Suri bekerja waktunya di rumah lebih terhad. Tak sampai 24 jam pun ada dalam rumah. Malah, sebahagian masanya akan dihabiskan di tempat kerja. Memang masa untuk mengemas itu jadi terhad. Boleh kira waktunya.
Letih itu jangan ceritalah. Kalau serabut sangat di tempat kerja, dia punya pening tu boleh bawa sampai ke rumah. Mana nak mengemas, mana nak urus anak-anak.
Bila hal macam ini jadi, sebaiknya ibu bekerja perlu ada jadual pengurusan masa yang betul. Tak ada lah nanti, balik rumah sesak nafas tak cukup tangan sebab tak tahu nak mulakan kerja yang mana satu dulu.
Sampai satu tahap, semua ibu bekerja rasa penting. Takkan nak buat semua sekali serentak.. bengkok lah badan ibu nanti. Dahlah cari duit tambahan pun ibu nak kena buat juga.
Jangan lah pening-pening kepala, sebab praktikal ’Cara Sempat Berkemas Untuk Ibu Yang Bekerja’ dah pun dibuktikan kejayaannya oleh Noorfazila Binti Abdul Rahman ini.
Macam mana ibu hebat ini boleh settle semua kerja rumah dengan cepat sebelum melangkah ke tempat kerja. Ini panduan yang beliau kongsikan.
1. Sebelum tidur sediakan bahan nak masak untuk pagi esok (potong siap-siap bawang dan bahan, bahan basah turunkan ke chiller).
2. Kemas rumah sebelum tidur.
3. Sebelum tidur wajib juga bersihkan sinki dan dapur bersih-bersih nanti senang bangun pagi boleh terus menumis dan mula masak.
4. Kalau larat sapu rumah sekali. Nak mudah lagi boleh sapu sebelum tdo.
5. Sediakan beg baju nak hantar ke pangasuh letak tepi pintu nak mudah hari Isnin sediakan baju untuk seminggu terus dan EBM (susu perahan) dah tuang siap-siap dalam botol ikut sekali minum lepas tu letak dalam chiller, esok pagi tinggal masukkan dalam cooler bag dan icepack.
6. Bangun je tidur terus masuk baju dalam mesin basuh tekan on terus mula masak.
7. Kalau saya, saya akan tenggek nasi dulu sebelah dapur lagi boleh terus tumis untuk masak lauk. Macam see pula, anak saya yang kecil suka makan telur rebus jadi saya akan rebus telur dulu sebelum masak lauk lain.
8. Biasa kalau dah siap potong bahan kejap je tak sampai setengah jam dah siap. Kol 5.30 atau 5.45pagi bangun pun sempat lagi.
9. Bila semua dah masak, matikan dapur terus mandi dan bersiap.
10. Lepas solat boleh sidai baju.
Semua dah siap!
Rumah dah kemas, lauk dah masak, baju dah sidai, beg dah siap, rumah dah bersih. Nak mop lantai, mop waktu weekend. In sya Allah walaupun kita bekerja rumah tetap akan terurus walaupun tak sesempurna ibu yang surirumah.
Yang penting RAJIN!
Sumber/Foto : Noorfazila Binti Abdul Rahman