Ibu Cedera Parah, Bergelut ‘Lawan’ Harimau Demi Selamatkan Anak Usia 15 Bulan. Kasihnya ibu tiada tandingannya dan tak terjangkau fikiran, sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri, mempunyai ‘keberanian’ dan kekuatan luar biasa hanya demi menyelamatkan anak tersayang.
Tanpa berfikir panjang akan keselamatan diri, seorang wanita di negeri Madhya Pradesh, India mengalami kecederaan serius selepas bertarung dengan seekor harimau ketika mahu menyelamatkan bayinya yang berusia 15 bulan, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
Bergelut Dengan ‘Tangan Kosong’
Mangsa, Archana Choudhary, bergelut dengan haiwan buas itu menggunakan tangan kosong selama beberapa minit sebelum penduduk kampung mendengar jeritannya meminta pertolongan dan mula campur tangan.
Kedua-dua ibu dan anak itu kini sedang menerima rawatan di hospital.
Diserang Sewaktu Bermain Di Padang
Serangan tersebut berlaku pada Ahad lalu di pinggir Rizab Harimau Bandhavgarh ketika Archana dan anak kecilnya sedang bermain di sebuah padang.
Ads
Akhbar The Times of India melaporkan harimau itu telah membenamkan giginya ke dalam kepala bayi tersebut dan cuba menarik kanak-kanak itu apabila ibunya mula melawan haiwan tersebut.
Jeritan si ibu meminta tolong menarik penduduk kampung dari kawasan berhampiran yang datang membawa kayu dan menghalau harimau kembali ke dalam hutan.
Cedera Parah Bergelut Dengan Harimau
Archana dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian paru-paru dan luka-luka di badan, manakala anak lelakinya luka pada kepala.
Seorang doktor memberitahu bahawa luka pada badan kanak-kanak itu tidak serius, namun kecederaan lebih serius dikesan pada ibunya.
Ads
Pakar bedah awam, Dr. Misthi Ruhela berkata, ibu dan anak itu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan telah diberi suntikan anjing gila.
Mingguan Wanita: Begitulah kasih ibu, tanpa berfikir panjang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan anak sendiri. Semoga wanita ini dan anaknya cepat sembuh.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaknya baca catatan Norman Hakim dari Mekah untuk anak Abby Abadi dan Muhamad Faizal Zakaria, Baby D yang menghembuskan nafas terakhirnya selepas Isyak waktu Mekah.
Dekat dua bulan, Baby D atau nama sebenarnya Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhamad Faizal bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh akhirnya pulang ke kampung akhirat kerana komplikasi hati.
Kongsi Norman,
“Salam Tahajud dari Makkah Baby D sayang..”
Walau papa, mummy, abang-abang dan kakak-kakak semua tak pernah bertentang mata dan tak pernah dapat peluang belai Baby D kecuali abah dengan mama, tapi kami sangat-sangat menyayangi Baby D tau. Hari-hari dengar progress Baby D dari abah dan mama.
Dan sekarang Baby dengan izinNya dah pun ke syurga tinggalkan kami dulu. Antara asbab untuk Baby D bawa abah @jaiezzany dan mama @abby_abadi112 ke syurga jugak nanti.
Bangkit Dari Tahajud, Rasa Macam Mimpi
Semalam rasa macam mimpi bila abah bagitau yang Baby D dah tak ada tinggalkan kami lepas Isyak waktu Makkah.
Hari ni bangkit dari tahajud, pun rasa mimpi jugak tapi bila bukak IG tengok comment dan tengoka ramai yang mendoakan dan sedekahkan Baby D Al-Fatihah memang kenyataan Baby D dah takde, dah tinggalkan kami semua.
In shaa Allah selesai umrah, bila balik Malaysia nanti kitaorang ramai-ramai akan ziarah Baby D kat pusara nanti.
Tunggu kami datang ya sayang. In shaa Allah kita jumpa lagi nanti betul-betul kat syurga (kalau tak jumpa, selain dari abah dan mama, tolong cari kami nanti jugak tau sayang).
AL FATIHAH buat Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhamad Faizal (27/9/19 – 7/11/19).
Terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang baik budiman kesayangan Allah SWT dan rasulullah s.a.w di atas ucapan dan doa-doa yang dikirim buat Baby D.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Abby Abadi dan Jai Ezzany. Tentunya ada hikmah yang besar di sebalik dugaan ini.
Satu demi satu kes curang artis tular di laman sosial dan kali ini isteri kepada pelakon, Ammar Alfian pula terlanjur dedah kisah peribadi.
Isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam memuat naik status di akaun insta miliknya mendakwa suaminya telah berlaku curang ketika dia sarat mengandung enam bulan. Tulisnya…
“Ramadan kali ini saya diuji dengan cara yang saya tak pernah duga saya akan diuji.
“Suami yang saya kahwini selama tiga tahun bertindak curang ketika saya sedang mengandung enam bulan.”
Sebab Marah Dan Sakit Hati
“Bukanlah cara saya untuk mendedahkan kepada publik tentang kisah peribadi. Ia tercetus kerana perasaan marah dan sakit hati. Lukanya masih baru dan emosi saya didorong oleh situasi saya yang sedang berbadan dua. Bagaimanapun, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu.
“Ini waktu yang sukar bagi saya dan keluarga saya,” Nelissa Nezam yang menyifatkan perbuatannya membuka kisah rumah tangganya ekoran perasaan marah dan sakit hati menerusi Instastory.
Malah, wanita itu akui situasi yang berlaku amat sukar bagi dirinya dan keluarga. Petang semalam, Nelissa tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya curang ketika dia sedang hamil anak sulung mereka.
Nelissa berharap kemelut rumah tangganya boleh diselesaikan antara dia dan suami dengan baik.
“Saya sangat menghargai sokongan anda semua tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini secara privasi dan saya mengutamakan kandungan bayi saya. Semoga saya dan Ammar akan menyelesaikan masalah ini antara kami berdua dan sesungguhnya mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik,” tambahnya.
Luahan Dari Ammar Alfian
Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Ammar berkata isterinya iaitu Nelissa Nezam turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan berkenaan di media sosial.
“Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.
“Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
“Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya,”luah Ammar.
Sedikit rumit bila diketahui orang luar namun MW mendoakan moga pasangan ini dapat selesaikan masakah rumahtangga dengan cara yang lebih manis. Seperti yang diketahui umum, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kandungan ini merupakan kehamilan pertama Nelissa semenjak berkahwin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lama dah mencari resepi bulgogi (daging BBQ Korea) cara yang mudah disediakan dan yang penting sedap. Ini resepi lengkap yang disediakan oleh Puan Khadijah Jaafar (Dapur LAZZ). Sambil layan drama Korea boleh ‘ngap’ penuh kenikmatan. Paling best, tekak Melayu pun boleh layan.
“Ini lauk kegemaran anak-anak. Diratah macam itu saja. Jom layan resepinya. Sayurnya boleh diolah ikut citarasa.”
Puan Khadijah Jaafar
Bahan-bahan Bulgogi (Daging BBQ Korea)
500 gram daging, hiris nipis
1/4 cawan Kicap Soya Cair
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu besar Gula Perang
1 batang Lobak Merah, hiris halus
1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – tak ada pun tak apa
Sedikit garam
Bijan disangai
Sila Ikut Step Memasak Ini
Masukkan semua bahan kecuali lobak, enoki & tau meu.
Perap selama 1-2 jam.
Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
Sebelum angkat, masukkan hirisan lobak, tau meu & enoki dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang. Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...