Ibu Dalam Pantang Meninggal Bersama Bayi, Hajat Jumpa Suami Berakhir Tragedi

Share

Ibu dalam pantang meninggal b

ersama bayi, hajat jumpa suami berakhir tragedi. Satu keluarga terbabit kemalangan ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) semalam mengorbankan tiga orang.

Raja Nurhanani Nabila, 23 yang baru habis berpantang dua bulan selepas melahirkan anaknya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail meninggal di tempat kejadian. Lebih menyayat hati, ibunya, Noreha Mohamed, 53 turut terkorban apabila kenderaan dipandu adiknya, Raja Haikal Najmi terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Ibu Dalam Pantang Meninggal Bersama Bayi

Memetik perkongsian Harian Metro, ayah kepada Nurhanani memaklumkan, dirinya menerima panggilan telefon  mengatakan ahli keluarganya terbabit kemalangan ketika sedang bersiap ke surau menunaikan solat Maghrib.

“Saya sebak dan rebah sebaik menerima panggilan yang memaklumkan mereka maut dalam kemalangan itu,” kata Raja Hussin Raja Abdullah berhubung kemalangan maut melibatkan tiga ahli keluarganya di Kilometer 375.8 LPT 2 dekat Bukit Besi.

Raja Hussin, 60, dia menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan isterinya, Noreha Mohamed, 53, anaknya, Raja Nurhanani Nabila, 23, dan cucunya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan maut dalam kemalangan itu.

“Saya terima panggilan jam 7.15 malam. Ketika itu, saya bersiap untuk solat Maghrib dan masuk bekerja syif malam sebelum dikejurkan dengan berita yang sangat menyedihkan itu.

“Saya minta tolong rakan bergegas ke tempat kejadian dan sungguh sedih bila melihat keadaan mayat isteri dan cucu bermandi darah,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Perjalanan Ibu Menghantar Anak Ke Sekolah Berakhir Tragedi, Dua Anak Parah Kenderaan Bertembung Axia

35 Tahun Hidup Sendirian, Jodoh Salamiah Hassan Hanya Dua Bulan. Suami Meninggal Mengejut

Percutian Jadi Tragedi, 3 Beranak Meninggal Serentak. Bapa Mimpi Anak Datang Berpakaian Putih & Hitam

Katanya, tiga jam selepas itu, dia sekali lagi mendapat panggilan yang memaklumkan anaknya, Raja Norhanani pula meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

“Ketika kejadian, saya yang berkerja kontrak di Kawasan Industri Kerteh Kemaman berada di rumah sewa di Paka, Dungun.

“Selain mereka, dua lagi anak saya, Raja Haikal Najmi, 20, yang memandu kereta dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, dalam perjalanan dari rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu Kelantan untuk ke Kem Batu 10, Kuantan.

Hajat Jumpa Suami Berakhir Tragedi

“Mereka nak hantar Raja Nurhanani bersama bayi sulungnya yang baru habis pantang di kampung ke sana kerana suami Raja Nurhanani, adalah seorang tentera bertugas di sana,” katanya.

Raja Hussin berkata, dia menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan untuk bertolak ke Kuantan dan dia sempat berpesan supaya berhati-hati sepanjang perjalanan itu.

“Isteri memaklumkan selepas menghantar anak dan cucu saya di Kuantan, dia dan anak yang lain akan singgah dan bermalam di rumah sewa saya di Paka.

“Dia nak singgah memandangkan kami sudah lama tidak bertemu dan kali terakhir pertemuan kami ialah pada Aidiladha lalu,” katanya.

Katanya, beberapa hari sebelum itu, dia ada menghubungi isterinya dan mengajak isterinya itu menghadiri suatu majlis kenduri perkahwinan di Kelantan pada bulan depan.

“Dia jawab tak nak pergi kerana dia (isteri) nak pergi berjalan ke tempat yang lebih jauh, saya tanya jauh tu di mana dan dia jawab sangat jauh tak boleh nak cerita.

“Saya tidak sangka perkataan pelik dari isteri itu membawa makna bahawa dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Figura watak mak-mak dalam drama mahupun filem Malaysia.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros