Ibu Bersalin Bertarung Nyawa Hidup Atau Mati, Jagalah Emosinya Dari Hamil Hingga Melahirkan

Seorang wanita yang bakal bersalin, sebenarnya dia sedang berdepan satu saat antara hidup atau mati. Itulah antara pesan ibu, Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak.

Pada Isnin, 11 March 2019, Da’i Hamidah selamat melahirkan anak sulungnya. Melalui tempoh 44 hari berpantang meninggalkan kesan yang amat mendalam pada emosi juara Da’i Pendakwah Milenia 2015 ini.

Katanya di instagram miliknya, “Alhamdulillah bersyukur sangat dipermudahkan segala urusan mengandung 9 bulan dan melahirkan.”

Walaupun dah habis 44 hari berpantang, masih tak dapat lupa betapa sakitnya “melahirkan” mungkin first time kot jadi masih teringat-ingat.”

Saya teringat juga pesanan mak saya ketika saya mengandung, kata mak wanita nak melahirkan ni dia akan berdepan antara hidup atau mati. Jadi dia perlu dijaga dengan baik dan tidak boleh mengganggu emosi isteri yang sudah terganggu emosinya kerana mengandung.”

Ketika itu, saya kurang faham, saya rasa biasa saja.

Ads

Tapi setelah saya melaluinya sendiri baru saya sedar sakit bersalin tu sakit yang tidak mampu diungkapkan dan sukar diceritakan hanya Allah Azza Wajalla sahaja yang tahu.

 

Ibu Bersalin Bertarung Nyawa Hidup Atau Mati, Jagalah Emosinya Dari Hamil Hingga Melahirkan

Hargailah Pengorbanan Isteri, Sayang Dan Layani Sebaiknya

Oleh itu, hargailah pengorbanan isteri, sayangilah mereka dan layanilah mereka sebaik mungkin. Sesungguhnya mereka amanah Allah dan Ingatlah ketika saat lafaz sakinah diungkapkan dulu, harapan ibu bapanya agar insan yang mengambil alih tanggungjawabnya itu menggalas amanah Allah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.

Ads

Tiada yang lebih membahagiakan mereka melainkan melihat anaknya juga turut bahagia menjalani kehidupan berumahtangga diringi rahmat dan redha Ilahi.

Terima kasih suami menjaga saya dengan baik dan terima kasih mak, ummi dan ayah menjaga saya sebaik mungkin. Semoga Allah Taala pelihara kita semua dan elakkan dari perkara yang tidak diingini.”

 

Ads

Ibu Bersalin Bertarung Nyawa Hidup Atau Mati, Jagalah Emosinya Dari Hamil Hingga Melahirkan

Anak Anugerah Terindah..

SubhanaAllah Alhamdulillah AllahuAkbar.
Alhamdulillah ya Allah.

Syukur ke hadrat ilahi atas anugerah terindah ini ya Allah. Alhamdulillah atas kebesaranMu Ya Allah permudahkan urusan saya melahirkan anak pertama kami pada Hari Isnin 11.3.2019. Semoga anak ini bakal menjadi insan yang bertaqwa dan menjadi permata ummah serta mata rantai kepada perjuangan Islam. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih sangat-sangat untuk doa dari suami,ayah, ummi mak, adik beradik dan semua yang mendoakan.

Mohon doa semoga permata kami ini sentiasa sihat dan selalu dalam lindungan Allah Taala. Jazakumullah khoir. Semoga Allah Taala merahmati kita semua.

Sumber/Foto : Da’i Hamidah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI