Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abai anak bukan Seksyen 302 kerana membunuh. Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf berdepan pertuduhan melakukan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari yang memakai baju T berwarna hitam dan Ismanira Abdul Manaf berbaju merah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala pembelaan oleh peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian dan BERNAMA
Baca artikel lain juga: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Sungai Untuk Lakonan Semula Kejadian, Lokasi Penemuan Mayat Anak Ditemui
Adik Lelaki Zayn Rayyan Tunggu Ibu Ayah Balik, Kerap Buka Pintu Selak Langsir
Peguam Tak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan, Ada Sebab-Sebab Tak Dapat Dielakkan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.