Ibu bapa mula fikir homeschooling kerana silibus ala “Harvard University”, bekas guru kurang setuju idea ini.
Standart silibus mata pelajaran yang terlampau tinggi baik di sekolah rendah mahu pun menengah sering kali menjadi “jenaka” dan perbualan ibu bapa.
Boleh dikatakan rata-rata ibu bapa mengakui tidak mampu mengajar anak membuat kerja sekolah dan perlu menonton di YouTube bagi memahami subjek tersebut sebelum membantu anak membuat kerja sekolah terutama di peringkat sekolah rendah.
Tak hairanlah, ramai ibu bapa mula terfikir konsep homeschooling kerana rata-ratanya melihat tiada perubahan terjadi biarpun  isu silibus  sudah didendangkan sejak dulu lagi.
Ibu Bapa Mula Fikir Homeschooling Kerana Silibus Ala “Harvard University”, Bekas Cikgu Kurang Setuju Idea Ini
Isu homeschooling yang mula difikirkan oleh ibu bapa ini menarik perhatian bekas guru, Cikgu Mohd Fadli yang memelihat murid akan kehilangan momen-momen tertentu dalam kehidupan mereka jika homeschooling berlaku.
Terbaca ratusan komen kat post ini. Rata-rata beri pandangan nak hentikan sekolah dan homeschooling sahaja.
Antara alasan utama ada silibus yang terlampau tinggi selain faktor-faktor lain.
Kata mereka, kat rumah pun anak boleh pandai dan berjaya. Dan lebih terjamin keselamatan diri, emosi juga.
Begini kawan-kawan. Dari satu sudut, betul sangat homeschooling ni buatkan anak kita selamat dari dibuli, emosi terjaga, ada masa yang fleksibal, silibus kita boleh ajar ikut suka kita.
Tapi…
Banyak pengalaman dan ilmu anak kita tak dapat bila homeschooling anak-anak.
Jangan anggap ilmu itu cuma di dalam kelas. Ilmu pergaulan dengan kawan, kepimpinan, persaingan dalam sukan, dalam pelajaran, dalam pertandingan.
Pengalaman berkhemah. Pengalaman membeli di kantin. Pengalaman menggunakan tandas awam (tandas sekolah), pengalaman berhubung dengan guru, pengalaman menyantuni pelawat sekolah, pengalaman naik pentas terima hadiah, berucap, buat persembahan dan terima riuhnya tepukan.
Berjuta ilmu tentang kehidupan anak-anak dapat belajar di sekolah, yang mana takkan dapat di rumah.
Ibu Bapa Mula Fikir Homeschooling Kerana Silibus Ala “Harvard University”, Bekas Cikgu Kurang Setuju Idea Ini
Benar kita kasih pada anak. Kalau boleh kita tak mau seekor nyamuk pun hinggap.
Tapi kita tak selamanya akan ada untuk mereka.
Mereka perlu membesar, perlu berdikari, perlu belajar hidup sendiri tanpa naungan dan perlindungan dari kita.
Bagaimana mereka handle saat kena reject, bagaimana mereka handle emosi saat marah, saat dimalukan, bagaimana mereka handle perasaan kecewa awek dirampas kawan baik sendiri.
Belum cerita di sekolah lah tempat mereka kenal siapa kawan, siapa sahabat. Siapa kedekut, siapa bakhil, siapa murah hati. Mereka belajar tentang empati melihat kawan yang lebih susah, yang ibu ayah dah meninggal dunia.
Mereka belajar berkongsi makanan, berkongsi pensel dan pemadam. Semua ini tiada di rumah. Tiada.
Jangan hanya kerana kita kecewa dengan silibus yang terlampau tinggi itu kita mengenepikan ilmu dan pelajaran lain yang bakal anak kita dapat melalui pengalaman bersekolah. Begitulah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Jangan Pandang Rendah Penghantar Makanan, ‘Rider’ Ini Bukan Calang-Calang, Miliki PhD!

Lelaki Ini Buktikan Pernah Tak Cemerlang PMR (PT3), Akhirnya Genggam PhD

Kerana Dyslexia Pernah Dilabel Budak Lembab, Siapa Sangka Berjaya Raih PhD

Ads

Mata Kanan Buta Gigih Guna Kanta Pembesar, Ibu 7 Anak Berjaya Habiskan Phd!

13 Tahun Membesar Di Rumah Anak Yatim, Beliau Buktikan Mampu Genggam PHD

Ads

Semangat Luarbiasa, Ibu Anak 8 Berjaya Genggam PhD Biokimia Pergigian Usia 38 Tahun!

Ads

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI