Ibu Cedera Parah, Bergelut ‘Lawan’ Harimau Demi Selamatkan Anak Usia 15 Bulan. Kasihnya ibu tiada tandingannya dan tak terjangkau fikiran, sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri, mempunyai ‘keberanian’ dan kekuatan luar biasa hanya demi menyelamatkan anak tersayang.
Tanpa berfikir panjang akan keselamatan diri, seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India mengalami kecederaan serius selepas bertarung dengan seekor harimau ketika mahu menyelamatkan bayinya yang berusia 15 bulan, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
Bergelut Dengan ‘Tangan Kosong’
Mangsa, Archana Choudhary, bergelut dengan haiwan buas itu menggunakan tangan kosong selama beberapa minit sebelum penduduk kampung mendengar jeritannya meminta pertolongan dan mula campur tangan.
Kedua-dua ibu dan anak itu kini sedang menerima rawatan di hospital.
Diserang Sewaktu Bermain Di Padang
Serangan tersebut berlaku pada Ahad lalu di pinggir Rizab Harimau Bandhavgarh ketika Archana dan anak kecilnya sedang bermain di sebuah padang.
Ads
Akhbar The Times of India melaporkan harimau itu telah membenamkan giginya ke dalam kepala bayi tersebut dan cuba menarik kanak-kanak itu apabila ibunya mula melawan haiwan tersebut.
Jeritan si ibu meminta tolong menarik penduduk kampung dari kawasan berhampiran yang datang membawa kayu dan menghalau harimau kembali ke dalam hutan.
Cedera Parah Bergelut Dengan Harimau
Archana dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian paru-paru dan luka-luka di badan, manakala anak lelakinya luka pada kepala.
Seorang doktor memberitahu bahawa luka pada badan kanak-kanak itu tidak serius, namun kecederaan lebih serius dikesan pada ibunya.
Ads
Pakar bedah awam, Dr. Misthi Ruhela berkata, ibu dan anak itu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan telah diberi suntikan anjing gila.
Mingguan Wanita: Begitulah kasih ibu, tanpa berfikir panjang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan anak sendiri. Semoga wanita ini dan anaknya cepat sembuh.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ni kita dengar ramai orang muda yang meninggal dunia kerana serangan jantung dan strok. Dua penyakit ini amat berkait rapat dengan emosi dan gaya hidup kita. Nenek moyang kita dulu ramai yang panjangkan usia.
Selepas diselidik dan dibuat perbandingan, rupa-rupanya orang tua ada rahsia untuk panjangkan usia. Malah paling best mereka mempunyai kualiti hidup yang jauh lebih baik berbanding masyarakat moden.
“Saya sempat juga mengorek petua daripada nenek dan datuk di kampung. Usia datuk saya sudah 90 tahun tapi masih sihat dan bertenaga. Nak tahu rahsianya, jom semak dan amalkan. Dengan izin Allah kita juga diberikan kesihatan yang baik dan panjang usia.”
20 Tip Panjang Umur
1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
2. Jangan mempunyai pemikiran yang negatif terhadap perkara yang kita tidak suka. Sebaliknya fokus kepada perkara positif yang kita miliki.
3. Jangan memaksa diri melakukan perkara yang membuatkan kita menderita. Besederhana adalah yang terbaik.
4. Usah serius sangat, sekali sekala perlu bergurau senda.
5. Hentikan sikap suka bergosip.
6. Tak payah nak dengki dengan orang lain. Buang karan je.
7. Lupakan kisah silam, jangan ungkit kesilapan pasangan. Ia akan musnahkan hubungan dan kegembiraan dalam rumah tangga.
Jangan Benci Orang
8. Tak payah nak benci orang, tak ada faedah langsung.
9. Murahkan senyuman, mood positif akan buat kita gembira.
10. Hubungi keluarga dengan kerap.
11. Maafkan orang lain dan berbuat baik setiap hari.
12. Luangkan masa berbual dengan orang tua dan kanak-kanak.
13. Utamakan Allah dalam segala urusan. Percayalah Allah pasti akan mudahkan urusan kita yang lain.
14. Buang perkara yang tidak gembira.
15. Usaha dulu baru doa. Hasil akan datang, yakinlah.
16. Bila terjaga dari tidur, sentiasa ucapkan Alhamdulillah.
17. Makan sedikit tapi kerap. Jangan tidur dalam kekenyangan.
18. Pandangan orang pada kita bukan urusan kita. Selagi kita buat benda yang betul, pedulikan.
19. Jangan bekerja sehingga lupa solat dan abaikan keluarga.
Saya tak kuat, redhakan aku ya Allah. Ibu berusia 7 tahun tertembak di kepala luah rasa rindu. Perasaan sarat menanggung rindu pada orang yang telah pergi hanya mampu dirasai oleh mereka yang pernah menerima ujian ini. Apa tah lagi pergi yang tak mungkin akan kembali lagi.
Satu perkongsian seorang ibu di Tik Toknya @Bunga Dahlia tentang rasa rindu terhadap anak sulungnya, Eddrayyan yang meninggal akibat tertembak di bahagian kepala pada kejadian 28 April lalu mengundang sebak orang ramai.
Saya Tak Kuat, Redhakan Aku Ya Allah
Berusia 7 tahun, Eddrayyan disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri di bahagian kepala ketika bermain dengan rakannya dalam kejadian di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan.
Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa namun siasatan awal polis memaklumkan, kanak-kanak darjah satu ini telah terkena tembakan pump gun di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.
Apa yang menyayat hati, ibu ini meluahkan rasa rindu yang tiada penghujungnya berikutan kehilangan anak sulungnya yang disifatkan berpotensi cemerlang dalam pelajaran seperti dikongsikan oleh gurunya dari SK Kuala Salong.
Ibu Anak Berusia 7 Tahun Tertembak Di Kepala Luah Rasa Rindu
Tambah Bunga Dahlia, apa yang membuatkan dirinya merindui anak yang sangat keletah ini, pada saat anaknya itu menghembuskan nafas terakhir, dirinya tiada di sisi.
“Saya tidak bersama anak saya buat kali terakhir semasa dia masih hidup Dapat dekat bila dia sudah tidak bernyawa lagi. Sakit yang teramat sangat, katanya memaklumkan situasi dialaminya selepas hal yang sama dikongsi oleh seorang ibu yang turut melalui situasi sama apa apabila anaknya berjuang 50/50 antara hidup dan mati.
Dalam pada itu, ibu muda ini sangat bersetuju agar senjata berbahaya ini tidak sewajarnya dibawa balik ke rumah kerana kejadian yang menimpa anaknya harus dijadikan pengajaran buat semua.
Rasa rindu yang tiada penghujungnya ini, kata Bunga Dahlia sangat perit untuk ditelan di mana dirinya mengakui tidak kuat untuk menghadapinya apatah lagi kes anaknya masih tiada jawapan pasti.
Masa yang sama, dirinya turut memuat naik antara gambar tercantik yang pernah diambil bersama arwah anaknya serta seorang lagi anaknya, Eliya yang masih tinggal dan menjadi penguat semangatnya.
Bahkan dirinya berani berkongsi kisah anaknya ini selepas memperoleh kekuatan mengenainya berbanding sebelum ini.
Replying to @wanida4141 hari ni sy terbuka untuk share. Terima kasih sangat dengan sis ni. Sejuk hati saya baca komen dia. Bukan macam segelintir org tidak berhati perut. Tiada adab bila bertanya. Mohon jangan ada yang komen menyalahkan siapa-siapa dalam kes ni. Tq.
Apa pun semoga siasatan penuh dapat memberikannya satu jawapan pasti punca kematian anaknya kerana rasa sakit itu hanya dirasai oleh mereka yang pernah diuji dengan kematian. Mogar roh anaknya tenang di sana.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Enam tahun lalu, ketika belum bertemu jodoh dengan suaminya, Fahrin Ahmad, Elena Hani sering diingatkan agar berdoalah bertemu jodoh ketika melakukan ibadah umrah.
Bukan sekali dua orang tuanya berpesan, malah berkali-kali. Siap pesanan, “Kat Mekah jangan salah doa. Sebab doa makbul.”
Rupanya, doa yang dibaca di Jabal Rahmah dengan diaminkan arwah ayahnya betul-betul tuhan makbulkan.
Kongsinya,
.
Salam Jumaat everyone!
The first picture was taken exactly 6 years ago at Jabal Rahmah. Masa tu I was still single. Performed Umrah dengan arwah ayah, mama dan adik beradik. Tak jumpa lagi cinta hati @fahrinahmad_fa .
Gambar ni means alot sebab sebagai wanita single setiap orang yang tahu i nak pergi umrah akan pesan “jangan lupa doa minta jodoh” terutama maktok yang risau sangat cucu perempuan dia tak kahwin-kahwin lagi.
Mulanya i went up Jabal Rahmah alone sebab arwah ayah uzur and mama pun tak sihat. Tapi sebelum naik atas mama tak habis-habis pesan “doa minta jodoh tau. Jangan lupa“
Sampai atas I was stunt dengan kecantikan view. Tenangnya hati. I looked around leka tengok gelagat orang-orang and terus mengelamun sebab hati sungguh tenang. Sambil mengelamun terpikir “apa nak doa ni? Ramai orang pesan kat Mekah jangan salah doa. Sebab doa makbul” masa tu i realised i always asked Allah for macam-macam.
Tapi tak sedar diri i selalu lupa Dia. Tiba-tiba rasa malu nak berdoa. Allah nak dengar ke? Malunya dengan Allah. Sebab rasa seperti Allah sungguh dekat and He was looking at me.
Tengah bercakap-cakap dengan hati sendiri tiba-tiba arwah ayah berdiri slightly behind me sambil menadah tangan. I was shocked sebab arwah ayah sakit kaki and susah untuk naik tangga sendiri. “Alamak why is here?” I talked to myself.
Ayah Dah Aminkan Doa Kakak..
Arwah ayah sangat strict dengan kami. So at first i thot dia datang nak marah sebab lambat sangat berdoa and bus kami dah nak bergerak. I pon tadah tangan dan berdoa minta yang terbaik dari Nya kerana Allah lebih Maha Mengetahui. And bila habis sapu muka dengar Arwah ayah cakap “Amin”.
I left Jabal Rahmah feeling so tenang sebab i serahkan semuanya to Allah dengan rasa gembira. Sampai dalam bus i heard arwah ayah said to mama “i dah amin kan doa kakak” Sedihnya hati.
Just months later, on Ramadhan i met my husband. Arwah ayah was very happy. I was happy too that he love my husband. Tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin dia tanya pulak bila nak dapat anak. And sabar tunggu nak dapat cucu.
Alhamdulillah Arwah Ayah dapat merasa pegang cucu. Setiap hari mesti datang ke rumah nak tengok. About 100 days lepas @khalifafahrel lahir Ayah left us(18.1.2017)*last pic taken a day before ayah pergi. AlFatihah. I miss u.
MW : Al Fatihah.. semoga roh arwah ayah Elena Hani ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.