Ibu Bekerja Cari REZEKI Bukan Punca Anak Kurang Perhatian, Hentikan Rasa Bersalah!

Share

Keluar pagi, balik petang atau malam, itulah rutin mak ayah yang bekerja, cari rezeki untuk keluarga. Kadang-kadang, seharian tak jumpa anak, mulalah rasa bersalah sebab tak dapat luangkan masa bersama anak-anak.

Bagi yang ibu yang bekerja, rasa bersalah pun ada dan anggap anak kurang perhatian kerana ibu keluar cari rezeki. Sedar-sedar anak dah membesar, cepatnya masa berlalu.

Perasaan rasa bersalah itu memang tak dapat lari bagi setiap mak yang bekerja. Sedangkan mak yang tidak bekerja boleh fokus pada anak seratus peratus. Bila sibuk dengan kerja tak dapat nak fokuskan pada anak, lebih teruk anak memberontak dan mulalah menyalahkan anak-anak.

Baik ibu yang bekerja jangan cepat rasa bersalah pada diri kerana tidak dapat berikan tumpuan pada anak-anak. Semua ini adalah aturannya. Bekerja untuk membantu keluarga dan pada masa yang sama ingin menjadi ibu yang terbaik.

Dr Redza Zainol turut berkongsi pengalamannya ketika merawat seorang pesakit dan kekecewaan yang dialami oleh seorang ibu kerana dia bekerja, tidak dapat beri perhatian pada anak-anak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suri Rumah Tangga Atau Ibu Bekerja, 10 Cara Ini Akan Mudahkan Mak-mak Buat Kerja Lagi Laju

Jangan Sibuk ‘Judge’ Urusan Rumahtangga Orang, Buat Yang Termampu, Bahagialah Cara Kita

Info Lebih Menarik DI SINI

Usah Rasa Bersalah, Ada Kebaikannya

Pernah saya jumpa seorang ibu dan anaknya di klinik kanak-kanak sebab dia masih belum boleh bercakap.

Sesi kami agak lama sebab untuk kes begini saya akan bertanya itu ini pada ibunya. Sambil dia ni bercerita, saya perasan yang ibu ni makin serba tak kena.

Dari satu ayat ke satu ayat, penuh dengan nada kecewa. Muka berkerut dan nampak kusut.
Saya pun sambung mendengar sampailah dia kata,

“Saya sebenarnya sibuk sangat kat tempat kerja. Balik rumah dah penat sangat. Saya biar je dia tengok TV.

Saya rasa dia tak dapat perhatian yang secukupnya dari saya. Saya banyak biarkan dia dengan nenek dia. Saya rasa saya yang tak pandai nak besarkan dia.”

Lambat sungguh baru saya nak tersedar.

Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca anaknya masih belum boleh bercakap.

Saya terangkan baik baik pada dia, ada bermacam sebab lain sampai anak boleh jadi macam ni. Dia pandang pada saya, nampak dia sedikit lega.

Ujian Buat Ibu-ibu

Besar sungguh ujian kaum ibu ni.

Ada hari berkejar-kejar tak sempat masak dan hanya jamu anak dengan masakan dari kedai, dah terasa seperti ibu yang gagal.

Susu badan tak cukup sampai terpaksa susukan anak dengan susu tepung, boleh timbul rasa seperti ibu yang gagal.

Keluar bekerja sebab nak bantu tambah pendapatan keluarga tapi pada masa yang sama tak dapat nak besarkan anak di depan mata. Ada yang terasa seperti ibu yang gagal.

Kita tak duduk dalam kasut mereka, kita tak tahu sisi hidup ibu-ibu ni. Sebutlah yang baik baik pada mereka.

Untuk ibu di luar sana, berhentilah rasa bersalah. Keluar mencari rezeki dan membantu suami, tak sedikit pun mengurangkan kebaikan kalian sebagai seorang ibu.

Kalian dah buat sehabis baik untuk keluarga. Anda ibu yang baik.

Mingguan Wanita : Ibu yang bekerja belum tentu anak tidak boleh dapat kasih sayang dan perhatian pun. Malah, ibu yang tidak bekerja atau surirumah, juga belum pasti akan dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya. Renung-renungkan.

Sumber: Dr. Redza Zainol

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora