Hiburan

Ibu Bella Astillah Titip Pesan, “Jika Lelaki Itu Menyakitimu Pulanglah Ke Pangkuan Keluarga…

Share

Ibu Bella Astillah titip pesan, “jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluarga. Tiada ibu yang sanggup melihat anak disakiti. Bukan sekali tapi berkali-kali  tambahan jika ia berkait dengan isu rumahtangga.

Saat anak terkait kontroversi diuji apabila pasangan ditangkap khalwat, ibu kepada Bella Astillah, Zarina Astillah menitipkan kata-kata semangat buat anaknya.

Ibu Bella Astillah Titip Pesan

Zarinah atau lebih mesra disapa Eina berkata, keluarga sentiasa ada bersamanya dalam keadaan suka dan senang.

“Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah pangkuan keluargamu, mereka akan selalu ada untukmu,” kongsinya.

“Jika Lelaki Itu Menyakitimu Pulanglah Ke Pangkuan Keluarga…

Eina berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada malam Ahad.

Memetik laporan MStar,  Eina berkongsi Bella memeluk erat seorang lelaki sambil menangis dipercayai ahli keluarganya ketika disambut di sebuah lapangan terbang.

Eina turut meletakkan kapsyen dengan emoji hati berwarna merah pada hantaran berkenaan.

Pada awal pagi Sabtu lalu, aktres Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kelibat Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, turut kelihatan di Jawi pada pukul 2.40 pagi dipercayai ada kaitan dengan penangkapan suaminya.

Alif dan Ruhainies yang ditahan di Jawi bagi tujuan siasatan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Ruhainies dan Aliff kini sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isteri Paling Gembira Aliff Juara GV8 “Bangga Keberanian, Ketenangan. Berbaloi Penat Lelah Awak”

Aliff Aziz Berdepan Sakit Mistik, Bella Sedia Terima Kembali Bekas Suami

Bella Astillah Hamil Anak Kedua, Sudah Rujuk Dengan Aliff Waktu Dalam Eddah

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros