Keluar pagi, balik petang atau malam, itulah rutin mak ayah yang bekerja, cari rezeki untuk keluarga. Kadang-kadang, seharian tak jumpa anak, mulalah rasa bersalah sebab tak dapat luangkan masa bersama anak-anak.
Bagi yang ibu yang bekerja, rasa bersalah pun ada dan anggap anak kurang perhatian kerana ibu keluar cari rezeki. Sedar-sedar anak dah membesar, cepatnya masa berlalu.
Perasaan rasa bersalah itu memang tak dapat lari bagi setiap mak yang bekerja. Sedangkan mak yang tidak bekerja boleh fokus pada anak seratus peratus. Bila sibuk dengan kerja tak dapat nak fokuskan pada anak, lebih teruk anak memberontak dan mulalah menyalahkan anak-anak.
Baik ibu yang bekerja jangan cepat rasa bersalah pada diri kerana tidak dapat berikan tumpuan pada anak-anak. Semua ini adalah aturannya. Bekerja untuk membantu keluarga dan pada masa yang sama ingin menjadi ibu yang terbaik.
Dr Redza Zainol turut berkongsi pengalamannya ketika merawat seorang pesakit dan kekecewaan yang dialami oleh seorang ibu kerana dia bekerja, tidak dapat beri perhatian pada anak-anak.
Pernah saya jumpa seorang ibu dan anaknya di klinik kanak-kanak sebab dia masih belum boleh bercakap.
Ads
Sesi kami agak lama sebab untuk kes begini saya akan bertanya itu ini pada ibunya. Sambil dia ni bercerita, saya perasan yang ibu ni makin serba tak kena.
Dari satu ayat ke satu ayat, penuh dengan nada kecewa. Muka berkerut dan nampak kusut. Saya pun sambung mendengar sampailah dia kata,
“Saya sebenarnya sibuk sangat kat tempat kerja. Balik rumah dah penat sangat. Saya biar je dia tengok TV.
Saya rasa dia tak dapat perhatian yang secukupnya dari saya. Saya banyak biarkan dia dengan nenek dia. Saya rasa saya yang tak pandai nak besarkan dia.”
Lambat sungguh baru saya nak tersedar.
Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca anaknya masih belum boleh bercakap.
Ads
Saya terangkan baik baik pada dia, ada bermacam sebab lain sampai anak boleh jadi macam ni. Dia pandang pada saya, nampak dia sedikit lega.
Ujian Buat Ibu-ibu
Besar sungguh ujian kaum ibu ni.
Ada hari berkejar-kejar tak sempat masak dan hanya jamu anak dengan masakan dari kedai, dah terasa seperti ibu yang gagal.
Susu badan tak cukup sampai terpaksa susukan anak dengan susu tepung, boleh timbul rasa seperti ibu yang gagal.
Keluar bekerja sebab nak bantu tambah pendapatan keluarga tapi pada masa yang sama tak dapat nak besarkan anak di depan mata. Ada yang terasa seperti ibu yang gagal.
Ads
Kita tak duduk dalam kasut mereka, kita tak tahu sisi hidup ibu-ibu ni. Sebutlah yang baik baik pada mereka.
Untuk ibu di luar sana, berhentilah rasa bersalah. Keluar mencari rezeki dan membantu suami, tak sedikit pun mengurangkan kebaikan kalian sebagai seorang ibu.
Kalian dah buat sehabis baik untuk keluarga. Anda ibu yang baik.
Mingguan Wanita : Ibu yang bekerja belum tentu anak tidak boleh dapat kasih sayang dan perhatian pun. Malah, ibu yang tidak bekerja atau surirumah, juga belum pasti akan dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya. Renung-renungkan.
Tinggal beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam bakal meraikan 1 Syawal. Dalam kegembiraan, terselit kesayuan mengenangkan Ramadan yang penuh keberkatan bakal berlalu pergi.
Semoga kita semua dikurniakan kesempatan dan usia untuk bertemu lagi Ramadan akan datang, insya-Allah.
Persiapan
Bab persiapan raya memang antara topik paling hangat kala ini. Pasti ada yang masih membuat persiapan saat-saat akhir. Bagi yang berkemampuan, pasti awal-awal lagi sudah pun membeli atau menempah baju raya, sama ada untuk diri sendiri mahu pun anak dan suami. Malah ramai yang memilih untuk bergaya sedondon satu keluarga. Lagi meriah katanya!
Kebiasaannya, bergaya sedondon untuk satu keluarga kecil tak jadi masalah, hanya melibatkan suami, isteri dan anak-anak saja. Tapi, kalau melibatkan keluarga besar yang masing-masing sudah berkeluarga, agak sukar sebenarnya.
Untuk penulis sendiri, lebih 14 tahun menggayakan pakaian sedondon untuk keluarga besar kami, keluarga Abu Bakar dan Rabiah.
Sepakat
Kami bertujuh beradik perempuan, jadi lebih mudah untuk sepakat dalam membuat sebarang keputusan. Masing-masing akan pastikan anak-anak dan suami akan menurut tema warna yang ditetapkan.
Tradisi berbaju sedondon ini bermula selepas kami mencari baju sedondon untuk majlis perkahwinan adik ketiga. Rasa seronok pula bergaya sedondon beramai-ramai. Akhirnya sejak itu, saban tahun, kami bergaya sedondon walau pun tahun itu giliran di rumah mentua masing-masing. Kecuali ada yang sedang mengandung, biasanya akan ‘simpan’ kain baju itu untuk ditempah selepas bersalin nanti.
Kami sudah terbiasa digelar kumpulan boria atau kumpulan nasyid bila menziarahi rumah saudara mara secara konvoi. Malah ada yang tertunggu tunggu tahun itu kumpulan boria kami pakai baju warna apa pulak. Bila ada kenduri saudara mara terdekat, kami akan berpakat untuk menggayakan mana-mana baju sedondon kami.
Disertakan tip sekiranya ingin bergaya sedondon:
1.Sangat Penting! Walau pun adik-beradik, tak semestinya kemampuan kewangan kita juga sama. Jadi berbincang dengan adik-beradik dahulu bajet masing-masing. Bila bajet dipersetujui, barulah boleh teruskan. 2.Rancang dari awal agar mudah mengatur bajet lebih-lebih lagi bagi yang ada anak ramai. Atau boleh juga buat sistem bayar berperingkat, ala-ala ‘kutu’ agar tak terbeban sangat. 3.Pilih salah seorang untuk ditugaskan survey seterusnya membeli/menempah baju dan duit boleh diberikan kepadanya. 4.Untuk jimat, boleh pilih baju siap yang banyak terjual di pasaran. Harga pun boleh pilih ikut suara ramai. 5.Ia bukan ‘wajib’ sekadar nak tambah kemeriahan di hari raya. Jadi, sekiranya ada yang tak mampu, jangan pula sampai timbul pertelingkahan!
Apa Kelebihan Pakai Sedondon?
Gambar raya nampak lagi cantik sebab warna seragam.
Bila ke mana-mana, akan jadi perhatian kerana pakai baju ‘sepapan’.
Kalau anak ‘hilang’ bila berada di sebuah rumah yang ramai tetamu, senang nak tahu siapa mak ayahnya berdasarkan baju yang dipakai.
Sekadar nak memeriahkan suasana sambutan raya, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap kali pakai baju itu, teringat pada adik beradik yang lain.
Memudahkan bila ada kenduri kendara, boleh menggayakan pakaian sedondon yang sedia ada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada suami ini, mengadu masalah rumah tangganya dengan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun. Dua tahun suami yang menderita ini hidup dengan isteri yang dikatakan pemalas, tak pandai masak malah tak reti berhias.
Siap nak minta tukar isteri. Tak sanggup nak teruskan hidup dengan isterinya sekarang. Dan ini jawapan ustazah.
Tukar Isteri
“Isteri saya tak seperti orang lain, dengan pemalasnya, tak pandai masaknya, tak pandai berhiasnya, bercakap pun kasar, muka asyik masam…bla.bla… Saya rasa macam tak boleh nak terus hidup dengan dia lagi, ni baru dua tahun, kalau nak terus sampai puluh tahun tak tahulah azabnya hidup saya, mungkin saya perlu cari perempuan yang lebih sesuai dijadikan isteri“.
“Terpulang pada encik. Tapi saya rasa encik akan cari isteri sepanjang hidup, dan mungkin encik takkan jumpa ‘isteri’ sampai mati..”.
“Kenapa pula ustazah, teruk sangat ke saya, salah ke nak tukar isteri ?”
“Saya tak cakap encik teruk. Pertama, encik mungkin mencari wanita yang sempurna, maka memang encik takkan jumpa sampai bila². Kerana manusia tiada yang sempurna“.
“Kedua, encik sebenarnya bukan cari seorang isteri, tapi seorang hamba suruhan atau pekerja.
Bukti Lemahnya Suami Yang Gagal Didik Seorang Isteri
Seorang pekerja yang dibayar gaji untuk setiap kerjanya pun belum tentu dapat memenuhi kehendak kita. Apatah lagi seorang isteri yang diminta buat itu ini tanpa diberi gaji, bahkan kadang dibalas dengan cemuhan, perbandingan, hinaan dan lain-lain”.
“Ketiga, Isteri adalah rakan kongsi hidup, kekasih hati, tempat saling menumpahkan sayang, bukan pengurus hidup encik. Encik dah tua kan, dah boleh urus hidup sendiri, kenapa bila dah kahwin tak boleh urus sendiri. Rumahtangga adalah penyatuan lelaki dan wanita sebagai tempat berkongsi segala-galanya. Jangan nak kongsi makan sama, sediakan makan pun sama-samalah. Nak kongsi bilik dan rumah yang bersih je, kongsi jugalah kerja rumah tu. Nak kongsi anak je, sama-sama la kongsi bab jaga anak tu.. ”
“Keempat, encik datang mengadukan aib isteri, sebenarnya tanpa sedar encik sedang mengadukan kelemahan diri sendiri kerana gagal mendidik seorang isteri“.
Pickup Line Suami Untuk Isteri Ini Tersangatlah Sweet
Suami yang sangat sweet apabila dia hantarkan wassap sekali sekala,
“awak, jangan lupa solat awal waktu, kerja memang tak habis, tapi umur kita akan habis..”.
“awak, jangan lupa baca AlQuran tu, sekarang saya ada untuk awak, tapi dalam kubur alQuran adalah teman yang setia..”
“awak, jaga aurat ya.. Awak cantik sangat bila tutup semua, kerana kecantikan sebenar apabila menarik pandangan Allah dan para Malaikat, bukan pandangan manusia. Cukuplah awak untuk saya..”
Pasangan muda, tolong ingat satu perkara ni,
Perkahwinan dibina atas dasar cinta, tapi keluarga bahagia dibina atas dasar tangungjawab.
MW : Bersyukurlah wahai suami, isteri itu untuk kau didik.. bukannya bila dia buat salah suami herdik dan lepas tangan.
Bila masalah makin menghimpit, kita cari jalan penyelesaian istighfar sebanyak-banyaknya. Masalah tetap juga menghimpit, rasa susah tak mahu juga hilang. Kita mula cari salah dengan amalan sendiri.
Hakikatnya, kita tak faham apakah sebaik-baik amalan istighfar itu. Penjelasan Ustazah Asma Harun berkaitan istighfar buat kita tersedar. Kerana, seperti dalam kalam Ulama’, istighfar yang lalai boleh diumpamakan seperti kita mengejek Allah.
Istighfar Lebih 1000 Kali Sehari, Tapi Masih Tak Nampak Jalan Keluar
“Ustazah, saya dah buat semua tips ustazah bagi, malah saya tambah lagi jumlah istighfar tu buat 1000x sehari. Tapi kenapa masalah masih tak nampak jalan keluar, malah bertimpa-timpa, rezeki pun masih sempit.”
“Puan faham tak maksud istighfar? ”
“Iya faham, daku mohon ampun ya Allah.”
Ini Sebenar-benar Istighfar Yang Mak Ayah Kena Hadamkan
“Maaf puan, jangan kecik hati ya.. Puan dah mohon ampun dengan Allah atas dosa kesilapan sampai beribu kali sehari, dan jika puan betul ikhlas dengan Allah, bukan gunakan istighfar sebab nak selesai masalah atau rezeki, InsyaAllah antara manfaat pertama puan dapat daripada istighfar akan mula rasa bersalah bila buat maksiat, contohnya dedah aurat.
Akan mula labuhkan tudung menutupi dada bahagian depan, kiri dan kanan juga ya, tak pakai ketat dan jarang, lengan dan kaki juga ditutup. Jika mampu kurangkan solekan di wajah, bimbang solat tak sah jika tak betul-betul bersih, jika solat tak sah, nak harap apa lagi, itulah sebesar-besar istighfar.
Apabila Allah dah nampak kita bukan istighfar dengan lidah sahaja, tapi dari hati dan dibuktikan dengan perbuatan, Allah ya Fattah akan membuka satu persatu belenggu masalah kita.”
Allah ya Allah… Kadang nak keluar ayat ni memang susah sangat, bimbang orang kecik hati. Selalunya bergema dalam hati sahaja.
Istighfar yang lalai ituumpama kita mengejek Allah.. (kalam Ulama’)
~ iaitu istighfar/mohon ampun hanya pada lidah dan berterusan melakukan maksiat tanpa rasa berdosa.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...