Ibu bawa anak kecil main flying fox di KKB, denda rm20,000 & penjara 10 tahun atau keduanya jika sabit salah. Sejak semalam, tular berita seorang ibu disiasat membawa anak kecilnya menaiki flying fox di Kuala Kubu Bharu.
Ramai menyifatkan keseronokan seketika diciptanya boleh membahayakan nyawa ibu dan anak tambahan pada usianya kecil anak, menaiki flying fox adalah tidak sesuai.
Ditambah tiadanya pemakaian helmet sebagai langkah keselamatan (boleh dilihat pada banyak video di up sebelum ini melibatkan kawasan ini bahkan ibu tersebut juga tidak memakainya), bahkan hanya satu tali saja yang diikat pada badan.
Tak salah untuk mencipta keseronokan bersama anak-anak tapi satu perkara yang mak ayah harus tahu ialah kerajaan telah mengubah akta bagi keselamatan anak-anak itu sendiri.
Berdasarkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah pihaknya ada menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.
“Kita telah membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Mak Ayah Sibuk Nak Ber’Me Time’, Sudahnya Anak-anak Yang Terabai
Apa yang mak ayah kena tahu tentang Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 ini?
Untuk pengetahuan mak ayah, kes penderaan kanak-kanak dan pengabaian di negara ini telah mendapat perhatian dari kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya.
Secara semulajadi, ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan dan memastikan anak-anak mereka dalam keadaan selamat, namun adakah mereka sedar tentang dasar-dasar kerajaan yang wujud berhubung penjagaan kanak-kanak serta hak anak-anak mereka?
Di bawah dasar ini, ibu bapa yang didapati bersalah menyalahgunakan atau mengabaikan anak-anak mereka harus menerima hukuman berat. Di mana Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Jadi untuk berseronok bersama anak-anak tak salah tapi fikirkan keselamatan mereka juga.
Ini kerana sebelum isu ini tular, sudah ramai yang bertanya tentang langkah keselamatan permainan flying fox yang merentas jambatan tertinggi di Rawang itu dan ada ramai juga individu yang mempertikaikan langkah keselamatan disediakan oleh pihak yang mengendalikan permainan ini. Namun ia sering kali dipandang sepi sebaliknya semakin banyak video keseronokan dipaparkan.
Selepas isu ini tular dan polis menjalankan siasatan seorang individu yang mencuba permainan ini mengakui mencuba permainan ini adalah berdasarkan risiko tanggung sendiri kerana tiada insuran disediakan pihak yang menyediakan perkhidmatan ini.
Dalam istilah lain, sendiri cuba sendiri tanggung kalau jadi apa-apa.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI