Sungguh ini ujian yang cukup besar buat seorang ibu yang sedang berpantang bersalin bersama bayinya di kediamannya di Telok Chengai, Kuala Kedah. Demi menyelamatkan nyawa, dia terpaksa berlari membawa anak dan bayinya keluar dari rumah yang sedang terbakar.
Kejadian yang berlaku pada 9 Jun lalu diceritakan semula oleh ibu yang sedang berpantang ini, Izani Ismail, 26. Katanya pada waktu itu, dia sedang berada dalam bilik sebelum tiba-tiba terhidu bau asap.
Kemudian, dia menjenguk keluar bilik dan terkejut mendapati bilik bahagian belakang rumahnya telah terbakar. Dalam masa sama api sudah pun marak.
Segera dia berlari menyelamatkan diri bersama anaknya termasuk bayi yang baru dilahirkan itu. Ketika itu, api sudahpun membesar di bahagian bilik belakang itu. Waktu kejadian itu, dianggarkan berlaku dalam jam 6.30 petang.
Sehingga hari ini, ibu ini memanjatkan kesyukuran kerana kebakaran di kediamannya itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Bagaimana pun keseluruhan barangan rumahnya mengalami kerosakan dan kerugian yang dialami itu masih belum dikenal pasti jumlahnya.
Ads
Bantuan Untuk Keluarga Ibu Berpantang..
Kisah detik cemas dalam hidup ibu ini diceritakan semula dalam Program Turun Padang Pegawai Daerah Kota Setar bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS).
Terdahulu, nasib Izani mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pegawai Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS), Ridzuan Ahmad ketika sesi turun padang melawat tiga mangsa kebakaran di Telok Chengai dan Hutan Kampung.
Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Mohd Asri Redha Abdul Rahman dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Kota Setar, Shahrin Nizar Azudin.
Ads
Sebelumnya, Ridzuan memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu dari Imam Masjid Al Ummah Mohd Nazimi Zaim Ismail.
Mendengar akan kesusahan yang menimpa ibu berpantang itu, pihak masjid mengambil inisiatif mengumpul sumbangan orang ramai demi meringankan beban keluarga mangsa.
Beliau berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka tabah serta redha dalam menghadapi ujian ALLAH SWT.
Ads
Malah, dalam ziarah berkenaan, PZDKS turut menyerahkan Kit Bantuan Makanan Asasi LZNK kepada keluarga ibu berpantang berkenaan.
Kata Ridzuan lagi, bantuan susulan akan diserahkan sesudah siasatan penolong amil kariah selesa dijalankan dan borang yang telah lengkap diisi diterima serta disahkan pihak oleh PZDKS.
MW :Syukurlah! Ibu dan anak-anak selamat. Semoga ibu tidak alami trauma dan dalam meneruskan proses berpantang dengan selamat dan sihat.
Sumber: Sinar Harian, Gambar hiasan : Odisi.my , lobakmerah.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pendedahan Elly Mazlein meluahkan rasa emosinya mengenai bekas suaminya, Azmi Hata yang tak mahu memberi wang belanja raya untuk anak rupa-rupanya turut mencuit emosi pelakon jelita, Rita Rudaini yang membuatkan dia meninggalkan pesan untuk wanita senasib dengannya menerusi Instagram miliknya.
Lebihkan Anak, Diri Sendiri Tak Kisah
Luah Rita, dalam kesibukannya mencari rezeki tapi dia akan tetap membuat persiapan untuk dua anak terunanya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
“Walaupun sorang-sorang, sibuk sana sini tapi alhamdulillah sempat siapkan baju anak-anak. Baju raya mommy tak ada lepas dapat anak, mommy dah tak kisah dah pasal baju raya. Memang tak ada, harap pakai bajuan orang hadiah je. Tak kisah pun, kadang-kadang pakai je apa yang ada. Anak-anak lebih penting.”
Tulisnya lagi, dia bersyukur sebab anak-anak yang memahami dan bukan jenis meminta-minta nak macam-macam.
“Tapi nasib baik dapat anak-anak yang tak meminta-minta, tanya nak kasut tak? Diorang tak nak, diorang cakap baju dulu dah ada, sedih dengar bila mommy beli baju Melayu sorang dua pasang, Ryan bebel dia cakap ‘Nape mommy membazir? Beli dua?’”
Sayu Dengar Permintaan Anak-anak
Alhamdulillah sebab anak-anak Rita Dah besar dah boleh jadi kawan berkongsi rasa tetapi ibu mana yang tak sebak apabila mendengar kata-kata anak dan Rita berdepan dengan situasi ini setiap kali raya…
“Dalam hati mommy sebak nak mati. Mommy jawab ‘Takpe lah, nanti kat sekolah ada celeb raya boleh pakai’ Tanya nak baju casual tak? Tak nak jugak, so Ryan and adik nak apa untuk raya? ‘Tak nak apa-apa, Ryan nak balik kampung je’ Sayu dengar mungkin tuhan nak bagi mommy senang dengan cara ni.”
Pesanan Buat Elly Mazlein
“Buat Kak Lina Pom Pom, takyah heran laa kalau pak dia tak bagi baju raya ka, lantak depa, memang mula-mula terasa sedih, geram, sampai hati buat anak mcm ni, tapi lepas dah tiap-tiap tahun macam tu, kami dah lali and tak heran.”
Orang kat luaq sana mesti ingat pak depa bagi baju raya, duit raya, bayaq sekolah, hanya kami dan tuhan je yang tau doa banyak-banyak supaya kita anak-beranak dijauhi dari manusia munafik dan didik anak-anak kita seelok-elok perangai.
Hmmm… begitulah kisah hidup mak-mak ibu tunggal, mungkin ada yang senasib dengan dua pelakon ini namun apa pun Hakak doakan yang ‘manis-manis’ di bulan yang baik. Moga hati mu terus sado demi masa depan-anak dan murah rezeki dalam pelbagai sudut walaupun ada sesetengah pihak yang sedap mengecam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka, hanya dengan sekeping gambar mampu merubah diri dan kehidupan. Gadis dari Filipina bernama Rita Gaviola,18 ini pernah viral satu masa dulu apabila gambarnya sedang mengemis dan meminta sedekah di jalanan sambil menjaga adik-adiknya dirakam oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di bandar kelahirannya untuk menghadiri Festival Pahiyas.
Tertarik dengaan kecantikkan gadis ini, foto Rita yang ketika itu berumur 13 yang dinamakan ‘Badjao Girls’ kemudian senyap-senyap dimuat naik ke internet dan tiba-tiba menjadi viral ke serata dunia! Sekaligus merubah nasib gadis ini sekelip mata.
Jadi Model, Sertai Rancangan TV
Gara-gara gambar yang viral tersebut, Rita telah mendapat perhatian ramai sampaikan Ratu Cantik di Filipina berpakat mahu membawa gadis ini keluar daripada kemiskinan.
Rita kemudian ditawarkan menjadi model dan berjaya mencipta nama sebagai gadis termuda yang beraksi di peringkat antarabangsa dalam rancangan TV ‘Big Brother’. Rita membintangi program realiti Filipina, Pinoy Big Brother: Lucky 7 pada 2016.
Semenjak itu, namanya semakin dikenali ramai sehingga digelar sebagai ‘Gadis Badjao’. Badjao merupakan etnik minoriti di Filipina.
Hasrat Sertai Ratu Cantik
Rita kini merupakan bintang media sosial dan memiliki hampir 200,000 pengikut di Instagram. Baru-baru ini Rita meluahkan hasratnya memasang impian untuk mewakili Filipina bagi menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe.
“Tidak lama lagi saya akan menyertai Miss Universe”, tulisnya di Instagram.
Bagi yang tidak tahu, Ratu Cantik dari Filipina antara yang menyerlah dalam Miss Universe dan ramai juga peserta dari negara ini yang pernah memenangi pertandingan ini beberapa kali.Terbaru, Catriona Gray dari Filipina menangi Miss Universe pada tahun 2018!
Mingguan Wanita: Siapa sangka daripada sekeping gambar mampu merubah kehidupan. Semoga impian gadis ini untuk mewakili negaranya dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik bakal menjadi kenyataan.
Pakaian rasmi Olimpik dikecam teruk, Hannah Yeoh perjelas ia bukan untuk perbarisan perasmian. Baju rasmi Olimpik Malaysia menerima kritikan teruk dari warganet.Tidak hanya dikatakan rekaan agak teruk malah cara ia diperkenalkan turut menerima kritikan.
Ini kerana negara lain yang bertanding di Sukan Olimpik 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini dilihat memperuntukkan sejumlah besar wang bagi memperkenalkan negara mereka tapi Malaysia dilihat “terkebelakang” dengan hanya menggunakan patung sebagai memperkenalkan baju rasmi Olimpik 2024.
Pakaian Rasmi Olimpik Dikecam Teruk
Pakaian rasmi Olimpik 2024 yang menerima kecaman dari warga Malaysia yang disifatkan seperti rekaan kanak-kanak sekolah.
Hannah Yeoh Perjelas Ia Bukan Untuk Perbarisan Perasmian
Di sebalik isu yang terus menerima kecaman ramai, semalam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi penjelasan bahwa pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Hannah Yeoh berkata, terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung pendekatan kepimpinannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, memandangkan semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.
“Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh. Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet. Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.
“Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia,” katanya selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) semalam.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...