Ibu Beri Bayangan, Neelofa Sudah Dirisik PU Riz

Share

Hari ini, Ahad menerusi insta story ibu pengacara terkenal Neelofa, Nor Kartini Noor Mohammed memberi bayangan. Seakan anak ketiganya sudah pun dirisik guru, pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz.

Dikatakan, keluarga selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menerima kunjungan PU Riz. Dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti itu. Bagi menyempunakan acara merisik.

Majlis yang berlangsung sederhana itu dihadiri jumlah tetamu dari kalangan keluarga terdekat, yang terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kira-kira 20 orang tetamu yang hadir.

Sementara di insta story ibu Neelofa berkongsi berita gembira mengenai anaknya,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayangan ku..

Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya. Yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menkadi tetamu istimewamu di syurga mu nanti. Intan permatuku, setiap detik dan setiap saat mama love you very much

.”
Neelofa juga memberi gambaran, memohon doa agar dipermudahkan urusan pada hari ini,

Bakal Disatukan Penghujung Mac 2021

Sumber keluarga memaklumkan, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Keduanya difahamkan akan disatukan sebagai suami isteri penghujung Mac 2021 nanti. Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Hubungan kedua pasangan selebriti ini mula hangat diperkatakan apabila kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon dalam majlis perkahwinan adik Neelofa baru-baru ini.

Baca sini : Dari gadis litar ke niqab, bukan mudah ujian nak jadi baik, akhlak perlu selari dengan pakaian.

Bagaimana pun sehingga saat ini, Neelofa masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai majlis merisik yang dikaitkan dengannya itu.

Sumber/Foto : Noorkartini, Astro Awani, Berita Harian

Published by
NETTY AH HIYER