Ibu bapa jangan anggap anak sumber ‘income’ masa tua, “Jangan ajar anak hidup untuk ibu bapa. Di dalam budaya masyarakat kita, terdapat tanggapan bahawa anak-anak akan menjadi sumber kewangan atau ‘income’ bagi ibu bapa apabila mereka tua.
Persepsi ini wujud akibat pengaruh budaya tradisional yang memandang anak sebagai jaminan di hari tua. Namun, pada zaman moden ini, pandangan sebegini perlu diteliti semula kerana ia boleh membawa kepada masalah emosi, kewangan, dan sosial bagi kedua-dua pihak.
Berikut perkongsian Hamizan Zulkifli
Sebelum kahwin dulu pernah tanya mak masa dalam kereta, apa pandangan beliau tentang anak bagi duit kat mak ayah lepas dah kerja dan kahwin?
Mak jawab:
“Nafkah utama seorang suami tu pada isteri dan anak dia. Mak bapak ni bukan tanggungan anak kecuali kalau depa adalah miskin tegar.
Kalau anak nak bagi duit kat mak ayah pun, itu adalah hadiah, bukan kewajipan dan bukan hutang. Dalam masa yang sama pasti ada kebaikan untuk si anak tu.”
Sesetengah mak ayah sangat berharap anak2 dapat kerja bagus supaya boleh jadikan anak sebagai sumber income masa tua nanti. Pegangan ni sebenarnya salah dan tak boleh dijadikan kiblat.
Bila dah ada anak, kami suami isteri selalu bincang tentang masa depan si kecik kami dan saling peringat supaya jangan hidup untuk anak.
Maksud jangan hidup untuk anak adalah:
Bila dia dah besar, jangan berharap untuk dia jaga kita masa tua nanti. Jangan berharap dia perlu berbakti kepada kita secara paksa. Kita fokus bina bekalan untuk hadap hari kematian saja. Jangan ajar juga dia hidup untuk ibu bapa.
Untuk hidup anak-anak, serahkan pada hikmah kebijaksanaan depa yang dah dewasa.
Ya, rindu tu akan ada terutama sebagai mak ayah. Tapi hidup kita di bumi bukan untuk anak, bukan untuk pasangan, bukan untuk ibu bapa. Tapi untuk Allah semata-mata.
قُلْ اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ
Maksudnya: “Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam.” (Surah al-An’am: 162)
Memang ada hadis sahih yang mengatakan hinanya anak yang masih ada ibu bapa tapi tak gunakan jalan tersebut untuk masuk ke syurga.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ. قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang tuan maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk ke dalam syurga.”
(HR Muslim, 2551)Maka di sinilah kita serahkan pada Allah supaya kurniakan hikmah yang cerdas dalam diri anak-anak untuk jadikan ibu bapa sebagai jalan ke syurga lepas dah didik depa tentang adab kepada ibu bapa.
Hakikatnya anak hanyalah pinjaman. Suatu masa nanti dia akan ada akal dan prinsip hidup tersendiri. Walaupun kita didik dia sebaik mana sekalipun, andai Allah merentap keluar hidayah dari hati, nescaya mereka tetap derhaka (na’uzubillah).
Tapi ingatlah. Amat besar ganjarannya untuk anak yang berbakti kepada ibu bapa. Sama ada yang bagi duit mengikut kemampuan apatah lagi yang menjaga ibu bapanya yang tua secara fizikal. Allah akan bagi ‘cash’ sejak di dunia lagi.
Bab bagi duit, memang tak tercabut keberkatan kalau tak memberi, tapi pasti menjemput keberkatan jika diberi.
Bagi anak yang berbakti, ketenangan luar biasa akan mengalir dalam hati mereka walaupun waktu itu kita yang sudah tua akan mula kembali seperti budak-budak; cerewet, kuat merengek, cepat terasa hati atau tak matang.
Hidup bukan untuk anak, bukan untuk ibu bapa. Tapi untuk Allah SWT.
Sumber: Hamizan Zulkifli
Baca artikel lain juga: Ibu Bapa Bila Tersalah Didik Anak Lelaki, Kesannya Boleh Buat Anak Jadi Ketua Keluarga Yang Gagal
Anak Lelaki, Anak Perempuan, Lepas Kahwin Sama-sama Kena Jaga Ibu Bapa
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.