Ibu baru bersalin 4 hari terpaksa tidur dalam kereta, tiada tempat tinggal. Tular di media sosial, gambar seorang ibu muda berpantang di dalam kenderaan di Sungai Petani akibat tiada tempat tinggal.
Difahamkan, ibu tersebut baru melahirkan sejak 4 hari lalu dan terpaksa berpantang di dalam kenderaan di hadapan Masjid Sd Ria, Sungai Petani sebelum kes mereka ditularkan di media sosial.
Selepas ianya tular di mana ramai yang ingin memberikan bantuan, difahamkan, Murtadza Dakwah Centre telah tampil membantu ibu ini dengan memberikan perlindungan tempat tinggal.
Mingguan Wanita menghubungi Muhammad Ridhuan Osman atau mesra disapa DikWan yang telah berkongsikan berita mengenai ibu muda ini di media sosial.
Dik Wan yang bekerja bersama Murtadha Dakwah Centre memaklumkan, pihak mereka telah memberikan tempat perlindungan buat ibu ini sehingga habis berpantang.
“Ikutkan ibu ini baru melahirkan anak empat hari lalu. Semasa ditemui dirinya berpantang dalam kenderaan kerana tiada tempat tinggal. Anak sulung berusia 4 tahun pula demam dan sudah pun dibawa ke klinik selepas ditemui. Alhamdulillah, kesihatannya semakin membaik.
“Untuk ibu muda ini, ada beberapa hal telah kami selesaikan termasuk menghubungi keluarga mereka ini tetapi buat masa ini ibu dan anak ini akan menetap di MADAD sehingga urusan mereka kami uruskan. Hal mereka juga telah mendapat perhatian dari JKM, pihak berkuasa jabatan agama dan lain lagi serta pihak-pihak berwajib,”katanya memaklumkan team MADADCare cakna mengenai masalah yang berlaku pada masyarakat.
Bagi mereka yang mahu menghulurkan bantuan kewangan, pihak kami amat alu-alukan. Sebarang bantuan boleh salurkan ke akaun rasmi Murtadha Dakwah Centre, Maybank 552059807117. Foto kredit :- Muhammad Ridzuan Osman
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Takut DiTinggalkan Suami.” Isteri Sanggup Benam Paku Di Kepala Untuk Dapatkan Bayi Lelaki
Baru Berkahwin Seminggu, Gara-gara Nafkah RM8.80 Sehari, Suami Ditinggalkan Isteri
‘Terlalu Pendek, Kurang Menarik.’ Tak Disukai Ibu Mentua, Wanita Ini DiTinggalkan Bakal Suami
“Siapa Nak Bantu Tolakkan Kerusi Roda Saya?”, Keluh Pesakit Kanser Payudara Ditinggalkan Suami
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.