bertempat. Tengok sama cita pasal dadah kat youtube tu banyak sikit.

 

Ads

Ibu Dari Neraka..

Kesan Syabu Cukup Pantas!

Jangan nanti bila anak dah agresif dan jadi gila, dah mula merompak membunuh, baru sibuk-sibuk nak tunding jari kat peta malaysia nak salahkan tukang lukis peta tu yang sebabkan lukis rapat-rapat sangat golden triangle tu jadikan dadah mudah masuk ke rumah makcik.

Nak bagitau juga, makan batu ni paling cepat nak jadi gila tu dalam 2-3 tahun je. Gila tu kalau jadi ahli syurga tak apa juga.

Tapi gila yang ini menyusahkan anak bini, mak ayah dan seluruh dunia.

Yang dah makan batu ni, kalau masih waras, sudah-sudahlah. Walaupun ulat dalam batu pun boleh hidup. Ulat tu tak susahkan orang dan tak tergamak bagi anak dia hisap dadah juga.”

Sumber/Foto : Nadia Hazmi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI